Isnin, 31 Januari 2011

Mengapa Suka Memberikan Alasan?


Salam ukhuwah buat semua pembaca. Terasa terlalu lama tidak mencakna blog ini. Walau apa pun ALASAN tinta dakwah ini perlu terus disuburkan.


ALASAN…

Alasan sudah sinonim dalam masyarakat kita. 1001 alasan sentiasa diutamakan dalam setiap proses kehidupan. Orang yang suka mencari alas an bukanlah seorang yang terbaik untuk digolongkan dalam golongan orang-orang yang berjaya.


‘ana tak mampu syeikh..’

‘bagi orang lain dulula,ana tak layak..’

‘eh..ni bukan bidang ana,ana tak boleh!’


Walau berjuta-juta alasan yang kita cuba beri, ia sudah terang-terang memberikan gambaran sebenar tentang diri kita. Tidak perlu menjadikan ‘rendah diri’ sebagai lesen untuk memberi berjuta-juta alasan. Belajarlah falsafah rendah diri yang sebenarnya. Janganlah kita menjadi fitnah kepada ISLAM atas alasan rendah diri kita itu.


saya teringat kata-kata cerdik pandai:

‘orang yang bijak adalah orang yang kurang memberi alasan dan berusaha menyelesaikan segala masalah..’





Justeru, kita di tahap mana? sengaja saya menulis isu ini supaya saya dan sahabat-sahabat dapat sentiasa bermuhasabah. Masyarakat ISLAM semakin ditindas dan tertindas. Sekiranya kita terus bersikap sebegini, keizzahan dan kemajuan ISLAM akan terbantut atas sikap buruk kita ini. Sudahla bersikap sebegini, ISLAM pula yang menjadi alasan mem’backup’ diri..na’uzubillah..


Wahai sahabatku sekalian, sama-samalah kita hayati firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 148 :


“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah al-Baqarah:148)


Justeru , semangat untuk berlumba-lumba mengerjakan kebaikan adalah di antara perkara yang perlu dicambahkan di dalam jiwa setiap muslim yang beriman kepada Allah kerana dengan cara demikian sahaja manusia boleh mendekatkan diri kepada Allah .


Selain daripada itu semangat berlumba-lumba juga merupakan suatu tujuan yang paling mulia dan paling utama. Di samping itu juga kita bertanggungjawab pula agar berusaha untuk menghilangkan atau mengurangkan amalan-amalan hina yang membawa kepada dosa dan murka Allah.. (^_^)

Comments
9 Comments

9comments:

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM,, 1 PERKONGSIAN YANG BAIK AKHI..syukran...may allah bless

SheqienRoslan berkata...

motivasi y sgt baik...=)

Ummu Khalyf berkata...

finally, counting days to read yours~


betol2, kita terlalu bnyk beri alasan tanpa berusaha dulu~ hmmm


thanx for this =)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to tanpa nama:

wsslm..afwan..may Allah bless..

to ustzh sheqien:

syukran~ moga motivasi rgkas ni dpt mnjentik mta hati kita..amin

to Dr cinta:

wlcme..~

Tinta Al-Murabbi berkata...

Setuju dgn artikel di atas, alasan sehingga naik lenguh telinga mendengarnya..

Cuma, kita sbg daie perlu pandai membezakan antara alasan mad'u yg dibuat2 ataupun alasan yg membuatkn betul2 membuatkn mereka tidak mampu~

Perlulah di analisis perkara tersebut sebaiknya, jangan pula diserkap jarang si mad'u malas dsb sehingga membuatkan dia terasa dihina~

Sekadar renungan dari diri hamba yg dhoif ini ^_^

Tanpa Nama berkata...

at last~~~
thnx 4 sharing (^_^)

Saya berkata...

syukran...
sikap tidak peduli juga salah satu faktor kita suka memberi alasan...

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to ust ariff:

aiwah,ana stuju..mmg kte sntiasa menganalisis luahan mad'u sama ada dibuat2 ataupun alasan yg membuatkn betul2 membuatkn mereka tidak mampu,
cme bg ana, sbagai sseorg yg sdh dduk dan ditaklifkan mmegang pimpinan, KUASA utk beralasan seharusnya x mnjd snjata utama dlm kpimpinan krana pmmpin mrupakan 1 thp yg tggi yg PERLU brkrban lbih drpd org yg dpmpin..krana itulah:

'KUASA bknlh tasyrif,nmun sbuah taklif..'

renungan brsama..~


to tanpa nama:

wlcme..~


to bisikan bjaksana:

afwan..naam..~

Tanpa Nama berkata...

salam..
gud post!!
sy amt stuju dengn tinta murabbi.

kdg2,kite terlalu mudh mnilai,alsn yg kdg2 betul dsangka dalih utk meloloskan dri dr sebuah tnggjwb.

jd,berhati2lah dlm menilai sebuah alasn. kesilapn menilai akan menjauhkan mad'u yg dkat dgn kita dan makin merenggangkan mad'u yg sememgnya dh jaoh dr kite.

"slm peringtn bersma"