Khamis, 4 November 2010

Tunaikanlah HAK Mata…

Assalamualaikum sahabat dan sahabiah serta semua pelawat blog ini. Alhamdulillah marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah kerana masih dipinjamkan umur untuk terus bergerak kerja untuk agamaNya..insyaAllah.

Untuk entry kali ini insyaAllah ana akan membawa satu perkongsian yang santai tetapi padat dengan pengajaran untuk kita sama-sama hayati dalam kehidupan seharian sebagai satu kehidupan beragama.Pernahkah sahabat berfikir apakah hukum asal dan tetap selamanya berkenaan pandangan yang diharuskan bagi kaum muslimin dan juga muslimat??

Kali ini ana nak mengajak sahabat dan sahabiah sekalian untuk mentadabbur serta menghayati beberapa kalimah-kalimah agong di dalam Surah An-Nur yang secara jelas membahaskan berkenaan perkara ini.

Surah An- Nur terdiri atas 64 ayat, dan termasuk dalam kategori surah-surah Madaniyah. Dinamakan An Nur yang bererti Cahaya, diambil dari kata An- Nur yang terdapat pada ayat ke 35. Dalam ayat ini, Allah menjelaskan tentang Nur Ilahi, iaitu Al- Quran yang mengandungi petunjuk-petunjuk. Petunjuk-petunjuk Allah itu, merupakan cahaya yang terang benderang menerangi alam semesta. Surah ini sebahagian besar isinya memuat petunjuk- petunjuk Allah yang berhubungan dengan soal kemasyarakatan dan rumah tangga.


PEDOMAN PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA YANG BUKAN MAHRAM



Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya (kehormatan); yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan." (Surah An-Nur ayat 30)




Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menjaga pandangannya, dan kemaluannya (kehormatan), dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (Surah An-Nur ayat 31)


Kedua-dua ayat ini secara jelas menerangkan kepada semua kaum lelaki dan wanita supaya menunaikan HAK mata masing-masing. Apakah HAK yang perlu kita laksanakan? Sudah pasti kita perlu sentiasa menjaga pandangan kita daripada melihat perkara-perkara yang TIDAK HALAL untuk dilihat. Bukan itu sahaja ayat tersebut ditegaskan dengan arahan supaya menjaga kehormatan.

Apa yang jelas MATA=KEHORMATAN. Berdasarkan ayat-ayat tersebut mata atau penglihatan amat sinonim dengan kehormatan. Secara jelas dapat kita ambil peringatan bahawa dalam proses ingin menjaga kehormatan sudah PASTI mata kita WAJIB dijaga. Apabila pandangan mata sentiasa dijaga, sudah PASTI kelakuan terjaga daripada melakukan sebarang kemaksiatan. Kes-kes rogol,sumbang mahram,zina,cabul serta liwat yang banyak berlaku di Negara kita sudah jelas memberitahu kita bahawa begitu ramai rakyat yang tidak menunaikan HAK mata mereka iatu menjaga pandangan. Semua kes ini bermula daripada pandangan mata dan daripada pandangan mata itulah akan membawa kepada gerak laku seseorang.Pastinya amat SUCI jika seseorang itu dapat menjaga mata nya dengan sempurna sepertimana dinyatakan dalam ayat di atas, adalah lebih suci bagi mereka..


ANTARA LAWAK & HUKUM

Sungguh indah hukum Islam. Inilah hikmah besar mengapa diperintahkan semua kaum lelaki dan wanita untuk menjaga pandangan mata mereka. Namun menjadi satu lawak bagi kebanyakkan masyarakat kita :


Takkan nak jalan tunduk je? Nanti langgar tiang..

Kene jage mata ke?ish..susahla nak belajar dan meeting nanti..

tak pe kan, pandangan pertama tak berdosakan?


Begitulah beberapa bualan serta luahan masyarakat kita yang masih belum memahami hakikat menjaga pandangan yang sebenar. Apabila belajar mahupun bermuamalah dengan masyarakat yang wanita yang bukan mahram, diharuskan kepada kita untuk melihat tetapi sekadar keperluan untul melihat. Paling penting pandangan yang diharuskan hanyakecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Menurut Mazhab Syafi’i aurat wanita seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua pergelangan tangan.Ayat ini jelas kepada kita kaum lelaki hanya boleh melihat muka dan kedua-dua pergelangan tangan sahaja sekadar keperluan dikala bermuamalah.


Rasulullah pernah bersabda :

Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu! (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)


Perlu kita faham iaitu JANGAN kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagaimana menurut hadith Nabi kepada Sayyidina Ali.


Apabila ia adalah sebuah hukum, maka HARAM untuk kita mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Rasulullah pernah bersabda :


Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, Bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)


KESIMPULAN

Antara nikmat Allah yang terbesar kepada anak Adam ialah mata. Ianya adalah sumber ilmu, kecantikan, dan kesempurnaan. Nikmat yang Allah berikan kepada manusia ini supaya digunakan dengan melihat kebesaran dan kerajaan Allah yang maha hebat ini. Mata yang sentiasa beribadat kepada Allah pasti akan diharamkan daripada neraka. Rasulullah ada menyebut tentang dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka:


1- Mata yang berjaga pada jalan Allah
2- Mata yang menangis kerana takutkan Allah.


Antara tanggungjawab mata ialah sebagaimana tinta Imam Al-Muhasibi dalam kitabnya :

'Dan kewajipan kepada penglihatan ialah menahan pandangan daripada perkara yang haram, dan tidak mengintai sesuatu yang dihijab dan ditutup.'


Abu Darda’ berkata: ‘Sesiapa yang menundukkan pandangannya daripada perkara yang haram, Allah akan mengahwinkannya dengan bidadari yang dia suka, dan sesiapa yang mengintai melalui bumbung rumah orang lain, nescaya Allah akan menghimpunkannya di akhirat dalam keadaan buta.’


‘Jika seorang pelajar ingin meraih kesempurnaan ilmu, hendaklah ia menjauhi kemaksiatan dan sentiasa menundukkan pandangannya dari hal-hal yang haram untuk dipandang kerana yang demikian itu akan membukakan beberapa pintu ilmu, sehingga cahayanya akan menyinari hatinya. Jika hati telah bercahaya maka akan jelas baginya kebenaran. Sebaliknya, barangsiapa mengumbar pandangannya, maka akan keruhlah hatinya dan selanjutnya akan gelap dan tertutup baginya pintu ilmu.’
(Ibnu Qayyim Al-Jauziyah).


Setiap masalah bagi manusia datangnya dari penglihatan atau pandangan terhadap perkara-perkara yang dilarang. Melihat adalah suatu perbuatan yang sangat penting. Berhati-hati menjaga pandangan. Pandangan yang dilarang adalah panah beracun syaitan yang ditujukan kehatimu, kamu akan merasa ragu-ragu dan mengakibatkan imanmu terumbang-ambing...’(Maulana Syaikh Muhammad Nazim al-Qubrusi)

Semoga Allah menambahkan kebaikan mata ini dengan melihat zat Allah yang mulia di akhirat nanti. Amin.

Comments
6 Comments

6comments:

~Dr.CiNta~ berkata...

Dari kerana mata, segalanya boleh terjadi. Dari penglihatan yang tidak terjaga boleh memudaratkan diri. Dari pandangan mata yang terlalu bebas, akal dan nafsu terjerat.


Semua kerana pandangan mata yang sukar utk dijaga.


Dan dari mata juga seringkali air mata yang mengalir sia-sia sedangkan dia tahu bahawa air mata yang tidak akan disentuh oleh neraka hanyalah pada jalan-Nya apabila menangis mengenang dosa lalu mahupun berjaga malam kerana-Nya.


Moga air mata kita yang mengalir akan seperti itu, hanya kerana-Nya~ Insyallah.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to Dr. Cinta:

naam ukhti..setiap kmksiatan yg seringkali berlaku adalh PASTI bermula dgn satu pndgn mata. Apabila hak mata x dijaga,maka nantiknlah berjuta2 kmksiatan akn tmbul hari demi hari..

justeru,jdiknlah mata kita mnangis kerana ALLAH dan bersekang mata kerana mmbaca klmh2Nya..

TEORI x kn sama dgn PERAKTIKAL.

bermula dri skrg,wjbkan dri utk mmperktik sgala ilmu yg kita ada,ckuplh mnjd org yg brckp x srupe bikin..

renungan bersama dari kata2 Imam Hassan al-Banna:

'medan CAKAP x kn sama dgn medan AMAL,medan AMAL x kn sama dgn medan AMAL yg SEBENAR..'

Tanpa Nama berkata...

salam...
syukran wan atas entry yang sangt bermakna tuk muhasabah diri yang sering lalai dan leka dengan kemaksiatan...(pku)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to PKU:

wsslm..afwan,moga kita sme2 dpt muhasabah..TEORI x kn sme dgn PRAKTIKAL.. (^_^)

Tinta Al-Murabbi berkata...

Salam...

Erti Zalim itu adalah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya (HAK)~

Maka, apa sahaja pancaindera kita yg dikurniakan Allah ini, seharusnya kita memenuhi hak2nya.

Andai tersalah guna, nantikanlah saat mata itu menjadi persaksian yang berkata-kata di akhirat kelak:-


“Pada waktu itu Kami tutup mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka berkata-kata memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan.”
(Surah Yasin : 65)

Syukran (^_^) Lame x comment kt blog nta~

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to ust arif:

syukran sudi ziarah dan komen blog yg x sehebat blog2 para duat yg lain,nmun entry yg di post sekadar 1 prkongsian dan pncetus pmkiran dlm mmbuka mta hati pmbaca..

mga kita dpt ambil iktibar serta AMALkn stiap ilmu yg kita ada.amin