Sabtu, 9 Januari 2010

Permata yang sangat bernilai..




Sabda Rasulullah: ‘Dan lelaki (suami) adalah pemimpin keluarganya dan dia akan disoal mengenai kepimpinannya’ (HR Bukhari)

Kita juga perlu ingat akan firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6,



Hal ini merupakan suatu arahan kepada suami isteri dalam membentuk ahli keluarga mereka agar memenuhi kehidupan di dunia berdasarkan segala yang diperintahkan agama. Dalam memahami ayat ini, sewajarnya pihak ibu bapa berasa amat takut dengan kepimpinan mereka, lantaran ia bukan soal main-main yang boleh dipandang ringan atau dilepaskan kepada pihak lain untuk mengambil alih.


Teringat sewaktu mendengar kuliah maghrib di Surau Al-Muhajirin di kawasan perumahan ana sewaktu cuti semester dahulu, pada malam itu penceramah tersebut menghuraikan berkenaan kitab Tarbiyatul Awlad atau disebut sebagai Pendidikan anak-anak. Dalam kuliah tersebut, ustaz itu mengatakan bahawa pendidikan untuk anak-anak adalah bermula seawal sebelum perkahwinan lagi, bukan selepas perkahwinan sepertimana yang biasa orang kate, kenape yek??


Menurut ustaz itu lagi, anak-anak atau zuriat yang bakal dilahirkan selalunya akan mengikut cara dan sifat ibu bapanya sewaktu ibu bapa masih muda.Jadi, segala sifat,perlakuan,tingkah laku dan cara ibu bapa semasa sebelum perkahwinan dan selepas perkahwinan akan terbentuk dalam diri anak-anak. Maka sekiranya ada sifat‘nakal’yang amat sangat oleh ibu bapa mereka sewaktu muda, maka sifat itu juga akan terbit ke dalam diri anak-anak..Jadi apabila melihat anak-anak terlalu nakal,jangan mudah untuk menyalahkan satu sama lain, cube renung dan lihat diri kita sewaktu mude-mude dulu ye..he3

Cuba tanyakan kepada diri kita, bilakah masanya kita merasa terlalu banyak melakukan kesalahan dan kesilapan? Hati kecil kita akan menjawab, ‘Semasa kita remaja..’ Ya, apabila kita menoleh ke belakang, terasa begitu banyak perkara yang sepatutnya dibuat tetapi tidak dibuat. Dan banyak pula perkara yang tidak sepatutnya dibuat, telah dibuat..

(Rashidah Mustaffa, SOLUSI)


Berbalik kepada fitrah anak-anak yang sudah Allah aturkan, kebiasaannya jika ditinjau dari segi biologi, umur anak-anak dalam lingkungan 2 hingga 7 tahun dikatakan peringkat yang paling penting untuk diberikan didikan dan membentuk kesempurnaan sahsiah peribadi. Pada peringkat ini, seseorang anak akan cepat meneladani apa sahaja yang mereka dengar, lihat dan rasa.

Oleh itu, golongan ibu bapa sewajarnya menggunakannya untuk menerapkan seberapa banyak bimbingan dan pendidikan agama secara berhemah.Namun harus juga diingatkan bahawa selepas tempoh umur tujuh tahun, seseorang ibu bapa mesti terus memantapkan peribadi anak-anak dengan berterusan dan disertai pemantauan yang sempurna. Jangan terlalu memanjakan anak-anak sehingga nilai-nilai murni dan didikan agama dibelakangkan lantaran sayangkan anak-anak kita.






Dalam Islam, sayang ada tempatnya dan tegas pula biat bertempat. Sebuah syair Arab ada menyentuh tentang pendidikan anak-anak ini, ‘Membentuk adab semasa masih kanak-kanak lebih bermanfaat, dan sebaliknya kurang manfaatnya selepas zaman itu. Ranting apabila dibentuk akan terbentuk, tidak terbentuk sesudah menjadi kayu’

Dalam soal memberikan pendidikan agama, ibu bapa bertanggungjawab membekalkan anak-anak mereka dengan segala pengetahuan dan ilmu agama yang dapat memberikan mereka kefahaman dan penghayatan mengenai halal dan haram dalam Islam. Malah ibu bapa juga berkewajipan mendedahkan secara baik tentang Rukun Iman, Rukun Islam, adab budaya masyarakat yang murni agar jiwa anak-anak menjadi mantap keimanan mereka.

Satu perkara penting yang ingin ana ingatkan buat diri ana dan kepada sahabat serta sahabiag semua berkenaan dalam didikan anak-anak untuk melaksanakan solat. Bagaimana mungkin anak-anak akan patuh dan mudah mendirikan solat seandainya kita pihak ibu bapa sendiri cuai dan tidak menunjukkan teladan yang baik. Bawalah bersama anak-anak ke masjid apabila kita melaksanakan solat berjemaah. Dengan cara ini, jiwa anak-anak terasuh di bawah naungan cahaya hidayah Allah dan insyaAllah kerohanian mereka akan menjadi mantap.
Comments
2 Comments