Sabtu, 3 September 2011

Salam Aidilfitri dan Syawal...


Rasulullah pernah bersabda:

"Terdapat dua hari yang mana dalamnya terdapat kebaikan iaitu dua hari raya, eidul fitri dan eidul adha" (Riwayat Abu Daud)

Sahabatku sekalian…

Salam Aidilfitri dan Syawal buat semua sahabat. Mohon kemaafan zahir dan batin. Madrasah Ramadhan yang telah kita lalui sentiasalah kita doakan agar kita dapat bertemunya semula,amin

Hidupkanlah Syawal dengan kita sentiasa membesar dan mengagung Allah S.W.T dengan penuh kesyukuran kerana berjaya kembali kepada fitrah setelah sebulan ditarbiyyah Ramadhan.

Janganlah kita mencacatkan perayaan ini dengan melakukan maksiat, pergaulan tanpa batasan syarak antara lelaki dan perempuan. Semoga kita tergolong dalam golongan yang memperoleh kemenangan di dunia dan akhirat.

Pesanan buat diri dan sahabat semua, sama-samalah kita merebut peluang untuk berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal ini agar keberkatannya dapat kita kecapi,insyaAllah..

Dari Abu Ayyub rodhiyallahu anhu: “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup’.” [Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164]

Riwayat lain: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun.”

Allahu Akbar!



Comments
0 Comments

0comments: