Dalam kehidupan ini, banyak penyesalan yang mungkin dapat dirawat
dan berpatah balik apabila kita mulai sedar akan kesilapan dan ketelanjuran
kita terhadap sesuatu perkara. Namun satu penyesalan yang tidak mungkin dapat
diperbetulkan keadaan apabila dalam kehidupan di dunia ini, kita telah
dimatikan oleh Allah dan ketika itu kita mulai sedar akan kesilapan dan
kealpaan kita semasa hidup di dunia. pada masa itu kita mahukan dikembalikan
semula ke dunia. Namun itulah penyesalan abadi kerana perjalanan tersebut
merupakan perjalanan SEHALA sahaja. Dari alam rahim, kita terus bertemu alam
dunia, seterusnya bertemu alam barzakh / alam kubur dan seterusnya bertemu alam
akhirat yang kekal abadi.
Penyesalan ini telah diceritakan di
dalam al-Quran dalam Surah al-Mu'minun ayat 99-100 :
99. (Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga
apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, Dia berkata, "Ya
Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia),
100. Agar aku dapat berbuat amal saleh yang telah aku tinggalkan.
Sekali-kali tidak! Sungguh itu perkataan (dalih) yang diucapkannya saja. Dan di
hadapan mereka ada barzakh (dinding) sehingga pada hari mereka
dibangkitkan.
Dalam membicarakan penerangan yang jelas sama ada tersurat mahupun
tersirat, sewajarnya dirujuk pada sumber berautoriti seperti kitab-kitab tafsir
yang mu'tabar.
28. Tetapi (sebenarnya) bagi mereka telah nyata kejahatan yang
mereka sembunyikan dahulu. Seandainya mereka dikembalikan ke dunia, tentu
mereka akan mengulang kembali apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya.
Mereka itu sungguh pendusta.
Ya betul kata sebilangan orang hidup dunia ini hanya sekali jom
kita enjoy. Islam tidak melarang untuk kita bersuka ria namun semua perbuatan
kita perlulah selari dengan kehendak Islam. Hidup sekali ini lah merupakan
jambatan kita untuk menanam benih amalan, beriman kepada Allah (menganut Islam)
serta melaksanakan sehabis mungkin segala suruhan dan meninggalkan semua yang
ditegah oleh Islam. Hal ini kerana semua manusia tidak pernah tahu sampai
bilakah tempoh usia masing-masing akan berhenti (mati) dalam kehidupan dunia
ini.
Justeru kepada individu yang membaca artikel ini yang masih belum
beriman kepada Allah (menganut Islam), jom kembali kepada fitrah dan agama yang
sempurna dan membawa kebahagiaan di dunia dan juga di dunia selepas kita mati
kelak. Bagi yang sudah beriman (sudah menganut Islam), jadilah penganut Islam
yang sempurna dari sudut Aqidah, Syariah dan Akhlak serta adab-adab yang
ditekankan oleh Islam, kerana kita adalah duta kepada agama kita sendiri. Umat
Islam dilihat jahat bukan kerana agama ini, namun disebabkan sikap kita yang
tidak memahami sebetulnya pengamalan dan cara hidup Islam yang sebenar.
Catatan santai,
Muhamad Hazwan Bin Hamidan
SJK(C) Pay Fong 3
27/3/2018
10.45 pagi