Rabu, 9 Mac 2011

Apabila Roh Perjuangan Semakin Pudar


Salam mahabbah buat semua sahabat pembaca. Pertama sekali sama-samalah kita bersyukur kepada Allah kerana masih meminjamkan nikmat kehidupan kepada kita supaya kita dapat terus mengabdikan diri kepada Nya. Ingatlah tiada satu kebahagiaan pun melainkan dapat menatap zatNya yang agong di akhirat kelak,amin..


Ketika jari-jemari ini bergerak pantas menaip, diriku masih berada di SK Seri Utama, Batu Pahat, Johor dalam proses menunaikan tanggungjawab ku melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kali ke-3. Saya mengambil sedikit ruang masa ketika ini untuk berkongsi sedikit pengalaman serta apa pengajaran yang bakal kita peroleh nanti.


Saya semakin sedar bahawa TEORI selama-lamanya tidak akan sama dengan PRAKTIKAL. Kehidupan dan dunia di sekolah tidak sekali-kali akan sama dengan arus perjalanan hidup di IPG. Hidup di sekolah mengajar kita erti sebuah kematangan dalam pergaulan, falsafah hidup bermasyarakat , pengurusan organisasi serta pengorbanan yang tinggi dalam memastikan generasi yang sedang membesar dipandu dengan cara yang terbaik.


Kita boleh lantang bersuara dan menegur ketika berorganisasi dalam ruang lingkup pusat pendidikan kita, namun kelantangan itu perlu ditranformasikan apabila duduk dalam lapangan pekerjaan. Hal ini kerana di lapangan ini pelbagai latar belakang masyarakat dan individu akan kita temui ketika kita berurusan, berhubung dan bekerja. Pendekatan serta method yang terbaik perlu sentiasa kita fikirkan agar mesej dan visi kita dapat dicapai dengan sempurna kepada setiap individu yang pelbagai. Apabila kita menatap firman Allah di dalam al-Quran, begitu banyak seruan supaya kita berfikir. Allah mewajibkan manusia untuk berfikir secara mendalam atau merenung.


‘Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.’(Surah Shaad:29)


Ya..,ayat ini secara jelas menyuruh manusia agar sentiasa berfikir. Hanya satu mutiara tersirat yang hendak saya ketengahkan berdasarkan sedikit pengalaman yang saya nyatakan iaitu BERFIKIR. Saya mahu menyeru kepada diri saya dan sahabat sekalian agar kita kembali kepada suruhan Allah supaya kita berfikir. Berfikir merupakan satu mutiara yang semakin dilupakan. Akibat tidak berfikir, banyak perkara yang kita laksanakan sekan-akan membuta tuli, hanya kelihatan ‘rubbish’serta perbuatan yang dilaksanakan bertentangan dengan tutur kata kita.


Apabila kita duduk dalam sesebuah organisasi, tidak sunyi daripada perlu bergerak kerja. Semua orang mampu untuk bergerak kerja, namun tidak semua yang tahu serta mampu bergerak dalam satu gerak kerja yang ampuh, berkesan dan mampu mempengaruh. Kita mahukan setiap gerak kerja yang kita laksanakan bukan semata-mata hanya dilihat pada zahirnya. Gerak kerja sebenar berkehendak kepada dua aspek penting iaitu zahir dan batin. Batin itu didasari menerusi perkara kerohanian. Inilah yang kita sebut sebagai ‘roh’ dalam gerak kerja kita. Roh inilah yang menjadi satu titik petanda kepada berjaya atau tidak sesuatu gerak kerja kita untuk menjadi ampuh, berkesan serta mampu mempengaruhi penggerak dan individu yang dituju.


Tidak sunyi memperkatakan tentang HATI. Inilah teras kepada roh perjuangan. Didikan kerohanian penggerak seperti amalan fardhiah ini banyak ditumpukan kepada penyucian hati dan jiwa. Bagaimana hati penggerak yang penuh dengan lumpur dosa dan kemaksiatan dapat membersihkan hati individu-individu kader dakwah? Ya..hidayah itu selama-lamanya milik Allah, tapi siapakah yang dipertanggung jawabkan olehNya untuk menyebarkan hidayah itu? Tepuk dada tanyalah iman kita wahai sahabat..


