Khamis, 5 Januari 2012

Fenomena MLM

Oleh: Muhamad Hazwan Bin Hamidan

Salam mahabbah buat semua pembaca, moga pertemuan tahun baru masihi ini dapat membuka sejuta lembaran baru yang lebih baik berbanding tahun-tahun yang telah kita lalui, insyaAllah..

Dunia MLM : Satu Pandangan Umum

Dunia hiburan dikejutkan lagi dengan satu fenomena baru. Dahulu kita dihiburkan dengan Raja Lawak (RL) yang bermusim dan berepisod. Setiap episod RL ini penuh dengan jenaka dan kreativitinya tersendiri. Semuanya bergantung kepada siapakah pelawak-pelawak yang mengikuti RL tersebut. Calon RL yang mampu membuat persembahan terbaik setiap minggu, sentiasa mencuri perhatian penonton dan juri serta mendapat undian tertinggi, maka layaklah calon tersebut untuk bergelar RL pada setiap sesuatu musim Raja Lawak.

Tidak cukup dengan Raja Lawak, kita dikejutkan lagi dengan kedatangan Maharaja Lawak (ML). Setiap pemenang dari setiap musim Raja Lawak akan diganding serta dipertandingkan bersama dalam rancangan ini. Kematangan melawak kian terserlah dalam rancangan ini. Ia sangat bertepatan kerana calon atau peserta yang mengikutinya adalah antara calon yang terpilih serta sudah berpengalaman dalam Raja Lawak sebelum ini. Justeru segala persembahan mereka sentiasa dapat mencuit hati para penonton.

Bukan itu sahaja, belum reda kehangatan Maharaja Lawak, kita disajikan lagi dengan rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM). Namun calon atau peserta yang mengikutinya bukanlah daripada calon-calon daripada RL dan ML. majoritinya adalah pelakon-pelakon serta pelawak-pelawak veteran tanah air, Indonesia dan Singapura.

Satu pembaharuan yang ketara telah dipamerkan dalam MLM ini. Bukan sahaja dari sudut peserta yang menyertainya, malah pengkritik atau juri tetap MLM ini terdiri daripada Chef, Jurulatih bola sepak serta penyanyi yang semuanya merupakan figure-figure terkenal tanah air. Kritikan-kritikan pedas turut ‘memeriahkan’ rancangan ini.

Apa yang dapat diungkapkan, unsur lawak ini sudah menjadi salah satu hiburan bagi masyarakat kita. Sudah pasti hiburan seperti ini dijadikan salah satu ‘juadah’ bagi menenangkan fikiran serta mengembalikan mood yang normal setelah menghadapi tekanan yang begitu banyak di dalam kehidupan.

Kritik Dan Dikritik

Kritikan pedas yang sentiasa dilemparkan oleh sesetengah juri pastinya akan menimbulkan pelbagai persepsi daripada penonton di dalam stadium juga penonton yang berada di rumah. Apa yang menarik, ramai dikalangan peserta MLM ini adalah orang-orang yang sudah berpengalaman dalam dunia lakonan serta dunia melawak, malah ada dikalangan mereka yang juga merupakan juri dalam rancangan yang lepas seperti Raja Lawak dan Maharaja Lawak.


Duduk di ‘kerusi’ juri atau pengkritik ini merupakan satu tugas yang tidak sesukar seperti menjadi peserta. Tugas melihat, menilai serta memberikan komentar peribadi terhadap setiap persembahan yang telah dipersembahkan menjadikan juri seolah-olah ‘maharaja’ yang sebenar dalam rancangan ini. Setiap kritikan dan komentar daripada juri-juri ini setiap kali selesai persembahan, pastinya membuatkan setiap peserta tiadak senang duduk. Kritikan yang kadang-kadang HANYA bersifat emosi dan tertutup di ruang lingkup pandangan peribadi juri, PASTInya mampu mengguriskan hati setiap peserta yang sudah bertungkus-lumus mempersembahkan pesembahan mereka. Sesuatu kritikan itu mampu membangkitkan peserta untuk menjadi lebih baik, juga turut mampu menjadikan peserta untuk terus-mnerus berputus asa.

Kritikan ini selamanya berguna dan bermanfaat kiranya NIAT dan CARA yang diberikan oleh pengkritik itu betul-betul datang dari hatinya untuk mengkritik dengan cara yang membina.

MLM : Sudut Pandang Menerusi Gerakan

Pelbagai sudut pandang mampu untuk dicoret serta dihuraikan mengenai Maharaja Lawak Mega ini. Semuanya bergantung kepada setiap individu yang menonton untuk mengaitkan dalam ruang lingkup sebuah kehidupan dan gerakan.

Pertama : sesuatu pengalaman, kemahiran dan kematangan dalam sesuatu bidang itu sangat-sangat perlu untuk dibentuk dalam setiap diri individu Muslim. Pastinya setiap individu Muslim itu perlu untuk mengikuti setiap peringkat atau marhalah sehingga Key Performance Indicator (KPI) yang diharapkan dapat dicapai pada dirinya. Saya kaitkan dengan Raja Lawak dan Maharaja Lawak. Kiranya seseorang peserta itu masih ‘baru’ serta lansung tidak mempunyai pengalaman dalam dunia lawak, adakah dia boleh dan MAMPU untuk terus mengikuti rancangan Maharaja Lawak? Juga Maharaja Lawak Mega? Tentu jawapannya TIDAK.

