Jumaat, 12 Februari 2010

Honey...








68. Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan manusia",

69. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan turutlah jalan Tuhanmu yang Telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

(Surah An-Nahl : 68-69)

Mafhum Hadith riwayat Abu Said Al-Khudri ra., ia berkata:

Ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw. lalu berkata: Saudaraku merasa mual-mual perutnya. Rasulullah saw. bersabda: Minumkanlah madu! Setelah orang itu memberi minum madu kepada saudaranya, dia datang lagi kepada Nabi saw. dan berkata: Aku telah memberikannya meminum madu tetapi perutnya bertambah memulas. Kejadian itu berulang sampai tiga kali. Pada kali yang keempat Rasulullah saw. tetap bersabda: Minumkanlah madu! Orang itupun masih lagi berkata: Aku benar-benar telah memberikannya meminum madu tetapi perutnya masih bertambah memulas, maka Rasulullah saw. bersabda: Maha benar Allah (dalam firman-Nya, surat An-Nahl ayat 69) dan ada yang tidak kena dengan perut saudaramu itu. Akhirnya Rasulullah saw. sendiri yang memberikannya meminum madu dan saudara orang itupun sembuh

(HR Sahih Muslim , 4107)





FAKTA MENAKJUBKAN MENGENAI MADU DAN KESIHATAN ANDA


1. Madu mengandungi vitamin dan antioksidan, tetapi ia bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.

2. Anda tidak suka bayam? Minum madu - ia mempunyai antioksidan pada paras kandungan yang sama seperti dalam bayam dan ia baik untuk kesihatan jantung anda.

3. Salah satu antioksidan dipanggil "pinocembrin" hanya boleh ditemui di dalam madu.

4. Sejak bertahun-tahun, penyanyi opera yang bersuara lantang mengamalkan madu untuk meningkatkan tenaga dalam badan dan melegakan tekak sebelum sesuatu persembahan.

5. Madu adalah satu-satunya makanan yang mengandungi semua unsur-unsur perlu untuk kehidupan, termasuk air.

6. Madu mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut.

7. Madu mempercepatkan penyembuhan luka terbuka dan melawan jangkitan.

8. Seawal Perang Dunia Pertama, madu telah dicampur dengan minyak ikan kod untuk merawat dan mencuci luka di medan peperangan.

9. Sains moden telah mengiktiraf madu sebagai agen anti-bakteria, bermakna ia boleh mencegah pertumbuhan sesetengah bakteria, yis dan kulat.

10. Madu dan sarang lebah merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.

11. Pada awal tahun 1700-an, Permaisuri Anne dari England telah merekacipta bahan campuran madu dan minyak zaitun supaya rambutnya sihat dan bersinar.

12. Menurut Dr. Paul Gold, seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia, "manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam madu"

13. Madu adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga tinggi yang mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan.

14. Kajian terkini membuktikan sesetengah atlit yang meminum madu sebelum dan selepas acara sukan dapat mengembalikan semula keupayaannya lebih cepat dari mereka yang tidak minum madu.

15. Madu membekalkan 2 peringkat tenaga. Glukos dalammadu diserap dengan cepat oleh badan dan memberikan tenaga segera. Fruktos pula diserap lebih perlahan lantas membekalkan tenaga berterusan kepada badan manusia.


Comments
0 Comments

0comments: