Jumaat, 24 Februari 2012

Dunia : Antara Teori Dan Realiti

Oleh: Muhamad Hazwan Bin Hamidan

Salam mahabbah buat semua sidang pembaca. Moga Allah sentiasa merahmati dan memberikan petunjuk kepada kita, amen.

Tersepit Antara Dua Keadaan

Pernahkah kalian menghadapi situasi ini? Semestinya dan sudah tentu ia merupakan perkara WAJIB kerana ia menjadi lumrah bagi sebuah kehidupan. Tidak semua perkara yang dirasakan betul dan disukai oleh hati, turut TEPAT dan sesuai dengan keadaan.

Hakikatnya setiap keadaan PASTInya ada jalan ‘cerita’ nya yang tersendiri yang perlu untuk kita terokai untuk melaluinya. Buat apa dijadikan akal kiranya tidak kita gunakan sebaik mungkin. Namun kapasiti akal semata-mata tidak boleh untuk diharap menjadi penyelesai masalah tanpa panduan jalan agama. Sangat indah dipilih untuk menganut dan mengamalkan Islam. Keindahan hanya akan dapat dirasai bagi manusia yang kenal dan memahami sebuah ‘keindahan’ dan ‘kecantikan’.

Perjalanan hidup di dunia tidak akan ‘terhias’ tanpa ujian, mehnah dan dugaan yang kadang-kadang terus-menerus menguji kesabaran dan keteguhan jiwa seorang manusia biasa.

Firman Allah:


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedangkan mereka belum lagi diuji?”(Surah al-Ankabut ayat 2)

Ya, pastinya kita semua akan diuji. Kita diuji sesuai dengan apa yang kita miliki. Apa yang kita LEMAH. Begitu juga apa yang kita rasakan kita KUAT. Hakikatnya semuanya akan diuji olehNya. Tiada soalan bocor. Tiada juga skema jawapan yang mampu menjawab dan membantu kita menangani segala jenis ujian ini. Sangat perit rasa di hati tika ujian terus-menerus menyerang. Diri yang lemah ini seakan-akan tidak mampu untuk terus bernafas. Masa yang begitu panjang seolah-olah begitu singkat. Betullah apa yang dibicarakan oleh Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna suatu ketika dahulu, “Kewajipan melebihi masa yang ada..”

Berjuang itu memang pahit. Kerana syurga itu manis. Itulah jawapan yang paling tepat dan sepatutnya menjadi pencetus dan pendorong motivasi buat diri ini yang terus diuji dengan onak duri sebuah perjuangan.

Justeru, pastinya jalan kembali kepada Allah tanpa rasa jemu dan putus asa menjadi satu wasilah yang kuat bagi meneutralkan semula kekuatan jiwa yang luntur, diri yang lesu dan minda yang keletihan.

Ujian ‘Kemanisan’ Dalam Kehidupan

Banyak ujian dalam hidup ini sebenarnya amat bermakna jika kita TAHU dan MAHU menghayatinya. Betapa ramai omanusia yang menemui iman dan amalan soleh dek kerana ujian yang menimpanya. Berapa ramai manusia yang bersarang bongkak dan takabur dalam jiwa, tidak dapat ditegur dan dididik, tetapi akhirnya menjadi insan yang tawaduk kepada Allah dan menghargai orang lain setelah melalui ujian hidup yang getir. Betapa ramai pula insan yang soleh dan disayangi Allah dinaikkan darjat dan nilainya di sisi Allah disebabkan ujian yang menimpanya.

Firman Allah:


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”(Surah al-Baqarah 155-157).

Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup. Ujian bagaikan bicara atau ‘sapaan’ Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa. Sabda Nabi s.a.w:

“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Hadith Riwayat Muslim).

Melihat manusia yang diuji menjadikan kita rendah diri dan insaf. Mungkin dia yang dilihat oleh orang lain sedang dalam ketenatan cabaran tetapi sebenarnya sedang tenggelam dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan. Melihat orang yang susah, mereka yang dizalimi, mereka yang kesempitan atau menderita kesakitan menyebabkan kita terlintas segera dalam perasaan “dia di sisi Allah mungkin lebih baik daripada diriku ini”.

Muhasabah

Laungan perjuangan tidak akan segar tanpa sebuah siraman ‘didikan’ dari Pencipta. Teori perjuangan tidak akan mantap tanpa ia dirasai di medan pertempuran. Mahukan kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan meWAJIBkan kepada sebuah laluan keperitan yang begitu panjang.

"Aku (Muhammad al-Fateh) mempunyai dua sifat. Sifat keras seperti batu iaitu keazamanku mencapai apa yang aku inginkan. Sifat lembut seperti air iaitu ketika aku memohon ampun kepada Tuhanku. Apakah dengan dua sifat ini aku masih tidak boleh mencapai kemenangan".

(Amru Khalid, pemikir Islam kontemporari dalam Kuasa Kepimpinan Al-Fateh, Muhammad Syaari Abdul Rahman, 2011: 95)

Moga hati-hati kita terus disuburkan Allah dengan petunjuk dan rahmatNya,ameen

Comments
5 Comments

5comments:

pemberianku yang berkekalan berkata...

Allahumma ameen...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..

Betul..ujian itu Rukun Hidup! Adanya ujian menjadikan kita semakin kuat dan tabah. Ape yang penting kita muhasabah dan menerima ujian itu sebagai satu asam garam kehidupan apa yang pasti hidup kita semakin Indah bila adanya ujian. =)

nice entry.. keep it up!

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to pemberianku:

ameen..

to tanpa nama:

wsslm..
moga kte sntiasa dpt brmuhasabah..
tq..

Fakir berkata...

salam. righto bro. cuma, ana ingin sangat spy anta kupas berkenaan bagaimana nak tangani adik lelaki yg sedang membesar dan perlukan perhatian.. ana sangat buntu..susah nak faham adik lelaki nih.. atau mungkin ana ada silap dimana-mana... ya mungkin jg sbb selalu tak ada dirumah waktu cuti...
Allah..

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to fakir:

trime ksih sdi mlwt blog ni..
insyaAllah ade rzki sy akan cbe kupas isu tu.. (^_^)