Sabtu, 14 Julai 2012

Kehadiran Ramadhan Semakin Dirasai

Oleh : Muhamad Hazwan Bin Hamidan



Salam mahabbah buat semua pembaca. Moga kita sentiasa dalam rahmatNya, amen.

 
Ramadhan : Satu Bulan Yang Dinanti-nantikan

 
"Ya Allah, Berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan 7 petala langit dan tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."

Masyarakat kini lebih gemar kepada ungkapan serta sambutan ‘bulan’ dan ‘hari’ istimewa. Sambutan seperti ‘Hari Ibu’, ‘Hari Bapa’ , ‘Hari Kekasih’ , ‘Bulan Mahabbah’ dan lain-lain pastinya dapat menghidupkan serba sedikit rasa sentimen di hati masing-masing kepada sesuatu agenda dan perkara yang perlu dikenang serta dihargai bersama-sama.  

Namun suatu ‘bulan’ yang lebih penting bagi semua umat Islam untuk bersama-sama nantikan serta menyambutnya tidak lain dan tidak bukan iaitu Bulan Ramadhan al-Mubarak yang di dalamnya tersimpan berjuta-juta malah seinfiniti RAHMAT, KEAMPUNAN serta PENGAMPUNAN DOSA yang tidak terbatas buat kita.

 
IPG KDRI: Persediaan Yang Sangat Membanggakan

Kehidupan yang hampir 5 tahun di bumi KDRI ini sentiasa dapat memperlihatkan saya kepada satu suasana kehidupan beragama yang sentiasa diperjuangkan serta diperaktikkan oleh segenap masyarakat di kampus yang tidak terbatas hanya kepada para siswa guru, malah turut didokong oleh kesemua bariksan pensyarah yang ada.

Ia tidak lain hanyalah mahukan bumi KDRI ini terus subur dengan wangian keIslaman yang dizahirkan melalui antaranya  majlis-majlis ilmu di Balai Islam al-Muttaqin, alunan-alunan Qasidah memuji kekasih kita Rasulullah SAW, kuliah tujuh minit oleh para pensyarah setiap kali selepas waktu zohor  ,daurah-daurah kitab turath dan program-program rasmi IPG di bawah anjuran JPP IPG KDRI bersama BADAM yang merupakan satu nadi dan platform dakwah.

Natijah kepada semua usaha ini tidak lain hanyalah mengharapkan bumi KDRI terus dilimpahi rahmat oleh Allah serta dikurniakan biah solehah yang akhirnya membawa KDRI menjadi ‘Negara Islam’ kecil yang Allah janjikan baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur, amen ya Rabb

 
"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya." (QS Al A'raf : 96)

 
JPP KDRI : The ‘Way’ To Baraka Month

Secara peribadi saya melihat pihak JPP sudah menggerakkan jentera mereka untuk menghadapi satu bulan yang penuh dengan barokah ini. Perang poster dan mesej berkenaan makluman kepada pelancaran Ihya’ Ramadhan dan program-program awal untuk menghadapi bulan ini sedang dipergiatkan.


Namun apa yang dikesalkan, sekiranya kesedaran dan kesemua usaha ini hanya tertumpu kepada kepimpinan tertinggi siswa guru yang ada tanpa disokong dan didokong oleh kesemua masyarakat kampus, saya melihat impak yang besar untuk mengharapkan kesedaran ini didokong bersama-sama tidak akan mudah untuk dicapai.





Justeru, saya menyeru diri saya dan seluruh siswa guru untuk bersama-sama menyokong, membantu serta menyebar luas segala gerak kerja yang sedang dirangka dan yang akan dilaksanakan oleh kepimpinan tertinggi di KDRI ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak, sesuatu matlamat program dan usaha yang telah dilakukan tidak akan dapat tercapai dengan sempurna

Wallahualam
Comments
2 Comments

2comments:

pemberianku yang berkekalan berkata...

Selamat bertemu Ramadhan! Semoga kedatangannya memberikan sejuta makna buat kita semua.ameen... ^_^

محمد حذوان بن حميدان berkata...

To pemberianku yang berkekalan:

smoga ramdhan kali ini lbih brmakne buat kte smue..ameen