Sabtu, 26 Mac 2011

Persoalan Hati

Assalamualaikum dan salam mahabbah buat semua pembaca. Moga kita sentiasa di bawah naungan rahmat Allah,amin..


Apabila usia semakin meningkat dewasa, kadang-kadang kita semakin hairan, tertanya-tanya dan ditimpa persoalan. Mengapakah ia mesti dihadapi? Tidak boleh ke pada masa lain? Soalan demi persoalan PASTI menimpa diri setiap insan yang bakal dan sedang meningkat dewasa.


Persoalan hati. Satu perkara yang banyak dibincangkan, menjadi satu paradigma remaja sama ada ia satu KEPERLUAN mahupun sekadar KEMAHUAN? Persoalan ini sama dirasai bukan sahaja kaum adam, lebih-lebih lagi kaum hawa. Trend berlumba-lumba mencari pasangan hidup dalam dunia kampus sudah lama diamalkan. Ia seakan-akan menjadi satu perkara wajib untuk dilaksanakan sebelum segulung ijazah dapat digenggam.


Namun, persoalan perlu dijawab. Sama ada KEPERLUAN atau pun KEMAHUAN? Hakikatnya tiada satu skema jawapan untuk persoalan hati. Semuanya terletak ke atas setiap individu dalam memandu kehidupan. Individu yang tiada MATLAMAT hidup dan yang tidak pernah memikirkan matlamat itu selamanya tidak akan merasai tujuan kehadirannya hidup di dunia ini. Seakan-akan kehidpan wajar dilalui sebelumnya kematian. Itukah sebenarnya Allah bangkitkan kita di dunia? Hanya sia-sia? Boleh melakukan apa sahaja?


Wahai sahabatku ingatlah akan firman Allah dalam Surah al-Qiyamah:


Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)?” (Surah al-Qiyamah:36)


Allah mengutarakan persoalan kepada kita, adakah kita rasa kehadiran di dunia hanya sekadar sia-sia? Boleh melakukan apa sahaja mengikut kemahuan nafsu? Tepuk dada saudara, tanyalah iman…


Berlaku kepincangan di dalam kehidupan remaja khususnya apabila perkara ini masih tidak selesai. Soal matlamat hidup masih tidak jelas, bagaimana kita nak utarakan persoalan yang lain? Ingatlah sahabat, selesaikan dahulu persoalan MATLAMAT hidup kalian. Jawapannya ada di dalam al-quran. Dapatkan jawapan ini dan perbaikilah matlamat hidup masing-masing.


Remaja . Sifatnya ingin mencuba, suka berlumba-lumba, pantang dicabar dan tidak mudah mengaku kalah. Mahu mendapatkan yang terbaik. Persepsi seorang lelaki yang sentiasa mahukan pasangan cantik, menawan, baik, mungkin ada ditambah dengan solehah bagi seorang lelaki yang ‘agak’ baik. Wanita. Mahukan lelaki hensem, kacak, caring, berduit, juga turut soleh. Sesuai dengan wanita yang baik.

Semua ini antara persepsi yang ada di minda remaja. Nak kahwin awal. Alasannya mudah:


‘takut ZINA..’

‘boleh ramaikan umat Islam..’

‘nak anak cepat..


Di usia ini, alasan dan kehendak ini adalah normal. Namun bagaimana kita nak bawa kehendak kita agar sesuai dengan REALITI kehidupan?


Jawapan kata yang pertama- ‘takut ZINA..’


Sekiranya takut menuju kepada zina, mengapa mudah-mudah mencari pasangan awal-awal? Hidup dalam trend couple di usia muda tika masih belajar. Apakah matlamat hidup di kampus? Rasa dah takde kerja sangat? Kerja DAKWAH masih banyak lagi tertangguh. Buku-buku dan habis baca? 3 asas uatama dalam Islam dah habis kuasai? Aqidah, syariat dan tasawwuf..jangan mudah mempergunakan label Islam sekiranya masih tak kuasainya. Persoalan zina atau tidak hakikatnya Allah sudah memberikan konsep ikhtiar kepada kita untuk mencegahnya. Tidak tahukah kalian prevent is better than cure? Pencegahan daripada memulakan hubungan yang tidak perlu. Menonton sesuatu yang tidak perlu serta memikirkan perkara yang belum perlu. Fikirkanlah sahabat…dalami falsafah sebuah perkahwinan. Ia dibina bukan semata-mata atas dasar CINTA dan SAYANG. Ikatan ini hakikatnya didasari dengan sebuah tanggungjawab. Jangan hanya berfikir mencari dana untuk ke ‘pelamin’, fikirkan sehingga ke ‘lampin’. Semuanya dapat dibeli hanya dengan cinta dan sayang? Berpijaklah pada sebuah realiti kehidupan. Belajarlah daripada melihat kehidupan masyarakat sekeliling. Saat bekeluarga pastinya akan tiba untuk kita. Selesaikanlah apa yang utama dahulu..Ingatlah apabila ketakutan hanya dirasai dengan nama Allah dan peningkatan iman hanya kerana ayat-ayatNya, ia sudah cukup menenggelamkan segala ketakutan yang sementara.


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (lagi sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” [Surah Al-Anfal:2]


Jawapan kata yang kedua-‘boleh ramaikan umat Islam..’


Umat Islam sudah tersedia diramaikan. Di Malaysia anak bertaraf ‘luar nikah’ semakin berlumba-lumba mengisi ruang Jabatan Pendaftaran Negara. Tidak cukupkah lagi? Pernah terbacakah reality di Palestin. Ibu-ibu di sana berlumba-lumba mendapatkan zuriat. Untuk apa? Menyediakan zuriat mereka sebagai pejuang dan mati syahid di jalan Allah. Indah dan mulia matlamat mereka. Matlamat kita? Tok guru pondok selalu berpesan, tika sedang menuntut ilmu janganlah berkahwin dahulu kerana ilmu akan terhenti..tumpukan kepada pencarian ilmu. Ilmu boleh terhenti? Kajilah kata-kata mereka itu..


“Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, Kemudian mengulanginya (kembali). Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”(Surah al-Ankabut:19)


Jawapan kata ketiga-‘nak anak cepat..’

Selesaikan dahulu apa yang utama. Tidak semua MAMPU membuat dua perkara dalam satu masa. Apa yang Allah sudah permudahkan kita kini, gunakanlah dengan sebaik mungkin. Ingatlah saat itu PASTI tiba. Ada umur yang panjang sudah pasti kita akan rasai. Walau tidak sempat di dunia, ingatlah akhirat itu ‘bumi’ yang kekal. Sudahkah berkhidmat dengan sempurna kepada kedua ibu bapa kita? Ahli keluarga kita? Selesaikan dahulu apa yang utama. Ingatlah apabila sudah membina satu kehidupan sendiri, banyak perkara terpaksa kita korbankan yang hakikatnya ia masih belum selesai. Selesaikan dahulu apa yang utama. Berpijaklah di bumi yang nyata.


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya… " (Surah al-Baqarah:286)


Secara peribadi saya tidak pernak menolak untuk berkahwin awal kerana al-quran dan sunnah membawa bukti dan hujah yang kuat akan kelebihannya. Namun penulisan ini secara terang supaya sahabat dapat berfikir secara holistik dan bukan sekadar retorik. Allah ciptakan hamba-hambaNya tidak sama. Lemahlah Allah kiranya semuanya diciptakan punya jalan hidup dan ceritanya yang sama. Lihatlah kemampuan, keperluan dan keutamaan diri kita. Jangan suka ambil sikap ‘tiru’ orang lain. Ingatlah, setiap individu punyai tahapnya masing-masing. Sesuailah dengan ilmu,kemampuan,tahap keimanan dan taqarrubnya kepada Allah. Jagalah hati masing-masing kerana ia hanya layak untuk insan yang sudah sah di bawah ikatan ijab dan kabul. Berikanlah hak kepada yang berhak.berfikirlah sebelum bertidak. Janganlah menjadi manusia yang menyesal atas tindakan dan keputusan sendiri.


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya (kehormatan); yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan." (Surah An-Nur ayat 30)


Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menjaga pandangannya, dan kemaluannya (kehormatan), dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (Surah An-Nur ayat 31)



Comments
12 Comments

12comments:

NuR QaLBi berkata...

terasa sesuatu bila baca entry ni.,membuatkan diri bermuhasabah...

~thnx atas pencerahan

Tinta Al-Murabbi berkata...

Sedikit pencerahan~

http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1068-jangan-takut-kahwin-awal.html

amacam?

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to nur qalbi:

moga ia brmnfaat~

to ust arif:

naam..ana dh bce,syukran,mcm ana sbut d akhr prenggan, scare pribadi ana lbh cndrung kpd khwn awl, tp stiap mnusia dcptakn x sma, ada thap,rzki dan jdohnya sndri..soal khwn awl ni punya pro dan kontra.,atas stiap indvdu itu sndri sma ada mngmbil jln rukhsah atau 'azimah~ (^_^)

hanim irsyada berkata...

subhanallah..~
moga2 dikurniakan petunjuk Allah dlm mjaga hati..

Saya berkata...

like this...
syukran...

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to hanim:

insyaAllah..mga Allah sntiasa mlemparkn rhmtNya kpd kita,amin

to saya:

afwan,mga brmnfaat~

SheqienRoslan berkata...

salam...

ehem...sentuhan yang sangat menarik untuk difikirkan ...=)

samaada x couple atau kawin awal =P

syukran ust!

aisyah_syahirah berkata...

alhamdulillah, entry yang cukup mantap untuk tatapan semua..moga mendapat manfaat dari ulasan tuan punye blog..:)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to sheqien:

afwan,mga brmnfaat~

to aisyah:

syukran,mga beroleh pncerahan~

...wardahdiana... berkata...

salam...
tahniah, post yang baik..
bila bercakap persoalan hati, ia berkaitan dgn iman dan hubungan dgn Allah..

Jd,pertingkatknlah kualiti iman dan perbaikilah hubungan dengan Allah..moga hidayah yang Allah beri kepada kita dikekalkan shingga nafas yang terakhir, insyaAllah..

siapa kita hari ni, belum menjnjikn apakah kita masih menjadi orang yang sama pd hari esok..krn hanya Allah,yang memegang hati-hati manusia,berkuasa utk membolak-balikkannya dan mengetahui apa yang terbaik untuk kita...

bercakaplah dari hati, supaya orang yang mendengarnya turut menerima dengan hati..

~skdr sdkit prkongsian bersama, wallahu'alam~

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to wardahdiana:

wsslm,insyaAllah..mga kta dpt sntiasa mmelihara hti2 kta drpd trs dirosakkn oleh syaitan, apabila menatap Tfsir At-Tobari, mksd syaitan bkn sje suatu makhluk ghaib yg smue fahami, nmun ia jls dlm AQ mmbrikn mkna syaitan juga mrupakan d kalangan manusia dan jin..

syaitan ini kn PASTI selamnya mrosakkn kta, tugs kta trs brusaha mmelihara dri kta, usaha+doa=tawakkal

mga mmperoleh pnceran~ (^_^)

Mat Kampung berkata...

wannnnnn!!! ahak! hehe,,, menarik postt niii, psssss.. psssss