Rabu, 25 November 2009

Dah bace???

Hmm..dlm post kali ini ana nak bawe satu doa yang selalu kite lupe bile bangun dari tidur..

Jeng2..tak lain dan tak bukan sudah tentulah doa bangun dari tidur..
kenape ye orang selalu lupe bace doa ni?(termasuklah penulis blog ni,he3)

Mungkin antara sebabnye sikap malas dalam diri,hmm...

Bak kate saudara Syukri(http://pakarhowto.com): 'malas itu bolehla kita ibaratkan macam iman kita juga. Ada pasang surutnya. Ada kalanya iman kita naik mencanak. Ada juga masa-masanya iman kita jatuh merudum. Tetapi, dengan amalan yang istiqamah, dengan usaha yang dilakukan terus menerus, iman boleh sentiasa meningkat. Atau setidak-tidaknya iman boleh dikekalkan dan tidak menurun.'

Begitu jugalah dengan sifat malas ini. Ia boleh dikawal dan boleh diatasi. Ada cara bagaimana untuk mengatasi rasa malas ini. Dengan mengikut cara yang betul, praktikkan dengan disiplin yang teratur, dilakukan secara konsisten, insyaAllah, kita mampu mengawal rasa malas. InsyaAllah kita akan dapat mengatasi rasa malas. InsyaAllah rasa malas itu boleh berubah menjadi rajin.



Jadi,same2lah kite hindari sikap malas nak bangun tidur dan malas nak bace doa ni.Doa ni membawa makna yang sangat besar:

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit"

Ape yang penting, doa ini adalah suruhan Rasulullah kepada kita ,sesuai dengan sabdanya(boleh rujuk Kitab Riyadhus Shalihin):

Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)

Sabtu, 21 November 2009

Masjid Beijing cetusan idea seorang mujahid...

Masjid Beijing??kat Negara China ke?
Jangan terkejut bahawa masjid ini hanya terletak di Rantau Panjang,Kelantan..he3..

Dari jauh ia kelihatan bagaikan sebuah bangunan kuil atau istana lama di China jika pandangan tidak turut tersilau kepada menara yang tegak dengan kubah seakan-akan kopiah berlilit serban di pinggirnya.



Bangunan berbumbung hijau dan diselari dengan warna merah itu mencuri perhatian umum mereka yang menghala ke pekan Rantau Panjang atau yang baru memasuki negara ini melalui pintu sempadan.

Difahamkan masjid ini digelar Masjid Beijing dan terletak di tapak seluas 1.48 hektar, merujuk kepada reka bentuknya seperti kuil China pada zaman Dinasti Ming yang turut kedapatan di kuil di Kuala Lumpur.

Sememangnya juga keunikan wajah asing dalam suasana budaya setempat menimbulkan sekilas polemik dalam kalangan pelbagai pihak termasuk para ilmuwan, budayawan dan juga sebilangan mereka yang kritis dalam kesempurnaan seni bina.

Masjid yang pembinaannya dicetuskan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 1992.Inilah 'seorang mujahid' yang ana maksudkan itu iaitu seorang ulama yang juga ketua kerajaan.Masjid ini dianggarkan menelan kos RM9 juta kini sudah siap sepenuhnya dan telah mula dibuka pada bulan Ramadhan dengan seorang imam dari China diundang untuk mengimam solat tarawih.

Atapnya bewarna hijau tua dan dinding masjid kekuningan.Kaum Tionghoa meluah rasa terharu apabila terpandang binaan masjid tersebut.Mereka mengakui keunikan reka bentuknya tidak pernah disaksikan di negara ini melainkan di China.Kini pekan Rantau Panjang semakin popular sebagai destinasi pelancongan utama di Kelantan.

Masjid ini dijangka dirasmikan pada sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan pada Mac tahun depan.Inilah koleksi terbaru keunikan Kelantan selepas 'Kota Rehal' di Kota Bharu.

Ternyata ulama berjaya mencipta ketemadunan baru selepas hampir 20 tahun bertapak kukuh di Serambi Mekah.

Jumaat, 20 November 2009

'Taun' makin serius di Terengganu...



Penyakit taun yang dikesan berlaku di Terengganu semakin serius selepas 11 pesakit yang mengalami simptom-simptom penyakit berkenaan, disahkan dijangkiti penyakit itu sehingga kini.

Pengarah kesihatan negeri Dr Nordiyanah Hassan berkata kesemua mereka yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu disahkan dijangkiti taun berdasarkan analisis sampel yang diambil daripada pesakit berkenaan.

Katanya setakat ini, 98 pesakit dari beberapa daerah di negeri itu menerima rawatan di HSNZ kerana disyaki dijangkiti penyakit itu setelah menunjukkan gejala muntah dan cirit-birit yang teruk.

"Berikutan itu, beberapa hospital daerah di negeri ini sudah diarahkan membuka wad isolasi sebagai persediaan dan langkah awal menangani penyakit berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, pihaknya telah menghantar pegawai untuk mengambil sampel-sampel bagi mengenal pasti punca penyakit itu dan dalam masa sama mencari kaedah terbaik untuk mencegahnya.

Beliau berkata pihaknya menjangka jumlah pesakit akan bertambah dalam tempoh dua minggu ini berikutan jangkaan berlaku hujan peringkat kuning di negeri Pantai Timur bermula Ahad hingga Khamis ini, yang boleh menyebabkan kejadian banjir, sekali gus memudahkan penyakit itu merebak.

"Walaupun jumlah pesakit terus meningkat, tetapi keadaan di wad isolasi masih terkawal dan kita sentiasa bersedia serta mempunyai kelengkapan mencukupi untuk menampung pertambahan pesakit," katanya.

Beliau meminta mereka yang mempunyai simptom penyakit itu supaya segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan dan menasihati orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan bagi memastikan mereka tidak dijangkiti.

"Langkah yang perlu diambil termasuk mengelak makanan yang sudah tercemar dan tidak dimasak dengan sempurna, mengelak meminum air tidak dimasak, menjauhi premis perniagaan dan pengendali makanan yang tidak mengamalkan aspek penjagaan kebersihan yang baik dan jangan makan makanan terdedah," katanya.

Setakat ini, satu kes kematian melibatkan penyakit itu dicatat di HSNZ pada Selasa lalu, melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun dari Kuala Terengganu.

Sementara itu, tinjauan Bernama di wad isolasi HSNZ mendapati perkarangan wad dipenuhi waris pesakit yang menunggu dan ada yang ingin melawat pesakit tetapi tidak dibenarkan berikutan langkah pencegahan yang dilaksanakan pihak hospital.

Isteri seorang pesakit Salasiah Salim, 17, ketika ditemui berkata beliau hanya menganggap suaminya Mohd Shahrudin Mohd Hussein, 29, mengalami sakit perut biasa sejak tiga hari lalu.

Namun, beliau menghantar suaminya untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenan apabila mendapati keadaan suaminya semakin teruk, sebelum diberitahu pihak hospital suaminya disyaki dijangkiti taun. BERNAMA