Isnin, 21 Februari 2011

Bilakah Mahu Menjadi Generasi Al-Muzammil ?

Assalamualaikum dan salam mahabbah buat semua pembaca. Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepadaNya kerana masih memberikan saya kudrat untuk bernafas, dikurniakan kesihatan dalam meneruskan gerak kerja dakwah serta diberikan hati untuk terus menyayangi dan merebut cinta ilahi.


Sepertimana tajuk post kali ini, sudah pasti ada yang tertanya-tanya wujudkah generasi al-Muzammil ini? Ya, itulah jawapannya. Kewujudannya bermula seawal penurunan wahyu Surah al-Muzammil kepada Rasulullah. Sama-samalah kita mentadabbur surah ini dalam menghayati intipati serta taujihatnya.


Sepertimana yang kita tahu, Allah telah mewajibkan qiyamullail kepada Rasulullah . Ia secara jelas dinyatakan di awal surah ini. Baginda dan para sahabat telah melaksanakan ‘qiamulail’ atau solat malam di sebahagian malam sehingga bengkak kaki-kaki mereka. Setelah genap dua belas bulan, Allah memberikan keringanan dengan diturunkannya ayat yang kedua puluh dari surah ini Maka berubahlah hukum qiamulail yang sebelum ini wajib kepada semua menjadi satu ibadah yang sunat namun kewajipan tersebut masih tetap kepada baginda Rasulullah.


Surah ini turun pada marhalah makkiah iaitu suatu marhalah penggemblengan ‘roh’ umat Islam dan kesemua ayat dalam surah ini turun di Mekah al-Mukarramah. Pendapat inilah yang paling rajih (tepat) menurut Tafsir az-Zikrul Hakim karangan Dr. Ismail Lutfi. Para sahabat yang merupakan calon da’i dan mujahid digembleng dengan latihan yang berat. Selama setahun mereka harus bangun di setiap tengah malam untuk menunaikan ibadah. Mereka dituntut untuk taat, tunduk, patuh dan berpegang teguh pada perintah Allah dan RasulNya.


Perlu kita fahami bahawa kewajipan qiamullail bukanlah sekadar berdiri untuk melaksanakan solat berjam-jam lamanya. Tetapi ia lebih daripada itu. Ia merupakan satu tarbiyah imaniyah dalam menguatkan rohani. Apabila kita berbicara bagaimana hendak menguatkan jasmani kita? Sudah pasti pelbagai method serta pelaksanaan dapat kita nyatakan bermula dengan diet yang seimbang, ditambah dengan mengambil vitamin tambahan dan akhir sekali senaman yang berkala iaitu sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.


Apa yang dikesalkan persoalan memantapkan rohani amat sukar untuk dibicara serta dilaksanakan. Sekiranya jasmani kita boleh lapar dan sakit, begitu juga rohani, malah mampu MATI apabila terus dibiarkan sakit dan lapar. Tarbiyah imaniyah ini adalah satu tarbiyah yang terus berhubung dengan Yang Maha Pencipta, melalui munajat ke padaNya. Selain itu, ia juga merupakan wasilah untuk mendekatkan diri, berzikir dan bertawakkal kepadaNya.


Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. (Dia-lah) Tuhan masyrik dan maghrib, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Maka ambillah Dia sebagai Pelindung.’ (al-Muzammil:8-9)


Ingatlah bahawa berzikir kepada Allah dengan taat, tunduk dan patuh serta pada masa yang bertawakkal setelah berusaha dan beribadah hanya kepadaNya, merupakan senjata yang sangat ampuh di medan dakwah yang penuh dengan rintangan dan cubaan. Kesannya menjadikan para dua’t dan mujahid terbiasa dan mampu untuk bersabar secara berterusan atas segala cubaan yang mendatang. Mereka juga akan mampu menanggung derita di medan ini dan terus istiqamah dalam mempertahankan perkara yang hak.


Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, Maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang berakal, agar kamu mendapat kejayaan." (al-Maidah:100)


Ini semua merupakan satu-satunya senjata pada marhalah makkiah ini. Marhalah yang belum diizinkan untuk menghadapi kaum kafir secara langsung.


