Isnin, 12 April 2010

Hatiku tersentuh…

Pada hari Isnin bertarikh 12 April 2010, hariku dimulai dengan suasana indah kerana dapat menghayati pengajaran dan petunjuk tafsir al-quran di suatu pusat ilmu dan ibadah di pusat pengajian ku. Hatiku semakin berbunga dan kuat kerana dapat mendidik diriku dengan bacaan al-mathurat yang mana di dalam risalah yang dipenuhi himpunan doa-doa ini terdapat satu kekuatan. Ia hanya dapat dirasai sekiranya manusia sentiasa mengamalkan dan menghayatinya di kala keheningan pagi dan petang.. (^_^)


Pada hari itu kelas ku hanya bersama Ustazah Habsah, seorang murabbi yang tidak pernah jemu memberikan tunjuk ajar serta dorongan kepada para pelajarnya. Topik yang beliau utarakan pada hari itu pada mulanya seakan-akan sama seperti hari-hari sudah berlalu, kerana apabila bersama dengannya sudah tentu beliau akan mengajar berkenaan pedagogi Pendidikan Islam. Topik perbincangan adalah menfokuskan tentang prinsip dan pekembangan pengajaran PAI ini. Antara prinsip tersebut ialah ‘dari yang diketahui kepada belum diketahui’. Pada mulanya ustazah meminta kami berfikir dan mencari satu contoh yang tepat dalam memperaktikkkan prinsip pengajaran ini. Kami masing-masing tercari-cari dan beberapa sahabat masing-masing cuba mngetarakan setiap pandangan mereka. Pandangan-pandangan yang diutarakan sangat bernas namun masih tidak tepat.


Seterusnya ustazah menerangkannya dengan mengambil contoh alam barzakh. Bagaimana cara dan kaedah seorang murabbi yang bergelar ustaz dan ustazah dapat menerangkan tajuk ini kepada murid-murid sekolah rendah dengan cara yang mudah difahami. Bak kata istilah orang Perancis, ‘ringkas tapi padat..’ he3..


Semasa ustazah menerangkannya, hatiku sedikit tersentuh apabila mendengar bacaan ayat quran yang menerangkan akan kematian yang kita semua pasti akan hadapi. Kematian adalah suatu pengalaman yang wajib ditempuhi oleh setiap manusia. Ianya tidak kira dari golongan mana, agama atau martabat. Cuma kita tidak tahu bilakah ajal atau kematian akan tiba. Wahai sahabatku sekalian, sudah pasti Allah berkuasa mematikan manusia itu dalam keadaan mengaibkan untuk menjadi pengajaran kepada manusia lain yang melihatnya. Ianya semua dalam kekuasaan zat yang maha Agung. Kita sebagai manusia hendaklah meyakini apa saja yang hidup pasti akan menemui hari kematian . Sesuai dengan firman Allah s.w.t





Ketika itu jari jemariku sempat menekan punat keyboard laptop sahabat yang ku sayangi yang kebetulan pada masa itu laptopnya berada dihadapanku. Pantas jari jemariku menaip pada google search ‘alam barzakh’. Dalam pencarian itu, sempat ku melihat beberapa nas daripada hadith sahih yang membicarakan berkenaan adanya azab dan nikmat dalam kubur. Sudah tentu kita semua akan menempuh malam pertama di alam kubur yang merupakan kunci kepada alam barzakh ini..





Jika direnung dengan cermat hadis-hadis yang berkaitan dengan azab dan nikmat kubur nescaya kita akan dapati bahawa hadis-hadis tersebut adalah perincian terhadap ayat-ayat Al-Quran yang berhubungan dengannya. Adapun hadis-hadis tersebut, antaranya adalah:

Pertama:

Daripada Ibn Abbas radhiallahu 'anh: Sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melalui (melintasi) dua kubur, lalu baginda bersabda:

“Sesungguhnya kedua dua penghuni kubur ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar, adapun yang seorang disiksa kerana tidak menjaga kebersihan diri ketika buang air kecil, sedangkan yang satu lagi kerana suka menceritakan keburukan orang.”

