Ahad, 18 September 2011

ISA kian terkubur…


“Seperti yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya ketika mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.” (Datuk Seri Najib Razak, Perutusan Khas Hari Malaysia)


Salam mahabbah buat semua sahabat pembaca sekalian. Alhamdulillah dengan keizinanNya saya dapat terus menulis di ruangan kecil ini. Moga ia terus menjadi tinta dakwah demi melihat Islam terus subur.amin

Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri Malaysia.,Datuk Seri Najib Razak, suka untuk saya mengulas serba sedikit salah isu yang hangat diperbincangkan oleh segenap masyarakat di Negara kita kini.

Secara peribadinya saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Perdana Menteri kerana dengan berani dan bersedia memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang biasa dipanggil sebagai ISA. Ia merupakan satu tindakan yang tepat dan wajar bagi sebuah Negara yang mahu mengamalkan dasar demokrasi berparlimen.

Isu melibatkan kekejaman yang ada pada ISA sudah bertapak kukuh di minda masyarakat kita terutamanya bagi individu-individu yang berpengalaman ditahan mengikut akta ini. Secara jujurnya saya tidak pernah mengerti erti kepayahan dan kesususahan yang terpaksa diterima bagi individu yang menjadi tahanan di bawah akta ISA ini. Namun satu ketika setelah membaca sebuah buku karangan Prof. Dr. Sidek Baba (kini berkhidmat sebagai Profesor Pendidikan di UIAM) yang berjudul ‘Seteguh Tekad’.Antara inti pati di dalamnya yang merupakan perjalanan hidup beliau yang penuh dengan onak dan duri .Segala-galanya diceritakan termasuklah pengalaman beliau ketika ditahan di bawah ISA.




Tika membaca pengalaman beliau ditahan ISA, hati saya mulai sedar bahawa akta yang sememangnya amat-amat berguna dan perlu ini khususnya untuk penjenayah-penjenayah yang sebenar sahaja, telah terang-terangan turut menzalimi bagi individu yang hakikatnya tidak bersalah serta tidak tahu status kesalahannya. Hal ini kerana apabila seseorang telah disabitkan kesalahan melalui akta ini, mereka tidak mampu dan tiada ruang untuk membela diri. Di manakah keadilannya?? Fikir-fikirkanlah..

Saudaraku..

Hakikat yang perlu kita sedar Islam suatu agama yang adil. Adil secara mudah dapat diertikan ‘meletakkan sesuatu pada tempatnya’. Hal ini jelas menerangkan kepada kita yang benar perlu dinyatakan kebenarannya manakala yang salah perlu diperbetulkan kesalahan itu. Ia sesuai untuk kita kaitkan dengan soal undang-undang itu sendiri, orang yang salah mesti dihukum atas kesalahan itu manakala orang yang benar perlu sentiasa diakui kebenaran itu.

Jelaslah berlaku adil adalah salah satu prinsip Islam yang banyak dijelaskan dalam berbagai nas al-Quran mahupun hadith. Prinsip ini benar-benar merupakan akhlak mulia yang sangat ditekankan dalam syari’at Islam, sehingga wajar kalau tuntunan dan aturan agama semuanya dibangun di atas dasar keadilan dan seluruh lapisan manusia diperintah untuk berlaku adil.

Islam juga mengiktiraf hak-hak bagi setiap individu. Hal ini kerana ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama iaitu; agama, nyawa, akal, keturunan dan maruah serta harta benda. Justeru sebagai pemerintah khususnya perlu sentiasa memberikan keadilan sepenuhnya kepada rakyat walau apa status dan taraf mereka. Jadi tidak akan timbul isu kroni atau berat sebelah. Hal ini dikuatkan dengan firman Allah :



“Wahai orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(al-Maidah:8)

Selain itu, pernah berlaku dimasa hayat Nabi Muhammad seorang yang terhormat dan mempunyai kedudukan yang tinggi telah melakukan kesalahan mencuri, maka datanglah beberapa orang menemui Nabi supaya orang tadi dibebaskan dari hukuman, maka Nabi telah bersabada:

"Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu iaitu sekiranya yang mencuri itu yang berpangkat tinggi, lalu mereka dibiarkan saja.Tetapi jika yang mencuri itu mereka yang lemah, lalu dengan segera dijatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah yang aku di dalam kekuasaanNya, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, niscaya ku potong tangannya." (HR. Muslim, Kitabul Hudud)

Keadilan seperti inilah yang telah mengangkat nama baik umat Islam pada zaman Rasulullah dan seterusnya pada zaman sahabat yang benar-benar melaksanakan keadilan mengikut ajaran Islam yang sebenarnya.

Oleh itu, pesanan buat semua pemimpin Negara, teruskanlah perjuangan anda membela nasib rakyat. Berlaku adillah kerana dengan keadilan itu akan mendekatkan anda kepad takwa..insyaAllah.. (^_^)

Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah ciri-ciri sebenar seorang pemimpin umat islam dengan katanya,

" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."

Comments
6 Comments

6comments:

HALAQAH IPG berkata...

tulisan yang baik. moga bermanfaat untuk yang membaca mahupun pada yang menulis. InsyaAllah

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to halaqah ipg:

insyaAllah,syukran..(^_^)

Kebenaran tersingkap berkata...

perkongsian yang menarik.
"Seteguh tekad" satu buku yang menarik krn Prof. Dr. Sidek Baba juga merupakan antara pelopor usrah,dakwah &tarbiyyah.semoga sama2 mendapat manfaat drp intipati buku tersebut. InsyaAllah.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to munirah:

trime ksih., btl tu. buku ini sgt2 brhrga,trsimpan 1001 khazanah bliau menurusi jln dkwah, smbgn bliau ini x kn mmpu utk kita nfikn sjrhnya, inilah sjrh..sjrh bliau x kn mmpu dselindung dgn brbuktikn pnulisan bliau ini..(^_^)

api_islam berkata...

penulisan yang baik...=)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to ust razif:

syukran bos.. (^_^)