Khamis, 20 Disember 2012

SYIRIA : Isu bersama !

Oleh : Muhamad Hazwan Bin Hamidan

Salam mahabbah dan ukhuwwah buat semua sidang pembaca. Moga Allah sentiasa merahmati dan memberikan petunjuk kepada kita, ameen~
Isu di Syiria sudah tidak asing lagi apabila ianya sudah menjadi isu penting bukan sahaja buat masyarakat Islam malah buat semua manusia di dunia sama seperti isu Palestin yang dari dulu tidak habis diperjuangkan.

Atas kesedaran itu Prof. Dr. Muhammad Ali Al-Sobuni yang merupakan seorang ulama tafsir dan ulama terkemuka di Syiria ,menjadikan Malaysia sebagai salah satu Negara yang diziarahinya bertujuan untuk memberikan penerangan jelas melalui road show nya akan situasi sebenar yang berlaku di Negara nya  agar melahirkan rasa FAHAM dan SEDAR bagi masyarakat kita untuk sama-sama memperjuangkannya.


Alhamdulillah, salah satu muhadharah yang sempat dan diizinkan oleh Allah untuk saya ikuti semasa Syeikh turun di Fakulti Pengajian Islam UKM, baru-baru ini. Syeikh Dr. Ali menggunakan bahasa Arab fushah sebagai medium perantaraan rasminya dalam setiap sesi cerama beliau. Apa yang menarik, ceramah kali ini penterjemah tidak banyak menterjemahkan kata-kata Syeikh dan hanya mengulas sedikit isi penting dan kesimpulan di akhir ceramah. Hal ini bagi saya bersesuaian dengan fakulti tersebut yang bagi saya semestinya pendengar boleh memahaminya, he3. InsyaAllah beberapa isi penting yang saya sempat catatkan melalui kefahaman yang terhad dan cetek akan penguasaan bahasa Arab akan saya cuba kongsikan dalam artikel kali ini.  

Sebenarnya tidak banyak kelainan isi ceramah Syeikh dalam setiap ceramah di setiap tempat Syeikh ziarahi. Keseluruhannya lebih berkisar kepada beberapa input umum dan penting yang mesti masyarakat kita tahu dan sedar.  

bersama akhi Shahir yang setia turun ke 'medan' ilmu , he3


Perkongsian PENTING !

1) Kepentingan dan kewajipan memperjuangkan tanah air Syiria adalah sama penting malah lebih penting dengan memeprjuangkan tanah Palestin.

2) Tanah air Syiria bukan hanya diperjuangkan oleh rakyat Syiria semata-mata.
Golongan Syiah telah membunuh begitu ramai penganut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di Syiria.

3) Syiria merupakan isu penting yang perlu diperjuangkan oleh semua umat Islam seluruh dunia.

4) Syeikh menggelarkan ‘Hizbullah’ (tentera Syiah di Iran) sebagai ‘Hizbus Syaiton’ (tentera Syaitan) kerana kekejaman yang telah mereka lakukan kepada masyarakat Islam yang menganut aliran ASWJ di Syiria.

5) Di akhir sesi ceramah Syeikh, seorang pensyarah FPI telah bertanya satu soalan kepada Syeikh :

SOALAN :

“Apakah pandangan dan respon Syeikh mengenai Syeikh Dr. Ramadhan al-Butti dan Syeikh Taufiq yang bersekongkol atau bersama-sama dengan Basyyar Assad , adakah mereka berijtihad sehingga melakukan sedemikian ??

JAWAPAN :

Secara ringkasnya Syeikh memberitahu hakikatnya mereka tidak berijtihad tetapi mengarut. Mereka tergolong dalam golongan Mujrim (bersubahat), mereka bukan Ulama’ tapi ‘Umala (tali barut). Syeikh sangat marah dan bertegas kepada ulama yang telah menyembunyikan kebenaran dan menyelewengkan fakta yang sebenar. Syeikh mengeluarkan padangan tersebut berdasarkan firman Allah :

“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Menurut Syeikh, ulama juga tidak terlepas daripada kesesatan dan tertipu dengan ilmunya. Sebab itulah terjadinya Ulama yang menjual fatwa untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan harta. Umat akan keliru, bahkan mungkin akan tersesat. Justeru, janganlah hairan jika al-Quran tidak pernah mensifatkan mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ulama yang menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.

Kesimpulan

Sebagai rakyat dan manusia yang Allah berikan akal fikiran yang berpandukan wahyu ilahi seharusnya kita mampu berfikr dan membuat pertimbangan dalam setiap keadaan, situasi dan masalah yang mendatang. Moga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan membantu masyarakat Islam di Syiria juga umat Islam di seluruh dunia, ameen~
Comments
4 Comments

4comments:

pemberianku yang berkekalan berkata...

semoga Allah memelihara kita semua daripada kesesatan dan kejahilan.ameen..

Perkongsian yang baik dan membuka minda. Tahniah akhi, ahsanta! =)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

ameen, InsyaAllah..

trime kasih (^_^)

Tinta Al-Murabbi berkata...

Salam.

Allah, beruntunglah kalian, ana benar2 tak berkesempatan untuk berjumpa dgn tuan syaikh ali as sobuni.

Terima kasih atas perkongsian ini. Saya kira Syria merupakan contoh besar kesan pengabaian soal aqidah.

Kita lihat di Malaysia, sudah bertapak agak kukuh fahaman Syiah. Supaya lebih berterus terang, ada pemimpin utama PAS -Parti Islam SeMalaysia yang berkunjung ke Syria dan secara telah menyatakan sokongan kepada Basyar Al Assad? (Boleh rujuk pada video youtube)

Bagaimana ini boleh berlaku? Mohon tuan jelaskan.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to ust ariff:

rasanya soalan tersebut dpt dijawab sndri oleh org yg bertanya. Saya bukanlah org yg berautoriti utk mnjawab prsoalan dan isu dru sbuah 'parti' tersebut, rasanya kita boleh mhon empunya parti sndri mmbrikan respon.

wallahu'alam