Jumaat, 27 Januari 2012

Seusai PRK : Masa Meraikan Kemenangan??

Oleh: Muhamad Hazwan Bin Hamidan

Salam mahabbah buat semua pembaca. Moga Allah sentiasa merahmati dan memberikan petunjuk kepada kita semua, insyaAllah

KDRI : Peralihan Pimpinan Sudah Bermula

“ Hiduplah dengan cara yang mulia dan tewaslah sebagai pahlawan agama dan bangsa”

(Ummi Salamah)

Tahniah dan takziah buat semua calon yang telah memenangi Pilihanraya Kampus (PRK) bagi pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), IPG Kampus Dato Razali Ismail bagi sesi 2012/2013. Secara umum kemenangan dilihat tidak semudah disangka. Sengit? PASTInya berlaku apabila calon yang dipertandingkan dikategorikan ‘bukan calang-calang’ orang. Setiap daripada mereka ada peminat, pengikut dan penyokongnya tersendiri. Sama ada FANATIK mahupun peminat dalam diam (secret admire).


Ketahuilah buat semua pimpinan JPP yang baru, kemenangan hakiki bukanlah kemenangan kamu sekarang kerana berhadapan dengan kehangatan PRK, bukan juga kerana kamu diminati dan disokong oleh ratusan pengundi, dan pastinya bukan juga segala strategi kamu untuk menarik undi berhasil. Namun kemenangan sebenar adalah bila mana kamu dapat menjalankan TANGGUNGJAWAB dan AMANAH yang diberi dengan sempurna dan penuh ikhlas.

“Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti”

(Hukama)

Ketahuilah juga sahabat pimpinan JPP, jawatan dapat merubah kamu sama ada menjadi lebih baik atauupun menjadi semakin EGO dan KERAS KEPALA sehingga menyebabkan dirinya sukar untuk dinasihati dan dimobilasi dalam gerak kerja.

Maka semua pilihan di tangan anda untuk mencatur diri dan gerak kerja anda kelak!

IKHLAS : Antara NIAT Dan PELAKSANAAN


“Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas

(Fudhail bin ‘Iyadh)

Berpandukan kepada kata-kata ini, dapat saya simpulkan semestinya sesuatu amalan atau gerak kerja yang berlandaskan kepada sebuah niat yang ikhlas, memerlukan kepada pelaksanaan yang baik serta selari dengan landasan syariat Islam. Ini perlu kita jelas dan fahami !!

Nampakkah ikhlas itu?? Ya, ikhlas itu selamanya tidak akan dapat kita lihat dengan pandangan mata zahir ini. Namun pelbagai indikator kepada sifat ikhlas ini telah disusun dan dinyatakan oleh cendekiawan Islam hasil panduan al-Quran dan Sunnah.

Secara mudahnya saya mengambil satu indikator penting kepada sifat ikhlas ini iaitu :“seseorang itu berasa dia tidak akan MAMPU berbuat apa-apa ibadah kecil mahupun yang besar tanpa daya dan kekuatan dari Allah”(Majalah Q&A)

Dari sini dapat kita nilai, walau sehebat mana pun anda memimpin, berkata-kata, menguruskan organisasi dengan baik serta ‘hebat’ mengambil hati manusia, hakikatnya kesemua nikmat dan kelebihan tersebut adalah datangnya daripada sebuah ‘pinjaman’ daripada Allah. Kiranya kefahaman ini dapat dihayati oleh semua pimpinan JPP khususnya, maka tidak akan berlaku fenomena ‘aku TERHEBAT’ dikalangan pimpinan yang ada, walhal segala gerak kerja yang dilakukan adalah secara bersama atau berjamaah.

Fenomena ini antara nama lainnya dikenali ‘lone ranger’ iaitu seseorang itu bergerak kerja hanya secara bersendirian demi merebut dan mendapatkan kemasyhuran namanya sahaja. Justeru kiranya fenomena ini sedang atau pun sudah berlaku, setiap pimpinan JPP hendaklah perlu saling menasihati satu sama lain agar penyakit hati ini tiadak akan terus melarat hingga menyebabkan gerak kerja menjadi terbantut. Sesuai dengan firmanNya dalam Surah al-‘Ashr:


“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [Surah al-‘Ashr 1-3]

Justeru, kepimpinan juga merupakan satu ibadah umum buat kita semua. Namun semestinya tidak akan semua pemimpin beranggapan sedemikian malah mungkin sebahagian mereka menganggap memegang sesuatu tampuk kepimpinan hanyalah merupakan satu kemasyhuran dan kemegahan. Walau apapun anggapan anda. Kiranya mahu mendapat serta merebut ganjaran pahala dalam memimpin, sentiasalah merujuk dan menghayati segala tuntutan dan tunjuk ajar yang telah digariskan oleh Islam kepada kita dalam memimpin.

