Sabtu, 24 April 2010

Tahniah Pengarah…






Sempat saya membelek helaian surat khabar Sinar Harian yang bertarikh 24 April 2010 (Sabtu) di keheningan sinaran cahaya . Pada hari itu agak lewat saya mendapatkan dan membaca surat khabar. Namun ia bukanlah penghalang untuk saya meng’update’ maklumat terkini terutama yang berlaku di bahagian pantai timur ini. Ketika sampai pada bahagian Wawancara, saya tertarik dengan tokoh yang ditemubual. Tokoh ini tidak asing buat saya khususnya dan seluruh warga IPG kampus Dato’ Razali umumnya. Mungkin sahabat dan sahabiah sudah boleh meneka tokoh itu. Tidak lain dan tidak bukan ialah Yang Berbahagia Encik Mohamad bin Ngah iaitu Pengarah IPG KDRI ini.
Banyak perkara dan isu yang disoal oleh wartawan kepada beliau. Antara jawapan kepada satu soalan daripada wartawan Sinar Harian yang menyentuh dan hati dan menarik perhatian saya iaitu :


Sinar Harian : Tidakkah anda tergugat dengan sikap pelajar yang mungkin ada dalam kalangan mereka mencabar kesabaran ?

Pengarah : Tidak dinafikan, ada segelintir pelajar yang bersikap demikian. Namun, saya tidak salahkan pelajar dan cuba sedaya-upaya memahami masalah yang mereka hadapi. Mestia da sebab yang mendorong pelajar bertindak agresif dan sentiasa mencari point untuk bergaduh dengan saya. Sebagai guru saya perlu bijak menangani setiap permasalahan lebih-lebih lagi berdepan dengan pelajar bermasalah. Jika saya mengalah awal, pelajar akan menjadi lebih berani dan tidak menghormati guru lain.






Pengarah, sewaktu penyampaikan taklimat dalam Kursus Ketua Unit, Pegawai Dan Penolong Pegawai IPG KDRI pada 26 hingga 28 januari 2010



Inilah satu contoh ciri pendidik yang mesti kita teladani. Kita sebagai bakal guru, tidak akan lari dari menempuh mehnah dan tribulasi dalam dunia keguruan khususnya dan budaya masyarakat umumnya. Di sini saya hendak mengajak sahabat dan sahabiah sama-sama bermuhasabah. Ingatkah lagi misi utama Kementeraian Pelajaran Malaysia ?


Misi utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Tema Hari Guru menekankan ” Guru Cemerlang, Negara Terbilang” menggambarkan kepentingan peranan guru dan pendidikan dalam memastikan kegemilangan dan keterbilangan sesebuah negara bangsa. Sebenarnya, peranan guru dalam membina Negara Bangsa Malaysia bermula semenjak sebelum Merdeka lagi sehinggalah negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Peranan guru dalam membina Negara Bangsa Malaysia tidak terhenti semasa negara mencapai Kemerdekaan malahan ia berterusan menjadi sangat penting sehingga ke hari ini. Menyedari kepentingan peranan guru, maka “Membina Negara Bangsa” telah dijadikan teras pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. Melalui pendidikan modal insan minda kelas pertama yang mempunyai jati diri yang kukuh serta berakhlak mulia dapat dihasilkan.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pernah berkata, proses pembinaan negara bangsa tidak boleh dicapai dalam tempoh yang singkat dan peranan guru amat penting untuk memastikan kejayaannya.

''Kerajaan berharap golongan guru bekerja dengan lebih keras kerana mereka menjadi tonggak kejayaan konsep ini lantaran hubungan rapat dengan anak-anak khususnya di peringkat awal,"


Jelas di sini, amanah sebagai guru amatlah berat dalam visi ‘Membina Negara Bangsa’. Dalam al-Quran, surah al-Anfal ayat 27 jelas memberi ancaman keras kepada golongan atau individu yang cuba mengkhianati sesuatu amanah yang diberikan kepadanya.