Jiwa dan hati yang terus kotor atas kebodohan dan kerasnya kepala kita bergelumang dengan dosa merupakan satu titik terbantut dan terhijabnya hidayah Allah masuk ke dalam jiwa sanubari kader-kader dakwah kita.Renungkalah sahabat pembaca sekalian. Tinta ini tidak lain bertujuan mengharapkan supaya diri ini dan sahabat-sahabat dapat bermuhasabah kembali sikap kita,cara kita dalam mendokong gerak kerja perjuangan ini.


Renung kembali falsafah sayang dan benci kerana Allah. Secara teorinya kita hebat bermadah, apabila dalam lapangan pelaksanaan?? Ketika itu TAKUT,SEGAN dan MALU untuk menegur orang yang kita sayang. Lemahnya kita..namun lidah yang lembut tak bertulang itu menjadi saksi kita yang kita pernah lantang berTEORI, tapi ZERO dalam melaksana. Sungguh malu bila ditanya di akhirat kelak. Cinta manusia kita letakkan terlalu tinggi sehingga kita tidak rasa berdosa mengorbankan roh perjuangan yang selama ini kita genggam erat.


Berfikirlah dan terus berfikir. Lebih baik letih berfikir daripada hidup seperti orang bodoh, hanya pandai berkata tapi TERlupa melaksana . Hanya pandai mendabik dada apabila pointer menjulang tinggi, tapi tidak pernah kesal ‘pointer’ roh perjuangan yang semakin pudar. Pendosa kian berdosa dengan dosa, sampai bilakah hendak terus begini ???



‘Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?’ (Surah al-Baqarah:44)


Comments
6 Comments

6comments:

NuR QaLBi berkata...

salam..,
mabruk alaik ya akhi!
perkongsian yg mempunyai roh dan menyentap tangkai jantung saya..

like dis sentense;

"Berfikirlah dan terus berfikir. Lebih baik letih berfikir daripada hidup seperti orang bodoh, hanya pandai berkata tapi TERlupa melaksana . Hanya pandai mendabik dada apabila pointer menjulang tinggi, tapi tidak pernah kesal ‘pointer’ roh perjuangan yang semakin pudar."

ya Allah.,tetapkanlah hati2 kami agar terus teguh dalam menyurusi jalan dakwahMu..

waiting 4 ur next article.,thnx btw~

محمد حذوان بن حميدان berkata...

wsslm..syukran..

kite x prnh merenung ksilapan kita,ksilpn mnusia dpt kita nyatakn,ksilpn kita? prlunya cerminan (shbt) yg sntiasa mnegur dan wjb kta prbaiki apabila ditegur.

keras kepala dan ego dgn kslhn yg trs dilakukan hnya akn trs mrosakkan dri, smoga tinta ni dpt mmuhasabhkn dri sy dan smua shbt pmbca..amin

hanim irsyada berkata...

smoge sinar hidayah Allah menyinari hidup kita semua..amin.

kita terlalu sayangkan persaudaraan kita semua.., tapi mereka yg tidak pedulikan kita. moge terbuka hati yg keras itu..

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to hanim:

amin..
kdg2 Allah nk mnguji hmbaNya dgn ksilpn org lain utk diambil pngajrn buat dri msg2..ada kalanya ujian itu diLEMPAR kpd dri sndri agar dgn ujian itu dpt mngembalikn smula hmba itu dgn sbnr2 kmbli@trs-mnerus sesat (istidraj), na'uzubillah..

Dilfa berkata...

Apabila roh perjuangan semakin pudar,
sgla gerak kerja makin tersasar,
amal jamaie makin tawar,
ikatan akidah makin longgar..

ayuh sahabat,kita pasakkan kembali ruh perjuangan ke dalam diri kita..
refresh smle niat dan iman...
agar perjuangan yg dinantikan terus bergemerlapan!

nice article..keep istiqamah!

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to Dilfa:

aiwah, segala kecelaruan brlaku brmula dgn HATI yg smakin pudar..