Sindrom Bodoh Sombong

“Ilmu adalah harta simpanan, dan kuncinya adalah bertanya

(Ibnu Syihab az-Zuhri)

Sangat menarik dan bernilai kata-kata ini, sama ada kita dapat menghayatinya atau hanya sekadar membacanya tanpa cuba mengetuk pintu hati kita untuk bermuhasabah. Teringat kata-kata seorang sahabat yang sangat saya kagumi ilmu dan ketokohannya,

“setiap peristiwa,kata-kata atau pengajaran yang terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah seharusnya terus kita kaitkan dengan diri kita tanpa perlu menunding jari kepada orang lain, maka barulah sentiasa kita merasakan diri kita terlalu BERDOSA, HINA dan KERDIL pada pandangan Allah…”

Berbalik kepada kata-kata Ibnu Syihab ini, ingin saya kaitkan dengan fenomena yang sentiasa berlaku dalam JPP ini. Mengapa saya namakan sebagai sindrom bodoh sombong’? secara jelas saya lihat sesetengah pimpinan JPP yang baru amat jarang malah ada yang begitu sukar untuk merendahkan diri sedikit bagi merujuk dan bertanya kepada pimpinan JPP yang sudah lepas segala kemusykilan dalam gerak kerja yang melibatkan pengurusan IPG mahupun perancangan dalaman JPP itu sendiri.


“Memberi contoh dengan PERBUATAN adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan PERKATAAN

(Al-Ghazali)

Kepimpinan JPP terdahulu memperlihatkan kepada warga KDRI bahawa dalam JPP begitu ramai tokoh-tokoh pimpinan yang begitu mantap terutama dalam mengurus dan merencana. Contoh terdekat iaitu tokoh-tokoh mantan Yang Dipertua (YDP) JPP yang masih ada seperti saudara Ammar Sauti dan Nurhafizu Adha , juga mantan-mantan exco JPP, seharusnya didekati oleh pimpinan JPP yang baru.

Justeru, bagi sesetengah pimpinan yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam JPP ini seharusnya dan secantiknya mengambil peluang yang ada pada mereka ini untuk menambahkan lagi mutu kepimpinan anda agar lebih mantap dan tersusun. Rasanya tidak salah dan tidak rugi untuk bertanya dan berbincang. Semakin banyak kita berbincang dan bertukar-tukar pandangan, semakin banyak ilmu dan maklumat yang akan dapat kita cerna dan laksanakan. Hakikat seorang manusia, tak kan semua perkara kita tahu. Itulah nilaian hidup pada melengkapi.

Bermuhasabah

Penulisan ini secara jelas mahukan si penulis, pimpinan JPP yang baru serta semua warga pembaca untuk kembali bermuhasabah dan membuat satu anjakan paradigm dalam kehidupan sebagai mahasiswa guru di bumi KDRI tercinta ini.

Tuntasnya, selamat memimpin buat semua pimpinan JPP yang baru. Segala kekurangan dan kelompangan yang ada pada kepimpinan yang lepas jadikan ia sebagai satu pengajaran dan titik penguat untuk terus menyumbang bakti dan khidmat kepada masyarakat dan warga IPG KDRI keseluruhannya. Manakala mana-mana yang baik itu teruskanlah untuk dijadikan contoh dan ikutan yang berterusan. Moga Allah sentiasa merahmati dan memberikan petunjuk kepada kalian semua,ameen. (^_^)


“Kesabaran itu ada 3 macam: Kesabaran dalam menghadapi musibah, kesabaran dalam ketaatan dan kesabaran untuk tidak melakukan maksiat”

(Sayyidina Ali k.w)

Comments
8 Comments

8comments:

pemberianku yang berkekalan berkata...

Diharapkan semoga barisan pimpinan JPP yang baru ini dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaiknya.InsyaAllah

*Blog berwajah baru nampaknya. Cantik!^_^

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to pemberianku yg berkekalan:

insyaAllah, ameen.. moga2nya sebegitu.

*blog masih dlm pmbinaan lgi..trime kasih

Cik Mut Mut berkata...

ipoh pun dah hbis PRk..pepun tahniah selamat mngalas tanggungjawab

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to cik mut mut:

Oo.tahniah jge buat kmpus ipoh.. mga kte sme2 mggalas tggjwb msg3 dgn smpurna dn pnuh ikhlas.. (^_^)

aqmahoocyunkqamo berkata...

astagfirullahallazim..blog yg begitu puitis kata2nya..tersentuh dgn peringatan dan muhasabah saudar/i...sangat menyentuh kalbu...btw..sape yg JPP 2 ..kongsi2kn la idea dgn kami JPP baru ni ok..tq..salam ukhuwah fillah abadan abada,.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to aqmahoocyunkqamo:

wlcome..
sma2lah kita saling bantu-mmbantu demi keutuhan organisasi yg kita pimpin.. (^_^)

Unknown berkata...

moga aja bisa begitu amien.. news gadget

Intan SRM berkata...

assalamualaikum
akak suka header blog ni.cantik dan attractive.
terkesan dengan notes anda tntg pesanan syaidina ali.