"Hai orang-orang beriman, janganlah kalian menghianati Allah dan Rosul ( Muhammad SAW) dan janganlah kalian mengingkari amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu sedang kalian mengetahui"


Wahai saudaraku yang diredhai Allah..amin, kita semua akan sangat kagum dan terharu mendengar kisah bagaimana seorang nahkoda kapal yang sedang tenggelam berupaya sekuat tenaga menyelamatkan para penumpangnya dan dia tidak mahu meninggalkan kapal itu sebelum seluruh penumpangnya selamat. Kita pun akan terkesan mengenang perjuangan seorang ibu yang anaknya bandel hingga harus dipenjara. Namun, dia tetap berjuang agar sang anak tidak putus asa. Dia terus membangunkan harapan bahawa hari esok, semua akan menjadi lebih baik. Perbuatan buruk sang anak tentu sangat menconteng kehormatan orang tuanya. Akan tetapi, semua itu dipikul dengan sabar sebagai bentuk tanggungjawab orang tua. Seburuk manapapun kelakuan anak, mahu tidak mahu dia tetap darah dagingnya sendiri yang wajib dicucuri kasih sayang.


Bertutur tentang pengorbanan seseorang yang bertangungjawab, walaupun untuk itu dia harus mempertaruhkan nyawa yang hanya satu-satunya yang ia miliki. Pada saat yang sama, kita pun akan sama-sama merasa mual ketika mendengar sikap orang-orang yang tidak bertangungjawab. Begitu rendah dan menjijikkan sikap tidak bertangungjawab itu. Seorang laki-laki secara tak bertangungjawab merosak kegadisan wanita. Seorang suami berselingkuh dan menyia-nyiakan anak dan isterinya. Seorang ibu membunuh bayi yang dilahirkan dari rahimnya sendiri tanpa rasa belas kasihan.


Seorang guru yang tidak bertangungjawab, mengabaikan tugasnya mendidik generasi muda, seorang pedagang licik mencampur barang baik dengan barang buruk semata-mata hanya kerana ingin mengaut keuntungan setingi-tinginya. Termasuk yang telah bersusah payah membesarkannya dari kecil. Kita harus sentiasa muhasabah diri, sejauh mana kesadaran kita memikul amanah yang yang dibebankan di pundak kita. Sejauhmana kita telah gigih mempertanggungjawabkan semua itu ? Banyak tangungjawab yang sebenarnya harus kita tunaikan. Sebagai manusia kita perlu bertanya, apakah kita berperilaku haiwan ? Sepanjang hari hanya sibuk memuaskan nafsu syahwat, kekerasan, kebuasan, kelicikan dan aneka perilaku lain layaknya tingkah binatang.


Sebagai Muslim kita wajib bertanya, apakah kita benar-benar menjaga kehormatan selaku seorang Islam, ataukah perilaku kita bakal menconteng kemuliaan Islam? Selaku orang muda dan tua, kita perlu meraba hati, jangan-jangan selama ini kita tidak serius mendidik dan memberi tauladan sehingga mereka tumbuh menjadi peribadi-peribadi yang berkhlak buruk. Boleh jadi kitalah yang menjerumuskan anak-anak itu, bukan perilaku mereka sendiri. Oleh sebab itu apabila diberi amanah dan kedudukan serta kekuasaan janganlah sekali-kali secara curang mengorbankan amanah untuk kepentingan peribadi. Itu adalah ciri orang curang yang akan gagal akhirnya. Semoga kita termasuk kepada orang-orang yang sentiasa amanah dalam segala hal.. Amin.

Wallahu alam.
Comments
3 Comments

3comments:

Ummu Khalyf berkata...

owh tak bce pulak paper :)

Unknown berkata...

oh, fawae.
thanks to him la
sbb publish bnde ni.
mmg tak bace newspaper langsung la

buat tuan pengarah,
tahniah.

semoge berjaye atasi masalah pelajar2 ipg kdri.
selamat berjaya.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

semoga tuan pengarah terus diberikan kekuatan, kesihatan yang terjaga dan dipanjang umur dalam keredhaan ALLAH..amin (^_^)