Khamis, 14 November 2019

Konvokesyen Peringkat Sarjana

Salam mahabbah buat semua pembaca. Dipanjatkan kesyukuran setingginya kepada Allah atas segala kurniaan nikmat dan kemudahan.


Kelegaan dan Kejayaan

Alhamdulillah detik 21.9.2019 iaitu hari Sabtu telah sempurna Majlis Konvokesyen OUM di PWTC buat diriku bagi peringkat Ijazah Sarjana. Setelah 2 tahun mengikuti coursework mode+ dissertation maka atas keizinan dan rahmatNya diizinkan untuk tamat belajar mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak universiti dan Graduate On Time (GOT) dalam bidang Pengajian Islam. Pengajian bermula seawal Januari 2017 dan telah tamat pada Disember 2018.

Penulisan ini bertujuan melampirkan setiap detik bersejarah dan rakaman diari kehidupan yang telah dilalui dalam majlis tersebut. Moga ia terus memberikan kekuatan kepada diriku untuk terus menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta memberikan galakan dan suntikan semangat buat sidang pembaca sekalian.



 bersama rakan sekelas yang berjaya GOT bersama




 antara saudara terdekat yang dapat turut sama menghadiri

 Alhamdulillah lulus dengan cemerlang (1st class masters degree)


 kami seluruh Malaysia meraikan bersama 

 kanak2 cilik yang tak jemu bermain


 bergambar bersama keluarga mertua

 bergambar bersama keluarga kandung

 3 orang penguat hati dan penambah motivasi

 bersama Ayah dan Ibu Mertua


 bersama Ayah dan Ibu Kandung



Istiqamah Kunci Kejayaan




Catatan ringkas :
MHH
17 Rabi'ulawal 1441 H
14 November 2019

Comments
0 Comments

0comments: