Jumaat, 4 Disember 2009

Dapatkan Tiket Penerbangan Percuma Sekarang !!!




ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT ???

Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah Negara

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Air Jordan, tetapi Al-Jenazah

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj kesudian Pencipta kita

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton



Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rabanne, tetapi air mawar dan cendana

Di mana passport kita bukan passport Malaysia,British atau Amerika, tetapi Al-Islam.Visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi ‘Lailahaillallah’

Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain

Di mana layanan dalamannya bukan lagi kelas business atau ekonomi, sekadar kain yang diwangikan

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan




Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita

Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi-destinasi yang diidamkan

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan

Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya, ianya PERCUMA, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang

Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka –ria

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu

Ya ! Berita Baik !!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda.Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini, oleh itu bergembiralah selagi boleh ! dan sekiranya boleh !

Hanya ingat !! Penerbangan ini datang tanpa ‘amaran’
Cuma perlu ingat ! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan



ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT ??
Comments
5 Comments

5comments:

Mamok berkata...

Astaghfirullahhalazim..
Teruja je aku baca tajuk dengan tgk gambar kapal tebang memula tu..
Huhuhu..
Hmm.. Semua org dalam kelas yg sama kan, tak ada bisnes atau ekonomi klas kan..
Sama-sama la kita ingat mengingati..
Thanks wan..
PS:letak la gambar perfume jenama lain. aku guna jenama tu.. Huhuhu..

محمد حذوان بن حميدان berkata...

same2..semoga kite sntiase brsedie utk pergi ke sana..
oo..gune jnama 2,okla 2,kire femes la msk blog..hahaha.. (^_^)

Soul Ihya' Yakuza berkata...

syukran adk..satu pencerahan yang baik..di zaman serba syurumburum (hiruk pikuk bahasa amy) ni kdg-kdg kita terlupa pd kematian...padahal malaikat maut datang ziarah kita 70 kali sehari..terasa betapa derhakanya diri ni...

Soul Ihya' Yakuza berkata...

Entri nih kalo aku jawab time exam SPM dulu kompem A+ pemeriksa tu bagi..
huhuhuhu..pendefinisian yg ckup mantap, huraian yg jelas beserta contoh yg sesuai..
hahahahahahaha....bagus betollah nih..
tetiba abg terus respek kat adik..huhuhuuuhu...
so apa lagi ayuh kengkawan kita mulakan revolusi spiritual baru dibawah kepimpinan master hazwan khalifah105…
ahakz...(^_^)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

(^_^)