Jumaat, 6 Julai 2012

Vampire Hunter

Oleh : Muhamad Hazwan Bin Hamidan

Salam mahabbah buat semua pembaca. Apa khabar imanmu hari ini? Moga hidup kita sentiasa disinari rahmat dariNya, amen.

 
Golden Screen Cinema (GSC), Alamanda


 
“Abraham Lincoln: Vampire Hunter explores the secret life of our greatest president, and the untold story that shaped our nation. Visionary filmmakers Tim Burton and Timur Bekmambetov (director of Wanted) bring a fresh and visceral voice to the bloodthirsty lore of the vampire, imagining Lincoln as history's greatest hunter of the undead.” 
(Vampire Hunter’s Synopsis)


 
Alhamdulillah sedikit ruang masa yang ada yang dipinjamkan oleh Allah dapat saya luangkan untuk menonton satu tayangan yang rasanya tidak asing bagi penggemar movie bersifat horror ni.

Apa yang menarik untuk saya kongsikan kepada sidang pembaca, cerita hantu atau versi seram ini bagi saya lain dari yang lain. Hal ini kerana secara peribadi saya melihat ia mempunyai falsafah dan input yang tersendiri yang baik kiranya hendak dibandingkan dengan cerita-cerita yang lain. 

Sesuailah sekiranya filem ini mempunyai kehebatannya tersendiri kerana ia adalah terjemahan dari sebuah novel karangan  Seth Grahame-Smith. Namun baik atau buruk sesuatu perkara itu sesuai dengan ilmu, kefahaman dan bagaimana cara seseorang berfikir. Pastinya apa yang saya lihat dan fikir tidak akan sepenuhnya mampu diterima oleh orang lain yang mempunyai penilaiannya tersendiri.



 
Di permulaan kisah yang dipaparkan di mana Abraham telah kematian ibunya sewaktu dia masih kecil. Hal ini berlaku diesebabkan khianat daripada seorang ‘lelaki ‘Pontianak yang tidak berpuas hati dengan bapanya kerana bapanya lantang memepertahankan hak suatu keluarga Negro daripada ditindas. Namun ketika itu Abraham masih tidak menyedari akan kewujudan golongan Pontianak tersebut dan apa punca sebenar kematian ibunya.

Ia merupakan titik permulaan kepada kebencian yang membuak-buak dan hasrat untuk membalas dendam akan kematian ibunya. Hasrat tersebut semakin tercapai apabila Abraham sudah meningkat dewasa sehinggalah pada suatu malam dia secara berseorangan menyerang hendap ‘lelaki’ tersebut dengan menembaknya. Namun misinya tidak semudah yang disangka, ‘lelaki’ yang dianggap sudah mati itu hidup kembali dan terus menyerangnya semula dengan rupa yang begitu hodoh (bertukar menjadi pontianak).

Nyawa Abraham masih dipanjangkan apabila seorang lelaki yang bernama Henry datang menyelamatkannya. Seterusnya bermulalah episod kehidupan Abraham selaku pejuang bersama Henry (si Pontianak baik).
Untuk mengetahui lebih lanjut keseluruhan filem ini, maka sewajarnya untuk sidang pembaca menontonnya sendiri ye, he3


Kaca Pandang Dari Sudut Haraki

 
Sepanjang menonton filem ini, banyak scene di dalamnya yang membuatkan saya tertarik untuk dikongsikan bersama. Antara 2 falsafah utama yang dapat saya kaitkan dari sudut pandang Haraki berkait dengan peringkat Maratibul ‘Amal ialah :

Pembentukan fardhu (individu)

Ia secara jelas dapat saya lihat ketika mana Abraham bersungguh-sungguh mendapatkan segala ilmu untuk membunuh Pontianak daripada Henry. Setiap sudut pengetahuan dipelajarinya bermula dengan selok-belok mempertahankan diri, menyerang musuh, serta memahami sifat dan kelemahan musuh. 

Hasil dari latihan tersebut, Henry selaku Tok Guru kepada Abraham mengarahkannya untuk berhijrah ke suatu tempat yang di situlah dia akan dapat bertemu bukan sahaja Pontianak si pembunuh ibunya, malah beribu-ribu Pontianak lain yang ada yang terus membiak subur meluaskan pengaruh dan ‘kuasa’ mereka. Selain daripada perlu menyelesaikan misinya, Abraham juga mengisi masanya mempelajari undang-undang.

Seorang demi seorang Pontianak berjaya ditumpaskan oleh Abraham dengan tangannya sendiri walaupun hanya bersenjatakan sebilah kapak bersulamkan perak (kelemahan pontianak). Namun jauh di sudut hati Abraham perjuangannya terlalu panjang dan dia pastinya tidak akan mampu melawan dan membunuh kesemua puak-puak Pontianak yang ada hanya dengan dirinya sahaja. Baginya segala kekuatan ketenteaan, kefahaman membela HAK bangsa manusia yang tertindak (terutama golongan hamba), semestinya perlu didokong oleh kesemua rakyat Amerika. Jika tidak, perjuangan tersebut akan mati dan terhenti setakat mana pinjaman umur yang ada pada dirinya.

Secara jelas menunjukkan kepada kita, apabila sesuatu perjuangan itu dilakukan secara bersendirian, hasilnya tidak akan dapat dicapai secara menyeluruh dan sempurna. Bertepatanlah kenapa Islam menitik beratkan melaksanakan sesuatu perkara secara ahsanu ‘amala (sebaik-baik amalan)

 
Pembentukan Bait (keluarga)

Antara pesanan Henry kepada Abraham, sekiranya dia mahu terus mendokong perjuangan ini, dia tidak boleh mempunyai kawan , keluarga dan hidup sperti manusia biasa. Dalam erti kata mudah perlu hidup bersendirian dan tertutup dari masyarakat.

Namun, pesanan itu tidak menjadi penghalang kepada Abraham untuk membuat perubahan dalam meneruskan perjuangannya. Akhirnya dia telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Mary yang telah membuatkannya jatuh cinta iaitu anak kepada seorang ahli politik yang berpengaruh di tempatnya. Mary seorang wanita yang terlalu memahami jiwa Abraham dan sanggup untuk susah dan senang hidup bersamanya.

Hasil dari perkongsian hidup mereka berdua dikurniakan seorang putera yang menjadi pelapis untuknya. Namun kehidupan putera kecil ini tidak lama apabila di akhir cerita dia telah dibunuh oleh seorang Pontianak wanita secara senyap kerana dendam dengan kemenangan dan pengaruh Abraham.

Apa yang dapat kita teliti, betapa pentingnya mencari pasangan yang serasi dengan diri kita. Perkahwinan bukan sahaja bertujuan mahu mengembang biak keturunan dan pelapis generasi kita, malah keutamaannya dalam meneruskan lapangan perjuangan yang kita dokong. Hal ini kerana, keserasian dan saling memahami itu sangat-sangat berguna dalam proses kita mengemudi sebuah bahtera perjuangan.


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (ar-Rum:21)

 
Sekiranya pasangan yang dipilih tidak menepati keserasian seseorang individu, dikhuatiri kehidupan selepas perkahwinan menjadi satu liabiliti pada diri seorang pejuang sehingga membantutkan visi dan matlamat asal yang hendak dicapai, na’uzubillah.

Pembentukan mujtama’ (masyarakat)

Menjadi nilai tambah kepada Abraham berkahwin dengan Mary yang merupakan anak daripada keluarga yang berpengaruh. Abraham yang dikurniakan kehebatan menerusi kepetahannya berkata-kata menyebabkan dia sentiasa dijemput untuk menyampaikan ucapan di speaker corner di seluruh pelusuk Bandar. Kesannya memperlihatkan semakin ramai masyarakat sedar dan mahu bersama-sama bangkit menegakkan HAK mereka masing-masing daripada terus ditindas terutamanya dari golongan Pontianak ini.

Perjuangannya semakin meningkat maju apabila dia secara zahir terus masuk dalam arena dunia politik membawa mesej keADILan serta HAK mansyarakat sejagat. Segala idea dan visinya terus-menerus disahut serta disokong oleh masyarakat setempat juga di daerah-daerah yang lain. Mary selaku isterinya tidak lekang darinya untuk sentiasa memberinya sokongan dan membantunya meneruskan perjuangan.

Pembentukan daulah (Negara)

Abraham diangkat menjadi presiden yang ke 16. Betapa besar dan kesannya apabila dia memiliki ‘kuasa’. Abraham secara terus menaikkan semangat seluruh rakyatnya supaya kesemua mereka mendapat kesedaran dan memahami visi yang hendak dibawanya.
Strategi demi strategi telah diatur yang akhirnya membawa kepada pertempuran dan peperangan besar secara berhadapan antara 2 bangsa iaitu bangsa manusia melawan bangsa Pontianak. Segala ARAHAN dan visi perjuangan ditaati serta didokong secara bersama oleh keseluruhan rakyat dan tentera yang ada pada masa itu. Diringkaskan cerita, akhirnya kemenangan milik Abraham dan seluruh rakyat.

Inilah satu scene dan plot yang bagi saya dapat menyedarkan saya akan betapa pentingnya memiliki dan mendapatkan sesebuah ‘kuasa’. Kita boleh membuat perbandingan bagaimana perjuangan yanhg di dalamnya dusulamkan dengan kefahaman dan kesedaran yang hanya didokong hanya oleh seseorang individu sahaja, setakat mana visi perjuangan dapat dicapai dengan sempurna??

Maka , bandingkan pula apabila ‘kuasa’ yang ada dimiliki oleh golongan-golongan yang TEPAT dan BENAR serta sesuai pada tempatnya? Dengan ‘kuasa’ ini, keseluruhan bidang dan pengurusan dari sebesar-besar perkara hingga ke sekecil-kecil dan seremeh-remeh benda dapat diselia atur hanya melalui satu ARAHAN! Bertepatanlah apabila kita mendengar suatu ungkapan “rakyat menuruti AGAMA pemerintah..”



“orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.”(al-hajj:41)

 
Kesimpulan

Segala ulasan yang saya nyatakan hasil daripada menonton filem ini merupakan salah satu dari sudut pemikiran bagaimana saya melihat dan meniliti sesuatu. Pelbagai unsur dapat kita adaptasikan bukan sahaja menerusi filem yang kita tonton, malah melalui gambar-gambar, pengalaman, perisitiwa serta perjalanan hidup seharian yang kita lalui.

Apa yang penting, begitu banyak pendedahan dan asbab yang Allah paparkan kepada kita seharian untuk kita renung dan bermuhasabah. Namun terpulang kepada kita dalam menilainya dari satu sudut pandang yang baik dan cuba untuk MENGUBAH diri kita agar menjadi lebih baik dari masa ke semasa.

Wallahu’alam

Comments
2 Comments

2comments:

pemberianku yang berkekalan berkata...

Masha Allah! entry yang hebat dan menarik di mata saya kerana penulis berjaya membuat jalinan dan perkaitan antara filem tersebut dengan sudung pandang haraki. nampak 'cantik' flow yang disusun. mabruk akhi!

~waiting 4 ur next article~

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to pemberianku yang berkekalan:

penulisan yang biase-biase sje, trime ksih, sgale tgurn dan saranan membina amt2 diharapkan.. (^_^)