Isnin, 22 November 2010

Kerja Rumah…

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga ‘ibrah daripada peristiwa disebalik ‘pengorbanan’ ini dapat kita jadikan satu penguat dalam mengharungi medan-medan dakwah..amin


Alhamdulillah sudah semestinya cuti sekolah amat-amat diidamkan oleh semua manusia yang bergelar pelajar sekolah, tidak kira sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Apa yang menyeronokkan juga, setiap cuti sekolah ini sudah pasti menyamai cuti semester bagi setiap guru-guru pelatih yang menuntut di setiap Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh Malaysia..he3


Bagi guru-guru pelatih yang sudah lama merancang untuk pergi bercuti@melancong, masa cuti ini digunakan sepenuhnya untuk memenuhi niat tersebut. Manakala bagi yang merancang untuk mendapatkan pendapatan lebih, seluruh masa cuti ini pasti digunakan untuk mencari kerja. Segala bidang pekerjaan pasti diceburi daripada bekerja di Mall dan kedai-kedai runcit sehingga bekerja di kebun-kebun atok di kampung..(^_^)


Namun mungkin ada juga yang hanya mahu mengahabiskan masanya bersama keluarga dan membantu melunaskan kerja-kerja di rumah. Walau apapun pekerjaan yang dilaksanakan, diharapkan perkara penting iaitu niat yang betul-betul ‘ikhlas’ perlu sentiasa didasari dan diUTAMAkan.






Perlu ana ingatkan kembali kepada semua sahabat dan sahabiah yang sempat mengikuti kuliah maghrib ana yang terakhir di Balai Islam sebelum bermulanya cuti semester iaitu ana mengharapkan ‘kerja rumah’ yang ana berikan untuk dijadikan satu perkara wajib yang mesti dilaksanakan iaitu membaca serta menghabiskan buku ‘Hari-Hari Dalam Hidupku’ , terbitan Pustaka Salam yang ditulis oleh Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili. Buku ini memaparkan kisah seorang srikandi pejuang Islam yang bergiat dalam kumpulan Ikhwanul Muslimin di Mesir satu ketika dahulu. Kisah benar yang diceritakan kembali oleh penulis ketika disumbat ke dalam penjara oleh Presiden Mesir ketika itu iaitu Jamal Abdul Nasser yang banyak memaparkan pengalaman serta penderitaannya dianiaya di dalam penjara tersebut. Gigitan anjing serta pukulan dan terajang daripada pihak tentera menjadi satu ‘hiburan’ di dalamnya.




Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili




Jamal Abdul Nasser Laknatullah




Sama-samalah kita menghayati serta mengambil semangat perjuangan serikandi ini menerusi tulisannya ini.. (^_^)





‘Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’ (Surah Muhammad:7)


Comments
15 Comments

15comments:

FaDie berkata...

Alhamdulillah saya dah pernah habiskan buku nie.. byk pengajaran yang saya perolehi sepanjang perjalanan saya untuk mengkhatamkan buku ini... liku2 hidup yang dialami oleh Mujahidah berani,Zainab Al-Ghazali begitu mengetuk pintu hati dan meruntun diri kita untuk menginsafi setakat mana gerak kerja kita untuk Islam..

moga kisah ini menjadi pengajaran dalam hidup kita bahawa perjuangan tidak akan pernah henti dan kesusahan juga tidak mampu dilepaskan dari hidup kita.. untuk bergelar seorang PEJUANG AGAMA

~Dr.CiNta~ berkata...

erk, alamak lupe kerja rumah ustaz bagi~

=) mane nak cari buku ni ye ustaz, saye merata jugak cari buku ni since 2008 tapi agak susaah la -____-

dah lame nak baca buku ni, mase ustaz tunjuk balek mase hari tu baru ingt, owh, pencarian belum habis lagi~


-____-

MerPati tErbAng MenCarI ...... berkata...

alhamdulillah.
ana dah habis baca buku..
akak senior bagi pinjam..
memandangkan kampus ana semua perempuan..
penangan untuk mengenali serikandi2 islam tu lagi terasa kot.

papepun..
ustaz bagi taqlifan yang sgt baik..
he........

::Cikgu Akim:: berkata...

