Jumaat, 21 Ogos 2009

Di ambang berjuta keberkatan...



Ramadhan kembali menjelma…
Bagaimanakah tahap persediaan kita untuk menghadapinya?

Sebulan bulan ramadhan bagi tahun 2008 tidak akan kembali menjelma,segala kelemahan yang dapat kita berikan padanya hanyalah satu penyesalan, dan segala kekuatan yang dapat kita penuhkan di dalamnya adalah suatu kejayaan…
Namun,tiada titik noktah buat kita selagi nyawa dikandung badan..

Apakah yang kita faham berkenaan pengertian puasa?

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Ayuh!!
Marilah kita bersama-sama berusaha untuk meningkatkan amalan kita pada bulan Ramadhan yang kian menjelma ini dengan baik berbanding dengan Ramadhan yang telah kita sia-siakan dahulu..