Sabtu, 8 Januari 2011

Suburkanlah Hatimu…


Assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua sahabat dan pembaca budiman sekalian. Salam Maal Hijrah. Moga tahun baru ini menjadi 1 momentum pengubah kepada kita untuk menjadi terbaik daripada kalangan yang baik. Ia sesuai dengan firman Allah:




“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” (Surah al-Mulk:2)


Siapakah dikalangan kita yang lebih baik amalannya?? Islam secara jelas mendidik kita supaya berlumba-lumba dalam menuntut ilmu serta beramal dengan ilmu yang ada. Amat rugi dan sesat apabila amal yang banyak dilaksanakan namun ianya tidak didasari dengan sokongan ilmu. Begitu juga dengan ilmu setinggi gunung, namun ianya ibarat pohon yang tidak berbuah, na’uzubillah..Semoga kita dijauhkan daripada tergolong dalam golongan ini,amin




Hati Perlu Disuburkan


Ya..,hati sememangnya PERLU disuburkan. Hati ini diibaratkan sehelai kain putih, sekiranya kain putih ini tidak dijaga atau sentiasa dibasuh, maka kekotoran akan sentiasa hinggap kepadanya. ‘Basuhan’ inilah yang kita namakan sebagai tarbiyah. Hati ini hidup dan semestinya memerlukan makanan. Tarbiyah hati yang berpanjangan sentiasa diperlukan bagi memastikan hati ini terus bersih dan suci daripada kekotoran.


‘Kekotoran’ itu ialah sifat-sifat mazmumah yang PASTI akan mendiami setiap hati-hati kita. Riya’, takabbur, sum’ah, ‘ujub dan dengki akan bermastautin di hati kita sekiranya hati kita tidak dirawat.


Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga, sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya dari berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa diikuti taubat dan istighfar akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam di dalam hati.


“(Sebenarnya ayat-ayat kami tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifin:14)


Wahai sahabat dan sahabiah, persoalannya kini mengapa hati kita mati?


Sumber daripada Khutbah Masjid Brunei Darussalam, hati itu mati disebabkan perkara-perkara berikut :


Pertama : Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah Subhanahu Wataala. Iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari didikan dan ujian Allah Subhanahu Wataala. Seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Az-Zumar, ayat 22 :



“Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah az-Zumar:22)

Kedua : Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani yang sewajarnya. Sekiranya tubuh jasmani boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Bila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan sahaja akan sakit dan buta malah akan mati akhirnya. Santapan rohani itu ialah “ zikrullah”, “nasihat” dan “muhasabah diri”.


Maka peliharalah hati kita dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati iaitu dengan menggilap dan membersihkannya dengan jalan mengingati Allah Subhanahu Wataala. Sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran surah Ar-Ra’d, ayat 28 :



“Iaitu orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah, ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra’d:28)


Firman Allah lagi dalam surah Asy-Syu’araa’, ayat 88 – 89 :



“Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun. Kecuali orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syrik dan penyakit munafiq)” (Surah Asy-Syu’araa’:88-89)


~Ayuh, bersama muhasabah diri dan bersihkan karat-karat di hati kita.~

Comments
2 Comments

2comments:

asrar berkata...

salam encik Khalifah..,
thumbs up! (^;^)
such a good entry..

hati ialah raja kepada anggota tubuh manusia.jika ia baik dan terjaga,maka baiklah seluruh anggota..,begitu juga sebaliknya.

sentiasalah kita upgrade iman di hati.,semaikan dan bajailah ia dengan dengan cinta Ilahi agar kekal subur mewangi.

notakaki:
hati mati kerana banyaknya dosa.,banyaknya dosa kerana kelalaian beribadah..,dan kelalaian beribadah kerana kurangnya ingatan kita terhadapNya..,nauzubillahiminzalik...

محمد حذوان بن حميدان berkata...

wsslm cik asrar..
tq..

smoga kita dpt sntiada mnsucikan hati2 kita drpd belenggu dosa dan maksiat..

Imam Ghazali prnh brkata:

'hti ini ibarat cermin, sekiranya x sntiasa digilap ia akan kotor diselaputi debu..'