Jumaat, 6 April 2012

Perjuangan Seekor Kucing

Oleh : Muhamad Hazwan Bin Hamidan

Salam mahabbah buat semua pembaca. Moga Allah sentiasa melimpahkan kita dengan sinaran serta siraman rahmat dan petunjukNya tanpa putus hingga hari akhirat,amen.

‘Aku’ Seekor Kucing

Kucing memang sinonim dalam senarai binatang peliharaan. Sifat dan lagatnya yang jinak sangat-sangat berjaya menarik perhatian manusia untuk membelai dan membelanya. Alangkah ruginya bagi seorang manusia kiranya Allah masih belum campakkan ke dalam dirinya rasa kasih dan sayang kepada makhluk Allah ini.

Bila difikirkan kenapa Rasulullah sendiri dan kebanyakan para sahabat menyayangi dan mengasihi binatang ini, hakikatnya kucing seekor haiwan yang sangat unik berbandinh haiwan-haiwan yang lain. Namun , ketaatannya tidaklah sehebat ketaatan seekor anjing, keperwiraannya juga tak standing mana-mana haiwan. Apa yang menarik daripada seekor kucing ini adalah ia adalah binatang ‘terpilih’ untuk dikasihi oleh Rasulullah, para sahabat dan kebanyakan para ulama.

Namun, tidak semua orang boleh ‘dipaksa’ untuk menerima kehadiran kucing ini. Semuanya bergantung kepada PERSEPSI masing-masing untuk melihat dan menilai hakikat diri seekor kucing itu sendiri. Kemungkinan ramai yang suka, namun ‘tak biasa’ dek kerana persekitaran keluarga yang kebanyakannya ANTI kepada binatang ini. Tuntasnya suasana sangat-sangat memainkan peranan penting dalam membentuk diri seseorang sama ada hasilnya akan melahirkan individu sama ada berjiwa ‘lembut’ atau ‘keras’.


‘Ibu’ : Perjuangan Yang Mempertaruhkan Nyawa



Secara peribadi saya sangat suka melihat gelagat kucing terutama anak-anak kucing. Gelagatnya selalu membuatkan diri dibuai satu suasana ceria walaupun hanya seketika. Namun hati-hati kerana kebiasaannya ibu kucing ini sangat pandai mendidik anak-anaknya untuk ‘marah’ dan berjaya memasukkan doktrin untuk takutkan makhluk yang bernama manusia,he3

Mungkin anda selalu melihat gelagat dan keadaan ‘ibu’ kucing terutamanya di kala anak-anaknya masih kecil. Begitu MENJAGA, MEMERHATI serta MENGAWAL setiap anak-anaknya. Matlamatnya tak lain hanya satu, iaitu mahukan kesemua anaknya berada dalam keadaan selamat, yang mungkin kadang-kadang PENGORBANAN ‘ibu’ itu boleh mengancam nyawanya sendiri. Hebat bukan ?


Siapakah Makhluk BERAKAL?

Siapakah makhluk yang berakal? Tak lain kitalah satu2nya makhluk yang Allah kurniakan AKAL supaya dengannya kita MAMPU mentadbir diri dan muka bumi ini dengan sempurna berpandukan rujukan UTAMA iaitu al-Quran dan Hadith.

Sengaja untuk saya bawakan kisah kucing di permulaan penulisan saya. Tidak lain hanyalah mahukan kita semua saling bermuhasabah kiranya kita sudah hilang rasa MALU dengan Allah dan manusia, cukuplah untuk belajar malu dengan kucing (ayat sindiran!!). Hakikat kucing makhluk yang tidak berakal inipun boleh bertindak dan berperilaku dengan sangat baik, apetah lagi kita.

Amat menyedihkan apabila melihat institusi kekeluargaan pada masa kini sudah hilang fungsinya yang sebenar. Puncanya tidak boleh kita tunding jari kepada orang lain melainkan kepada 2 orang ‘nakhoda’ kepada keluarga itu sendiri. Sejauh manakah mereke MEMANDU, MENJAGA, MEMERHATI dan MENGAWAL setiap ‘krew’ yang ada untuk betul2 terdidik dan patuh kepada lunas syariat Islam itu sendiri.

Biasekah kita mendengar ?

“Bapak borek, anak rintik..”

“Cikgu kucing berdiri, murid kencing berlari..”