‘Dan Bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.’ (al-Muzammil:10)


Sesungguhnya di atas pundak seseorang da’i terbeban panji-panji dakwah, cubaan, siksaan dan mehnah merupakan satu kepastian yang sudah tentu sangat memerlukan senjata untuk mengukuhkan jiwa dan rohani mereka. Qiamulail inilah senjatanya. Senjata yang mampu meneguhkan hati dan jiwa mereka. Kekuatan yang sesekali tidak dapat dimiliki hanya setelah digembleng dengan gemblengan Al-Muzammil. Seterusnya sesuatu organisasi perjuangan sekiranya generasinya tidak diasuh dengan asuhan dan tarbiyah Al-Muzammil, maka mereka akan mudah jatuh dan lemah atau futur di tengah jalan ketika mereka berhadapan dengan cubaan dan rintangan.


Generasi Al Muzammil seharusnya dibina di bawah konsep petunjuk al-Quran dan sunnah. Al-Quran dan hadith bukan sahaja mesti dihafal malah pada masa yang mesti ditadabbur atau dihayati oleh setiap pendokong dan penyokong perjuangan Islam. Hasilnya segala gerak akan dipandu di bawah naungan ilahi, insyaAllah..amin


Konklusinya, penghasilan generasi al-Muzammil yang mantap adalah sesuatu yang amat penting untuk kesinambungan survival dakwah. Generasi pemuda yang memiliki sebahagian al-Quran di dada mereka amat-amat diperlukan untuk memimpin arus organisasi perjuangan Islam dalam era globalisasi ini. Satu zaman yang penuh dengan kegelapan yang memerlukan kekuatan rohani para duat untuk menjunjung serta menjulang risalah Allah.Apa yang menjadi bekalan kita adalah al-Quran dan hadith. Dengan bekal ini, kita akan mampu untuk terus meneguk nikmatNya serta dapat terus bermunajat dan bertaqarrub kepadaNya.


Inilah potret generasi al-Muzammil, yang seharusnya kita kejar. Seorang pemuda yang telah melalui hari-harinya dengan kecintaan pada ibadah, ketaatan , dan taqarrub kepadaNya. Pemuda yang selalu bertilawah dengan tartil, yang setiap malam air matanya bercucuran deras dari kelopak matanya bukan kerana putus cinta manusia tetapi kerana mentadabbur ayat-ayatNya untuk mencari cinta ilahi . Pemuda yang al-Quran terukir di hati dan fikirannya.



Comments
9 Comments

9comments:

'Azzubair Binti 'Ab Aziz berkata...

Alhamdulillah,peringatan yang sangat baik,terima kasih!

Tanpa Nama berkata...

salam.
perkongsian yang mantap~ (^_^)

SheqienRoslan berkata...

~Indahnye jika dapat menjadikan diri ni salah seorang dari generasi muzammil tu..huhu.InsyaAllah...~

FaDie berkata...

~Rasa diri ini semakin jauh dengan generasi ini.. bila mengimbau sejarah perjuang terdahulu.. Merekalah generasi terhebat ini... pergantungan dengan Allah begitu tinggi..

Kita??? Mampu atau tidak.. tepuk dada tanya Iman..

Sebenarnya boleh.. lagi banyak perkara yang kita nak buat, lagi banyak mehnah yang akan menimpa..

jika disekolah dulu.. kenapa mudahnya kita untuk bangun solat..

sedangkan sekarang.. kita berada di medan perjuangan.. kenapa lagi berat.. lagi susah.. kerana mehnah lagi besar..
sebab itu lah kita perlu sedaya upaya untuk melawan segala mehnah tersebut..

Moga kita tercapai walaupun sukar...
Salam mujahadah... hari ini lebih baik dari semalam...

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to azzubair:

same2~(^_^)

to tanpa nama:

wsslm, syukran~ (^_^)

to sheqien:

insyaAllah..(^_^)

to Fadie:

salam mujahadah.,moga kita dgolongkan dlm golongan ini..amin (^_^)

eyenuriz berkata...

assalamualaikum,
terima kasih di ats perkongsian dan peringatan..
semoga amalan wajib Rasulullah menjadi satu "kewajipan" dalam kehidupan kita.InsyaAllah..

hanim irsyada berkata...

moge sme2 dikurniakan kekuatan yg berpanjangan ..amin..;)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to ain:

wsslm..same2..aiwah!moga kta dpt mrealisasikan jilul muzammil ni trutamanya dlm dri kta msg2 dahulu..amin

to hanim:

amin~

abu idris berkata...

Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang telah runtuh pada tahun 1924.

Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/

Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.