Selasa, 16 November 2010

Sifir Kehidupan...

Assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua sahabat serta penziarah yang sentiasa melawat blog ini dari masa ke semasa. Ana nak mengajak sahabat dan sahabiah untuk bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana dengan rahmatNya masih meminjamkan nikmat nyawa kepada kita untuk kita terus bernafas dan hidup di atas muka bumi ini.


Dalam subjek matematik, sudah pasti dan sinonim diajar dengan pembelajaran sifir. Hal ini kerana sifir yang merupakan singkatan bagi sifir darab merupakan satu kemahiran asas matematik yang wajib dikuasai. Kemahiran ini bukan sahaja amat diperlukan untuk menjawab peperiksaan malah ia lebih penting daripada itu. Perjalanan sebuah kehidupan amat memerlukan kemahiran ini terutama dalam bermuamalah seharian. Bagaimana hendak melancarkan sesebuah perniagaan sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai sepenuhnya? Ya..mungkin ada yang menjawab masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan kalkulator. Namun, berapa ramai daripada kita yang akan sentiasa membawa alat tersebut ke mana-mana sahaja?




Apabila meneliti subjek Pendidikan Islam sendiri. Kita akan diajar berkenaan rukun solat iaitu 13 rukun. Adakah boleh sekiranya kita hendak meninggalkan satu atau beberapa rukun?


13-2=11


Dalam perkara ini,sudah pasti formula yang biasa diajar selamanya tidak boleh digunakan. Hakikatnya..


13-2=0

13-5=0


Itulah hakikatnya, sekiranya meninggalkan salah satu daripada rukun tersebut maka terbatallah solat tersebut. Hal ini sama dengan rukun-rukun dalam ibadah yang lain. Apabila solat dan sesuatu ibadah tersebut telah terbatal,bagaimana fungsi serta kesan solat sebagai pencegah dapat berfungsi? Telah termaktub di dalm Surah al-Ankabut ayat 45:




Tambahan lagi,dalam mengira nikmat Allah yang telah diberikan kepada kita. Walaupun kita mahir dalam sifir, sudah PASTI kita tidak mampu mengiranya. Hal ini jelas di dalam Surah an-Nahl ayat 18:



“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah,
niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya” (Surah an-Nahl:18)


Apa yang ingin ana sampaikan daripada analogi tersebut ialah setiap bidang di dalam kehidupan ini punya suatu ilmu dan coraknya sendiri. Begitulah dalam soal perjalanan kehidupan. Ia sudah pasti terpahat warna-warninya bagi setiap individu.


Sifir di dalam matematik sudah PASTI sudah kita ketahui jawapannya. Namun sifir kehidupan sebaliknya, yang kadang-kadang memeningkan, menggembirakan serta turut membawa kesesatan di tengah-tengah jalan sebuah perjalanan kehidupan. Pesanan buat diri yang dhaif ini serta semua sahabat, dalam menempuhi serta meneruskan perjalanan kehidupan sentiasalah memandang sesuatu itu dari sudut mata hati yang didasari al-Quran dan Hadith Rasulullah. Ingatlah selama masih kita menjadikan 2 sumber ini sebagai rujukan UTAMA kita, selagi itu dan selama-lamanya lah kita akan terhindar daripada kesesatan...




Aku telah tinggalkan pada kalian dua perkara.
Kalian tidak akan sesat selama-lamanya selama berpegang kepada keduanya,
(iaitu) Kitab Allâh dan Sunnahku (HR Imam Malik)




Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh (kerana memenuhi kehendak agama Kami), sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami.. (Surah al-Ankabut:69)

Comments
0 Comments

0comments: