Isnin, 12 Disember 2011

Air dicincang tidak akan putus…

Oleh: Muhamad Hazwan Bin Hamidan

Ungkapan ‘air dicincang tidak akan putus’. Pastinya setiap yang membaca sudah biasa mendengar ungkapan ini. Ia secara lansung dikaitkan dengan hubungan adik-beradik kandung. Begitu juga persaudaraan ibu bapa dengan anak-anak.Kerana apa? Hakikatnya walau seberapa banyak bilangan adik-beradik yang ada. Mereka semua tetap dari seorang ayah dan ibu. Jalinan darah daging itu selamanya tidak akan terputus.

Tarikan Teh Tarik

Pernahkah anda melihat bagaimana teh tarik dihasilkan? Seingat saya sangat seronok melihat aksi itu tika diri ini masih kecil. Aksi yang dirasakan tidak semua orang mampu untuk membuatnya. Hingga kan adanya rancangan khusus berkenaan pertandingan membuat teh tarik ni satu ketika dahulu di televisyen.


Sepanjang mana tarikan teh tarik itu semuanya bergantung kepada pembuat air itu sendiri. Kiranya dia seorang yang mahir, pastinya teh tarik itu dapat ditarik dengan begitu panjang hinggakan tiada ruang sedikit pun untuk air itu terputus.

Justeru, sesiapa juru pembuat air ini yang mampu membuat air tanpa sedikit pun air itu terputus, selain mampu menarik air dengan tarikan yang panjang, maka ciri-ciri untuk bergelar juara kian terserlah.

Kepimpinan Yang Berkesan

Sengaja membawa analogi teh tarik. Dalam setiap persatuan atau organisasi PASTI nya akan pemimpin atau nakhoda yang memimpin oraganisasi tersebut. Begitu juga dalam organisasi sesebuah keluarga. Ibu bapa lah yang memainkan peranan tersebut. ‘The truth leader’ adalah insan yang bernama ‘ayah’, manakala timbalan kepada ketua ini adalah insan yang bernama ‘ibu’. Kedua-dua mereka ini mempunyai job-scop mereka sendiri dan perlu saling memainkan peranan bersama setiap masa. Miscommunication antara kedua-dua pemimpin ini akan menyebabkan sesebuah keluarga mudah untuk digoyahkan serta dirobohkan. Maka sangat mudahlah untuk ikatan kasih sayang akan terputus.

Masa kini kita dipamerkan dengan begitu banyak keruntuhan organisasi keluarga. Kesannya tarbiyyah dan pendidikan anak-anak menjadi terabai. Anak-anak semakin hanyut mengikut ‘arus’ persekitaran mereka. Mahu menyalahkan ibu-bapa, mereka sendiri banyak yang menyalahkan guru. Ketidakkepakaran dan lalai mnejalankan tugas direka sebagai ALASAN yang terbaik dan bijak untuk melepaskan diri dari tanggujawab kepimpinan mereka. Sangat bijak kan??

Hakikatnya guru bukanlah seorang manusia yang maksum dan sentiasa terbaik. Namun, tidak pernahkah mendengar, pendidikan adalah bermula dari rumah ?? iye.. hakikatnya masa kini anak-anak banyak menghabiskan separuh masanya di sekolah. Namun di sekolah bukanlah hanya ada seorang sahaja murid yang ada. Beratus-ratus malah hingga kan beribu-ribu jumlahnya untuk keseluruhan sekolah. Bandingan nilaian guru yang ada dengan jumlah murid yang ada. Secara pasti guru-guru tidak akan dapat ‘touch’ hati setiap murid-murid.

Siapa Yang Melahirkan Dan Siapa Yang Membesarkan?

Soalan yang begitu mudah untuk dijawab bagi seorang kanak-kanak yang berstatus sekolah tadika. Justeru ibu bapa lah yang lebih mengetahui dan SEPATUTnya memahami setiap sifat dan cara anak-anak mereka. Tidak perlu untuk menyalahkan orang lain kiranya anak-anak ‘tidak menjadi’. Kedua-dua kepimpinan ini perlu sentiasa bermuhasabah dan berbincang kaedah terbaik untuk menangani dan berhadapan dengan setiap anak-anak mereka. Hakikatnya setiap anak-anak sikapnya tidak sama, justeru kaedah mendidik PASTInya turut berlainan.


Teringat satu buku yang dikarang oleh seorang cendekiawan iaitu Allahyarham Prof. Syaikh Abdullah Naseh Ulwan.Tajuk buku ini pastinya sudah diketahui oleh semua pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga mahupun yang sudah lama mendirikan rumah tangga. Tarbiyatul-Awlad Fil-Islam’ (Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam) dan nuku ini telah diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait.Buku ini mempunyai dua jilid yang penuh dengan input mengenai kekeluargaan sebelum sehingga selepas berkahwin. Justeru bagi yang masih belum membaca terutama golongan ibu bapa,dapatkan segera buku ilmiah yang sangat-sangat bernilai seperti ini. Hakikatnya segala SOLUSI daripada al-Quran dan Sunnah sudah ulama ambil dan susun untuk kita. Hanya terpulang kepada kita sama ada mahu memanfaatkan atau mengabaikannya. Walaupun kita mengabaikan atau menjalankan amanah itu, ia tetap amanah untuk kita.Ingatlah, air dicincang tifak akan putus…

Bermuhasabah

Tujuan saya menulis berkenaan perkara ini bukanlah mahu menyalahkan sesiapa terutamanya ibu bapa mengenai kebejatan masalah sosial di kalangan remaja dan keruntuhan institusi kekeluargaan yang kian meruncing pada masa kini. Namun , ia lebih kepada mahu mengajak semua pihak berfikir seta bermuhasabah sejenak sejauh manakah kita sudah memainkan peranan kita.