Kemudian baginda shallallahu 'alaihi wasallam meminta sati pelepah korma lalu dibelahnya menjadi dua lalu bersabda: “Semoga pelepah korma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering.”
[Shahih al-Bukhari – no: 218, Shahih Muslim – no: 292]


Kedua:

Daripada Zaid Bin Tsabit radhiallahu 'anh, dia berkata: Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berada di kawasan Bani Najjar sambil menunggang keldainya dan kami bersama baginda, tiba-tiba keldainya terkejut dan hampir saja baginda terjatuh. Di kawasan itu terdapat enam atau lima atau empat kuburan, lalu baginda shallallahu 'alaihi wasallam bertanya:

“Siapakah di antara kamu yang mengetahui penghuni-penghuni kubur ini?” Seorang lelaki menjawab: “Saya.” Baginda bertanya lagi : “Bilakah mereka mati?” Lelaki tersebut menjawab: “Mereka mati dalam syirik.” Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya umat ini (penghuni-penghuni kubur ini) sedang disiksa di dalam kubur mereka. Andaikata mereka tidak dikuburkan nescaya aku memohon kepada Allah agar Dia memperdengarkan kepada kamu siksaan kubur sebagaimana yang aku mendengarnya.” [Shahih Muslim, Kitab Syurga dan sifatnya dan nikmatnya dan ahlinya, no: 2867]

Ketiga:

Daripada 'Aisyah radhiallahu 'anha katanya: Dua orang wanita tua daripada kalangan wanita tua Yahudi Madinah telah masuk menemuiku lalu berkata: “Sesungguhnya penghuni-penghuni kubur disiksa di dalam kubur mereka.”

'Aisyah berkata: Aku mendustakan mereka dan tidak percaya pada awalnya. Lalu mereka keluar dan masuk pula Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menemuiku maka akupun bertanya: “Ya Rasulallah! Dua orang wanita tua Yahudi….” Lalu aku ceritakan apa yang terjadi.

Baginda bersabda: “Benar dia (wanita Yahudi tersebut), sesungguhnya mereka disiksa dengan siksaan yang boleh didengar oleh semua binatang.” Aisyah berkata : Setelah peristiwa itu aku tidak pernah melihat baginda solat melainkan setelah itu baginda memohon perlindungan daripada siksaan kubur
. [Shahih al-Bukhari, Kitab doa-doa, no: 6366]

Hadith-hadith ini secara jelas menerangkan kepada kita azab dan siksaan yang bakal ditempuhi oleh stiap dariopada kita kelak. Pengecualian hanya akan dapat kita kecapi sekiranya dari saat ini kita sudah bersiap sedia dengan segala amalan yang semata-mata keranaNya untuk bertemu suatu alam yang tidak akan kita tahu nasib kita di sana.

Justeru, bila mengetahui kita akan mati, tidaklah bererti kita tidak perlu bekerja untuk dunia. Jangan biarkan kita menjadi manusia yang berputus-asa dengan menanti kematian tetapi jadilah orang yg cerdik dengan menjadikan kematian suatu motivasi . Bagaimana ye ?


Saidina Umar Al-Khatab pernah menyebut :

"Beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esoknya , Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selamanya"

Lantaran itu Rasulullah s.a.w peringatkan kita menerusi hadithnya yang bermaksud :

"Pergunakan lima peluang sebelum datang yang lima lagi.
Manfaatkan hidupmu sebelum datang kematianmu.
Sihatmu sebelum sakit mu,
waktu lapang sebelum sibuk mu,
waktu muda mu sebelum tua mu.
waktu mampu(kaya) mu sebelum melarat(miskin) mu"

Comments
2 Comments

2comments:

Unknown berkata...

semoga kita semua terlepas dari azab kubur.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

amin..insyaALLAH.. (^_^)