Rabu, 21 April 2010

Ziarah JHEAT…

Alhamdulillah pada hari Ahad bertarikh 18 April, saya dan beberapa sahabat sempat mengadakan lawatan ke Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Bersama saya iaitu Ustaz Fathi selaku Exco Lajnah Kebudayaan BADAM dan Ustaz Razif selaku Bendahari Kehormat BADAM. Sudah lama kami memendam hasrat untuk ke jabatan ini, dan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana akhirnya ia terlaksana. Tujuan kami tidak lain hanyalah dengan satu misi dan matlamat yang sama iaitu untuk membincangkan berkenaan program yang bakal kami laksanakan bersama-sama pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ini. Program ape tu yek?? tungguuuu..he3




bangunan JHEAT


Program ini bakal dikelolakan oleh Lajnah Kebudayaan BADAM selaku pengarah projek. Deklarasi kami disambut ceria oleh Puan Noraimi yang bertugas sebagai pegawai di Bahagian Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam. Pada mulanya kami pergi ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu,namun pegawai di sana meminta kami terus berurusan di JHEAT yang bangunannya hanya bersebelahan sahaja.




Perbincangan kami berlansung lebih kurang 20-30 minit di bilik mesyuarat. Pelbagai ilmu ,pengalaman dan buah fikiran yang dibekalkan kepada kami. Ia tidak lain untuk memudahkan kami menggerakkan jentera yang telah tersedia ada bagi menjayakan setiap aktiviti terutamanya melibatkan kolaborasi bersama pihak dan agensi luar. Perbincangan serta diskusi yang begitu singkat amat bermakna buat kami kerana dalam tempoh masa ‘emas’ itu banyak perkara dapat kami timba serta bertukar-tukar fikiran bersama.

gambar : sewaktu saya berada di hadapan bilik Bahagian Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam, bangunan JHEAT




InsyaALLAH kami berharap program yang kami rancang ini akan diberkati ALLAH dan diperkenankanNYA untuk kami laksanakan kelak..amin. (^_^)




Ustaz Fathi, Exco Lajnah Kebudayaan BADAM, yang bakal merangkap Pengarah Projek
Comments
1 Comments

1 comments:

Tinta Al-Murabbi berkata...

Salam~ bgus2..anak2 usrah ku yg rajin mengembARA~ NGEH3X~