Khamis, 18 Februari 2010

Suatu pagi jumaat yang amat bernilai…



Setelah selesai menunaikan solat subuh dan membaca al-ma’thurat bersama sahabat-sahabat di surau pusat pengajian saya , seorang sahabat saya yang saya kagumi yang merupakan mantan pemimpin agama di institut ini suatu ketika dahulu , mempelawa saya untuk bersama-sama dengannya mendengar kuliah dhuha di sebuah pusat pengajian ilmu yang tidak asing lagi bagi para penuntut yang dahagakan ilmu di Terengganu ini. Eh, tak kan takde kuliah hari Jumaat? Untuk pengetahuan sahabat dan sahabiah, rase bertuah belajar di Terengganu kerana negeri ini sama seperti negeri Kelantan dan Kedah iaitu cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.


Perjalanan dari tempat pengajian saya ke tempat yang ingin dituju mengambil masa 30-45 minit bergantung kepada kelajuan kenderaan dan kelancaran lalu lintas.he3..Sebelum menuju ke sana, persiapan diri iaitu bekalan makanan jasmani tidak kami lupakan, hm..sempatla makan roti canai yang sangat enak (^_^)


Setelah tiba di tempat pengajian tersebut, hati begitu kagum melihat gahnya binaan pusat ilmu yang telah menghasilkan begitu ramai cendekiawan-cendekiawan Islam di Negara kita. Tambahan lagi, kenderaan yang kebanyakannya merupakan kereta dan van yang tersusun dan berbaris di tepi-tepi jalan beserta ratusan manusia dan saya yakin mencecah ribuan orang berpusu-pusu ke tempat yang sama dengan tujuan dan matlamat yang satu. Terpegun rasenya melihat gelagat menusia yang kebanyakkannya membawa keluarga bersama-sama untuk mendengar kuliah daripada seorang alim dan cendekiawan yang amat disegani di Negara kita.


Pada masa itu hati berkata, " bagusnya !! setiap orang membawa pasangan dan keluarga masing-masing untuk turut serta dalam majlis ilmu yang merupakan suatu majlis naungan para malaikat, alhamdulillah.. rupa-rupanya masih ada lagi golongan-golongan ini dalam dunia yang penuh dengan pelbagai mehnah dan tribulasi ditambah dengan kebejatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak serta moral di setiap peringkat umur."


Tersemat di hati, ‘insyaALLAH sekiranya ALLAH mentakdirkan aku untuk membina sebuah keluarga bersama seorang insan yang telah ditakdirkan untukku, ku berharap aku dapat membina dan membentuk keluarga itu sebaik mungkin dan dapat mendidik pasangan ku mengikut acuan ISLAM sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah.amin..’ (^_^)


Berdasarkan kepada ketinggian ilmunya, suka saya memanggil cendekiawan ini dengan panggilan Tuan Guru. Perkara pertama yang beliau ajar adalah berkenaan dengan ilmu tauhid. Untuk mengenal ALLAH adalah berdasarkan dalil-dalil atau bukti-bukti yang telah ada di depan mata kita. Tuan Guru telah memberikan satu analogi atau contoh:


“kita hendak tahu sesuatu tempat itu ade bekalan elektrik, apabila kita mendengar suara dari pembesar suara, maka sudah tentu di situ terdapat bekalan elektrik. Jadi tak perlulah kita membelah wayar elektrik kemudian merasanya dengan tangan, itu satu cara yang silap…”





Begitulah juga dalam kita mengenal ALLAH, kita mengenaliNYA berdasarkan sifat-sifat dan tanda-tanda ciptaanNYA.Rasulullah telah mengajar kita bagaimana hendak mengenal ALLAH, sebab itu pentingnya kita sentiasa kembali kepada al-Quran dan Hadith Rasulullah. Imam Malik pernah menyebut ketika beliau mengajar di Masjid Nabawi :


“semua kata-kata manusia boleh ditolak, kecuali orang yang berada di dalam kubur ini (sambil beliau menunjukkan ke arah kubur Baginda SAW)”


Imam al-Ghazali pernah menyebut, “bagaimana kita hendak mengenal zat ALLAH, sedangkan perihal makhluk ALLAH sendiri pun masih kita belum dapat sepenuhnya kenal lagi..”


Tuan Guru juga mengajar ilmu tafsir dalam kuliahnya. Dalam menghuraikan maksud dan terjemahan ayat-ayat suci al-Quran, saya tertarik dengan satu perkongsian ilmu yang beliau utarakan iaitu berkenaan satu ilmu yang disebut dengan ‘Ilmu Laduni’. Menurut beliau, ilmu ini diberikan oleh ALLAH kepada golongan ulama yang mahir dan memahami al-Quran dan Hadith serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian, iaitu mereka dapat menjawab segala persoalan secara spontan dan ia jawapan itu bertepatan dengan al-Quran dan Hadith.Ilmu ini merupakan salah satu karamah yang ALLAH berikan kepada golongan atau insan yang terpilih.


Semasa Tuan Guru membicarakan berkenaan dengan karamah ini, beliau telah menceritakan satu kisah yang berlaku kepada Saidina Umar dan ini merupakan karamah yang ALLAH berikan kepada Saidina Umar. Ketika Saidina Umar sedang berkhutbah, tiba-tiba beliau menyebut, “ wahai tentera-tentera , naiklah bukit ! naiklah bukit ! naiklah bukit ! “, sedangkan pada masa itu tentera-tentera ISLAM berada jauh di medan perang. Ketika tentera-tentera pulang, panglima perang memberitahu ketika mereka diserang teruk oleh musuh, tiba-tiba mereka mendengar suara Saidina Umar memerintahkan mereka untuk naik ke bukit (bagi tujuan pertahanan).


Sekadar inilah perkongsian yang dapat saya kongsikan buat sahabat dan sahabiah, semoga segala ilmu ini dapat kita manfaatkan dalam kehidupan seharian dan menyampaikannya kepada sahabat-sahabat kita.insyaALLAH.. (^_^)

Comments
2 Comments

2comments:

Tinta Al-Murabbi berkata...

Salam..wan..cam knal je subuh bile ni?hehe~ perkongsian yg nta bwk drpd untaian kata-kata hikmat tok guru ini amat bernilai kepada pada pembacanya~ =)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

wsslm.he3..
semoga perkongsian ini dpt djadikan mnfaat oleh setiap pembaca..amin (^_^)