Sabtu, 13 Februari 2010

Perutusan Tahun Baru Cina 2010



Utuhkan Perpaduan
Katakan Tidak !
kepada Racist







1.Sempena menyambut Tahun Baru Cina 2010 , saya Exco Biro Agama , Kerohanian dan Moral (BADAM) dan seluruh jawatankuasa BADAM mengucapkan " semoga beroleh kegembiraan dan kebahagiaan " buat semua kaum Chinese di bumi IPG KDRI ini.


2.Kegembiraan dan kebahagiaan adalah nikmat Allah swt Tuhan yang Mencipta seluruh manusia dan alam semesta ini . Ianya jua adalah manifestasi dari sebuah perpaduan yang sememangnya dianjurkan oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam Surah Al Hujurat ayat 13 :




Maksudnya : Wahai Manusia ! sesungguhnya kami [ Allah swt ] telah menciptakan kamu yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbilang - bilang bangsa dan kaum supaya kamu saling kenal mengenal antara satu sama lain . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu [ manusia ] di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu . Sesungguhnya Allah swt Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Teliti .


3.Perjuangan BADAM adalah melandasi firman Allah swt tersebut , bilamana BADAM menjadikan perpaduan sebagai prinsip perjuangan melewati batas kaum dan bangsa . Politik baru BADAM dengan prinsip Li Taarafu [ saling kenal mengenal ] membawa slogan BADAM For All sekaligus meletakkan perjuangan BADAM dan dakwahnya terbuka tanpa sempadan. .


4. Konsep perkauman sempit adalah musuh tradisi kepada usaha mewujudkan perpaduan dan keamanan di dalam kampus IPG KDRI ini . BADAM konsisten menentang perjuangan dan gerakan yang berasaskan sentimen perkauman sempit justeru perbezaan kaum dan bangsa adalah suatu ciptaan Allah swt yang menandakan keagunganNya sebagai Tuhan Yang Maha Mencipta .


5. Baru - baru ini negara menjadi gempar dengan kenyataan ultra -racist dari Datuk Nasir Safar bekas Pegawai Khas YAB Perdana Menteri apabila beliau secara terbuka menyelar kaum Cina dan India sebagai pendatang dan peminta sedekah serta mengancam untuk menarik balik kerakyatan jika kaum - kaum ini gagal menuruti ketetapan dan peraturan yang dibuat oleh kerajaan .Kami di pihak BADAM secara lantang menolak dan menentang perkara itu. Dalam menyelesaikan perkara ini, kita sebagai guru pelatih yang juga digelar sebagai mahasiswa dan mahasiswi perlu kembali merujuk kepada sejarah negara kita suatu masa dahulu.


6. Seluruh jawatankuasa BADAM melihat kenyataan - kenyataan bersifat perkauman ini semakin ketara dan ia boleh mendorong berlakunya persengketaan antara kaum dan sekaligus mengganggu kesejahteraan rakyat malah mengancam keselamatan negara.


7. Selayaknya setiap pihak hendaklah menghormati hak - hak orang Cina dan India di dalam negara ini dan di dalam kampus kita dengan tidak melabelkan mereka sebagai pendatang atau merempat dan 1001 kenyataan yang mengeruhkan kedudukan antara kaum dalam negara kita sekaligus bertentang dengan semangat 1 Malaysia yang diperjuanhgkan oleh pihak kerajaan.


8. Sekali lagi suka saya tegaskan bahawa seluruh jawatankuasa BADAM sangat tidak senang dan sangat tidak setuju terhadap sebarang tindakan atau kenyataan yang berbau racist dan chauvinist . Sebaliknya marilah kita beramal atau menerima pakai apa yang diajar oleh Islam agar kita mewujudkan perpaduan atas semangat saling kenal mengenal antara satu sama lain . Bukan hanya kenal nama dan wajah tetapi turut mengenal budaya dan adat resam antara kaum dikalangan penduduk dan rakyat di dalam negara ini .


9. Islam menjadi dasar perjuangan BADAM . Justeru itu , apa yang diperjuangkan oleh BADAM ialah apa yang diajar oleh Islam . Antara ajaran Islam yang suci lagi mulia ini ialah saling hormat menghormati antara kaum , bangsa dan agama agar dapat diwujudkan suasana sejahtera , harmoni , aman dan damai . Sementara semua suasana - suasana itu bertepatan dengan nilai fitrah kejadian manusia .




Biro Agama , Kerohanian dan Moral (BADAM),
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Sesi 2010/2011
Comments
3 Comments

3comments:

: :cik dyana bahri: : berkata...

salam~sori silap
semoge berjaye lah ye..
er,..da tengok the arrival..
boleh bg komen utk next entri?
terima kaseh:)

Tinta Al-Murabbi berkata...

Salam...

ehem2..itu dia perutusan oleh YANG BERHORMAT Hazwan Hamidan~ bile nk buat perutusan kt TV3?hehe

na's berkata...

tahniah JPP bru..hehe...


smoga dikurniakn hatiy yg sentiase ikhlas dlm bekerja..

Amin..hehe=)