Mengapa saya begitu memberi penekanan kepada ibu bapa? Kerana mereka adalah kepimpinan tertinggi di dalam sesebuah keluarga. Mereka lah yang merancang, merangka serta menggerakkan segala DASAR yang mereka rancang bermula seawal bermulanya perkahwinan mereka dalam mengemudi bahtera rumah tangga.

Selain itu, ibu bapa juga adalah mereka yang paling berautoriti melebihi orang lain hatta guru sendiri. Justeru, semua keputusan atau tindakan tertakluk di bawah KUASA mereka selaku pimpinan. Soal terlalu sibuk bekerja, anak-anak tidak mahu ikut cakap, anak-anak mudah terpengaruh dengan persekitaran.. itu semua adalah ALASAN yang membolehkan TANGGUNGJAWAB dan AMANAH diabaikan. Setiap masalah yang Allah berikan, Dia mahukan kita berfikir untuk menyelesaikannya. Bukannya membuat peluru tabur menyalahkan pihak-pihak yang lain.

Hidup berumah tangga bukanlah semata-mata kita rasa hendak berkahwin demi menyelamatkan tuntutan hawa nafsu serta mahu melahirkan zuriat. Hakikatnya ia lebih daripada itu. Di dalamnya tersemat segala TANGGUNGJAWAB, AMANAH, KASIH SAYANG, dan TARBIYYAH. Inilah salah satu perjuangan yang perlu dipikul oleh setiap individu Muslim yang bakal menempuh alam baitul Muslim kelak. Maka KESABARAN yang tinggi amat-amat diperlukan.InsyaAllah kiranya tiang agama sentiasa dijaga oleh setiap pasangan. Segala masalah PASTInya akan menemui jalan keluar,ameen.. Ingatlah, air dicincang tidak akan putus. Semuanya akan kembali kepada kita semula.

Renunganlah firman Allah ini:


“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa ang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim 66:6)

Comments
9 Comments

9comments:

pemberianku yang berkekalan@wi_e berkata...

ulasan yang penuh dengan peringatan bguna.nice shot!

Ya Allah Ya Tuhan Kami..,
Jadikanlah kami beroleh pasangan hidup dan zuriat-zuriat yang menyejukkan mata kami melihatnya ; serta jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

Allahuma Ameen....

hamiz berkata...

ibu bapa, beratnya tanggungjawab mereka.
kadang-kadang terbit rasa syukur pada diri,, mungkin ramai ibu bapa yang masih tidak sedar perjuangan yang perlu dicorakkan untuk anak-anak.
tapi alhamdulillah, berdirinya saya dan sahabat-sahabat hari ini, dengan satu matlamat jihad. bukan dari ibu bapa tapi dari pengaruh luar.
dan pastinya berkat doa ibu bapa. Allah berikan yang terbaik untuk anak-anak dari ibu bapa yang terbaik.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to pemberianku:

ameen.. tq

to hamiz:

walau macamanapun ibu bapa kita, selagi mana mreka ibu bapa kndung kita, mrekalah yg TERBAIK buat kita.. wlau hkikatnya trbiyyah kta peroleh dri luar, bknnya dtg dri mereka, nmun hsil kberkatan dri doa dan redha mreka, Allah mngizinkan kita dtrbiyyah.. (^_^)

deluxediyana berkata...

Perkahwinan betul-betul bukan perkara yang mudah.
Ianya suatu percaturan hidup, di mana perlunya kesabaran dan keikhlasan. Lebih-lebih lagi bila da ada anak kan, it is the time to think how to educate them untuk jadikan penyejuk mata dan menjadikan mereka anak yang soleh/ solehah.
Sebab tu kena ada good communications between husband and wife, perlunya prepare ourself to be good, kena jadi solehah/soleh dulu untuk bentukkan keluarga yang betul-betul sakinah, mawaddah dan rahmah. InsyaAllah.
(sekadar coretan daripada pengalaman cuti ini. jzk)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to deluxe:

yup.. itulah hakikat sbuah khidupan, hdup sorg ke, bkeluarga ke, smuenye adanya prjuangan dn pgrbanannya sndri.. kesusahan itulh yg mngajar kta erti kesabaran srta dpt mmatangkn kita..

Munirah Atirah Binti Mohd Musleh berkata...

SubhanaAllah, perkongsian yg bermanfaat..
persediaan bagi kita yg juga bakal menjadi pemimpin keluarga kelak..

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to munirah:

yup.. kte prlu sntiasa brsdie.. wlaupn bkn mnjd pmimpin kluarga, kte adlh pmimpin utk dri kte sndri,kiranya dri sndri pn msh x mmpu utk dpimpin.. bgaimana mhu mmimpin sbuah organisasi yg bsr.. renungan brsame..

~Dr.CiNta~ berkata...

lama tak singgah sini -,-

perkahwinan adalah tanggungjawab bukan semata-mata hanya memenuhi fitrah~

suka ayat ni "Setiap masalah yang Allah berikan, Dia mahukan kita berfikir untuk menyelesaikannya. Bukannya membuat peluru tabur menyalahkan pihak-pihak yang lain."

insyaallah.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to Dr cinta:

yup.. hkikat khidupan itu sndri adlh satu AMANAH dn tggjwb..

segala SOLUSI sdh ada utk kita, trplg kpd kita brfkir brpndukan aq dan hdth utk mnyelesaikannya..

trus-mnerus mnyalahkan srta 'mmbangau'kn org lain selamanya bknlh 1 tndkn yg bjk..