Allhamdulillah~
Maseh Hazwan ingatkan..yup..setuju~(^_

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to FaDie:

alhamdulillah..moga kte sme2 dpt ambl pngjrn.. (^_^)

to Dr.Cinta:

hmm..ana jmpe bku ni mse pgi kdai bku Jaafar Rawas kat KB,enti kne cri kdai buku yg jual buku2 kluarn Pustaka Salam..insyaAllah adela tu..
moga dprmdhkn mncri bku ni. (^_^)

to Merpati:

alhamdulillah dh dpt slsaikn 'krja rmh' awl2..mga dpt ambl mnfaat drpd 'diari' srikandi ini..

to Cikgu Akim:

same2..tq sdi ziarah.. (^_^)

mujahidah solehah berkata...

alhamdullilah banyak pengajaran yang kita dapat daripada kisah zainab al-ghazali.Betapa kuatnya pergantungan beliau terhadap Allah.Banyak dugaan yang beliau tempuh demi mempertahankan Islam kerana beliau yakin dengan janji Allah.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to mujahidah solehah:

btl tu..x dinamekn 1 prjuangan jke d jlnnya x trdpt kesusahan,keperitn yg mmrlukan pengorbanan.. (^_^)

mursyiDah28 berkata...

subhanallah..
tahniah wan..dah bjaye mjadi pganti ust ki n ust md nor dlm kuliah2 pd mad'u2 yg pelbagai thp kefahaman..=)
aiwah..sgt bagus.siap ade homework lg.

he2..sy pon lom abes bace hari2 dlm hidupku..hmh..tp ade tugasan laen yg blom lg dpt sy laksanakan smpai arini.
insyaAllah thn dpn sy cube yg trbaik.he..^^

papepon..smmgnye pgjrn dlm buku tu sgt mdlam..

shinggakan ada 1 kata2 srikandi zainab pada suaminya;lebih kurangla..
Beliau xkan meninggalkan perjuangannya meninggikan syiar Islam ini walaupun suaminya meninggalkannya.

SUBHANALLAH.. lihat..ketinggian tadhiyyah seorg wanita..yg hidupnya semata2 utk menegakkan agama Allah..

Semoge dpt mencontohi beliau dlm arena dakwah ini..ameen.

Kamal La Great berkata...

Buku ni macam menarik. Hmm... harus saya pertimbangkan untuk membelinya

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to mursyidah28:

syukran,tp stakat yg mmpu utk mmbri kuliah akn wan cbe bg,utk dbndgkn dgn thap ust ki dan ust mohd nor amt2 jauh..mreke lbh 'ahli' dlm dnia ilmu ini..

aiwah.tadhiyyah yg tggi byk dpaparkn dlm khdpn srikandi ini.. (^_^)

to kamal:

tq sdi ziarah,mmg elok sgt dprtmbgkn utk mmbli bju yg sgt brnilai ni.. (^_^)

hamba Allah berkata...

salam..,
bagi homework??
MENARIK!
antara kaedeh yg dapat membantu utk kita manfaatkan masa yang kosong sewaktu cuti.
saya x baca lagi buku buku tersebut.,tgok komen2 kat atas ni menaikkan lagi semangat utk cri kt market.insyaAllah.,moga dipermudahkan~~(^_^)

notakaki: selamat bercuti Ust.moga masa yang ada diisi dengan sempurna.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to hamba Allah:

wsslm..trime ksh sdi ziarah,eloklah dptkn buku tu..moga dpt sma2 ambil mnfaat..

slmt brcti jga..trime ksh.. (^_^)

Tanpa Nama berkata...

ana bace bab trakhir je....huhhu...=P

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to tanpa nama:

bce bab akhir pn sdh byk mggmbrkn bab2 awal..taniah krane dpt mcnye..

Munirah Atirah berkata...

Assalamualaikum,alhamdulillah ana dah dpt habiskan baca keseluruhan buku itu, syukran bg homework yg sgt bernilai ni..ketika usrah naqibah di maktab juga ada mengupas tentang intipati dan pengajaran drp buku ni dlm slot sirah utk menelusuri liku2 khdpn Zainab Al-Ghazali...ana percaya buku ini dpt memberi 1 semangat yg luar biasa utk kembali berdakwah dan ditarbiyah bg sesiapa yg membacanya..semoga kita semua dpt mengambil pengajaran drp keberanian Zainab Al-Ghazali.Insyaallah.