Apakah point penting daripada setiap kata-kata ini? Pointnye adalah soal CONTOH TELADAN. Inilah perkara yang setiap daripada kita perlu fokuskan. Ibarat kisah ‘ibu’ kucing tadi segala tindak tanduk, sifat dan tunjuk ajar darinya PASTI akan ditiru oleh anak-anaknya. Jadi begitu juga kita, kita mudah untuk menyalahkan orang lain atas kesalahan dan keaiban yang ditunjukkan, padahal kita tidak pernah sedar bahawa kita sendiri adalah pemula kepada perkara tersebut, na’uzubillah


Jom Pakat-pakat Kita Berubah!

Justeru, setiap adaripada kita perlu mebuka pintu hati seluas-luasnya untuk berubah kerana "Pintu hati" adalah lorong dan laluan kepada jalan kebaikan atau kejahatan. Jika pintu hati tertutup kepada jalan kemungkaran. Maka seseorang itu akan meninggalkan segala maksiat dan perkara-perkara yang mungkar yang dilarang oleh Allah. Maka ia akan menjadi seorang muslim yang baik disisi Allah.

Begitu juga jika pintu hati terbuka kepada perkara yang mungkar yang dilarang oleh Allah SWT maka ia akan menjadi kufur kepada Allah SWT dan matinya sebagai orang kafir. Itulah yang paling malang buat dirinya bila ia kembali ke alam barzah.

Pintu hati yang tertutup kepada cahaya keimanan susah untuk mendapat hidayahNya. Apabila tertutup pintu hatinya maka hatinya akan mati dan tertutuplah segala pintu kebaikan dan terdoronglah melakukan kemungkaran.

Ciri manusia yang hatinya sudah mati antara lain ialah kurang berinteraksi dengan kebaikan, kurang kasih sayang kepada orang lain, tidak suka menolong orang, suka kepada kemungkaran, menurut hawa nafsu, lalai dengan kebajikan dan suka berbuat maksiat

Perlu kita ingat bahawa setiap kali kita melakukan dosa, satu titik hitam akan timbul di hati, makin banyak kita membuat dosa semakin hitamlah hati itu.

Allah SWT berfirman :


“Dan sesungguhnya Kami sediakan bagi neraka Jahanam itu golongan jin dan manusia yang mereka itu mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu ibarat binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf ayat 179).

Dalam ayat di atas Allah SWT meletakkan nilaian manusia sama taraf dengan haiwan bahkan lebih rendah lagi kerana manusia membutakan matanya, memekakkan telinganya dan menutup pintu hatinya kerana tidak mahu menerima kebenaran yang datangnya daripada Allah.


Kesimpulan

Demikianlah apa yang dikatakan celik mata hati atau kesedaran. Tegasnya, mata hati akan celik hanya apabila kita melihat kehidupan ini sejajar dengan kehendak atau ketetapan Allah SWT. Inilah pandangan hidup yang paling jelas dan tepat. Bermula dengan pandangan yang tepat inilah kita boleh menjalani hidup dengan sebaik-baiknya.

Berdasarkan ayat dalam Surah al-A’raaf itu, jelaslah kepada kita bahawa manusia akan menjadi kufur dan tidak akan beriman apabila dia ada hati tetapi hatinya buta walaupun matanya tetap celek tidak buta dan telinganya tetap mendengar bukan pekak.

Comments
8 Comments

8comments:

pemberianku yang berkekalan berkata...

Allahu akbar!

Analogi 'kucing' benar2 kena dan sesuai dengan isu yang penulis ketengahkan..

Semoga Allah menjadikan kita hanba yang bertaqwa dan taat kepada segala perintahNya.ameen

Nice entry,keep it up!! ^_____________^

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to pemberianku yang berkekalan:

ameen..tq2 (^_^)

melati desa berkata...

alhamdulillah, perkongsian y bnyk mmbawa manfaat kpd pmcaca...trma kasih....
teruskn brdakwah melalui blog

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.. perkongsian yang diluar batasan.. title kucing pun boleh jadi satu entri yang cukup seronok utk dibace.. nice !

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to melati desa:

sme2..

to tanpa nama:

wsslm..moga ia bermanfaat

FaDie berkata...

perkongsian yang menarik..

Tanpa Nama berkata...

entri yang best!!!..thumb's up hazwan...

MiftahusSyifa' berkata...

perjuangan seekor kucing... Subhanallah, tabarakallah.