Justeru, untuk seseorang individu Muslim ‘duduk’ di sesuatu peringkat tertinggi semestinya dia perlu merasai dahulu setiap peringkat bawahan. Perkara ini sangat penting supaya setiap kesusahan,pengalaman dan ruang lingkup di setiap peringkat tertentu dapat difahami dengan JELAS sebelum dia diangkat untuk ‘duduk’ di peringkat yang lebih tinggi atau tertinggi. Kiranya seseorang terus-menerus diangkat di peringkat tertinggi tanpa dilatih dahulu dalam sesuatu latihan WAJIB, dikhuatiri akan berlaku kepincangan dan ketidak penyelarasan di dalam sesuatu organisasi. Buktinya dapat kita suluh dan nilai apa yang telah berlaku di peringkat nasional. Baca, fikir, renung dan muhasabah lah bersama.

Kedua : kebanyakan juri yang dipilih dalam MLM ini adalah terdiri daripada individu yang mempunyai pelbagai latar belakang. Sudah PASTI semua penonton memahami bahawa kepakaran mereka secara khusus dalam dunia lawak ini tidak secara menyeluruh dan mendalam. Perkara inilah yang membawa kepada komentar yang bersifat emosi dan pandangan peribadi juri tersebut. Namun itulah ‘kuasa’ dan ‘hak’ mereka yang duduk di kerusi juri ini. Walau apa pun komen yang diberikan, semua itu merupakan hak mereka untuk menyuarakannya. Hal ini kerana, ada masa kita yang akan mengkritik, dan pada masa yang lain kita juga kan dikritik.

Inilah hakikat sebuah kehidupan. Kemungkinan pengkritik MAMPU untuk menyuarakan segala TEORI yang mereka TAHU. Namun, kiranya mereka sendiri yang duduk di tempat peserta, adakah mereka MAMPU untuk melaksanakan setiap TEORI tersebut?? TEORI selamanya tidak akan sama dengan PRAKTIKAL.Itulah peri pentingnya bagi setiap individu Muslim untuk mengikuti setiap peringkat dan marhalah yang telah disusun.semua itu adalah latihan untuk dibawa kepada dunia realiti. Kiranya sesuatu keperitan, kesusahan dan pengalaman telah dirasai, PASTInya seseorang itu akan TAHU setakat mana orang lain turut MAMPU untuk mengharunginya juga. Hasilnya, kesatuan fikrah dan amal akan dapat terus dibentuk di setiap peringkat. Bermula serendah-rendah peringkat hingga ke peringkat yang tertinggi, insyaAllah.

Bermuhasabah

Tujuan penulisan ini dikeluarkan bukanlah mahu mengkritik mana-mana pihak. Namun saya mahu mengajak sidang pembaca merenung sejenak serta bermuhasabah diri kiranya ada sikap dan sifat yang selama ini kita amalkan yang terang-terang tidak bertepatan dengan kehendak Islam yang sebenar. Setiap orang PASTInya boleh dan MAMPU untuk mengungkap berjuta-juta alasan atas setiap kata-kata dan tindakan yang mereka lakukan. Namun adakah betul-betul benar alasan yang direka-reka itu? Atau sekadar ianya MAMPU untuk melepaskan diri daripada dikritik oleh orang lain.

Tepuk dada janganlah tanya selera, tanyalah IMAN kamu. Hakikat ilmu yang banyak MAMPU untuk membawa kepada petunjuk, tapi perlu ingat, ianya juga TURUT mampu membawa ramai orang kepada kesesatan yang tidak disedari, na’uzubillah.




Kita mahukan kepimpinan terpimpin yang PASTInya memerlukan kepimpinan yang memahami segala selok-belok kepimpinan yang baik.Moga kita semua sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah daripada Allah,ameen.Sama-samalah kita renung firman Allah ini:


“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”(Surah As-saff : 2-3)

Comments
7 Comments

7comments:

munirah berkata...

MasyaAllah..hya dgn 1 realiti tv MLM kita blh kaitkan dgn plbgi prkara.. bukan hya sekadar menonton bahkan menilai dan dpt muhasabah diri.. perkongsian yg sgt baik.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to munirah:

yup.. mcm2 prkara dlm khidupan ini MAMPU utk kita mmbuat brjuta prkaitan.. ape yg pntg sjauh mna kte mlht dan mnilai ssuatu pkre itu dlm ruang lingkup prjlnn Islam.. mga ia beroleh pncerahan buat kita(^_^)

Aku Islam berkata...

well said.. :)

Awananology Studio berkata...

Ingatkan MLM tu sistem perniagaan feymes... nasib check... kalau tak...xbaca dah

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to aku Islam:

yup.. (^_^)

to anak seni waja:

he3.. xpe ust wan, mmg nk sruh ust wan bce, wlaupn mjur trbace pn kire syukur doh ulama ziarah blog kito ni.. (^_^)

pemberianku berkata...

MLM~penggunaan analogi yang sangat berkesan.

penulisan yang bagus,keep it up!

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to pemberianku:

trime ksih.. moga kite beroleh pencerahan (^_^)