Selasa, 1 November 2011

Mujahadah Itu Amat Pahit…

Oleh : Muhamad Hazwan Bin Hamidan


“Erti mujahadah menurut bahasa adalah perang, menurut aturan syara’ adalah perang melawan musuh-musuh Allah, dan menurut istilah ahli hakikat adalah memerangi nafsu amarah bis-suu’ (mengajak perbuatan buruk / jahat) dan memberi beban kepadanya untuk melakukan sesuatu yang berat baginya yang sesuai dengan aturan syara’ (agama). Sebahagian Ulama mengatakan : "Mujahadah adalah tidak menuruti kehendak nafsu”, dan ada lagi yang mengatakan: “Mujahadah adalah menahan nafsu dari kesenangannya”.

Membina Generasi Mujahadah

Secara umum saya dapat menjelaskan hakikat mujahadah adalah bertitik tolak kepada melawan hawa nafsu. Nafsu itu sendiri mempunyai tahap dan peringkatnya sendiri. Perlu kita sedari, tidak semua nafsu itu adalah ‘jahat’. Hal ini kerana apabila kita mampu mendidik nafsu sehingga kan nafsu itu mampu tunduk untuk mentaati kesemua perintah Allah, nafsu inilah yang akan membawa kita hingga ke pintu syurga. Itulah yang dinamakan nafsu Muthmainnah.



“Wahai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya.,Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,Masuklah ke dalam syurga-Ku.”(Surah al-Fajr ayat 27-30)

Nafsu muthmainnah adalah dorongan untuk berbuat kebaikan. Jiwa merasa tenang dan tenteram sekiranya melaksanakan segala perintah Allah SWT dan berbuat pelbagai kebaikan. Hakikatnya apabila nafsu muthmainnah memenangi diri kita, akan lahir perbuatan baik dan mulia. Namun, sekiranya nafsu ammarah yang memenanginya, akan lahir perbuatan nista dan maksiat. Oleh kerana itulah, tarbiyah puasa terutamanya di bulan Ramadhan dapat terus-menerus melatih jiwa manusia agar mampu melawan nafsu ammarah, bahkan mampu menundukkannya, sehingga yang dominan di dalam diri kita adalah nafsu muthmainnah.

Hakikat sebuah kehidupan mempunyai pasang dan surutnya tersendiri. Manakan tidak, hidup kita diibaratkan seperti sebuah roda yang sedang berpusing. Ada kalanya kita akan duduk di atas dan begitu juga selalunya kita akan berada di bawah. Kehidupan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini sangat-sangat memeritkan. Keimanan seperti itu juga, ada kalanya berdiri teguh dan semakin meningkat. Namun selalunya kita tewas apabila tahap keimanan itu merundum jatuh. Itulah peri pentingnya MUJAHADAH.

“manusia kan tak lari dari kesilapan..”

“mane ade manusia ma’sum (terpelihara dari dosa), biasela tu kalau buat dosa..”

“nanti kita taubatla lepas buat dosa..”

“mase mude2la nil ah waktu best nak dating..couple..”

“zaman muda ni datang sekali je, rugilah tak enjoy..”

Ini antara kata-kata yang mungkin biasa kita dengar. Hakikatnya inilah realitinya. Kehidupan remaja dan muda ini selalu dipasangkan dengan zaman berhibur, bercouple dan berfoya-foya. Boleh dikatakan segala aktiviti yang berstatus ‘tak baik’ akan dicuba pada zaman ini. Seterusnya zaman untuk pergi ke masjid dan beribadah akan dikaitkan dengan zaman ketika mana umur sudah lanjut tua. Ketika itu kaki tidak larat untuk berjalan, bacaan al-fatihah terketar-ketar untuk dibaca. ‘1001’ kemalasan akan terus-menerus mengundang atas alasan kesihatan.

Hakikatnya, zaman muda inilah perlu dikerahkan untuk disumbangkan kepada perjuangan Islam. Tenaga orang muda amat-amat diperlukan dalam meneruskan pemerkasaan perjuangan ini. Hanya mengharapkan kepada golongan veteran tanpa dipadukan dengan golongan muda ibarat membuat jemput-jemput tanpa isinya. Sudah pasti tiada kesenian pada rupa dan rasa kan? Itulah analoginya…

Hudaibiyah : Uji Sikap Para Sahabat Bermujahadah

“Tidak berlaku dalam Islam suatu kejayaan yang lebih besar daripada kejayaan Perjanjian Hudaibiyah. Sekali pun jika dibandingkan dengan kejayaan Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandaq dan lain-lain lagi…”

(Ibnu Hisham)

Sebahagian daripada hikmah Perjanjian Hudaibiyah yang paling menterlah ialah Allah hendak memperlihatkan perbezaan yang jelas di antara wahyu untuk seorang Nabi, dengan usaha tadbir seorang manusia biasa. Manusia walau bagaimana bijak sekali pun, mereka HANYA bergerak di atas pengaruh akal fikiran tertentu untuk melihat yang mana baik dan buruk. Ada pun tingkah laku dan gerak kerja seorang Nabi Allah seperti mengadakan perjanjian damai dengan kaum musyrikin Quraisy ini, bergantung sepenuhnya kepada arahan wahyu daripada Allah.

Ternyata Perjanjian Hudaibiyah ini adalah suatu kejutan besar dan menjadi penggerak untuk para sahabat berfikir, bagi menyingkap hikmah tersembunyi di sebaliknya. Memang Rasulullah telah memudahkan segala tuntutan dan desakan kaum musyrikin dalam Perjanjian Hudaibiyah, sekali pun kebanyakan tuntutan itu pada zahirnya tiadak ada kepentingan bagi kaum muslimin. Para sahabat merasa hairan dan amat kecewa dengan perjanjian ini. Pada pandangan mereka, tidak mungkin tercapai sebarang kejayaan bagi pihak mislimin jika perjanjian yang dipersetujui oleh Rasulullah ini hamper kesemuanya memihak kepada kaum musyrikin. Inilah rahsia daripada wahyu Allah yang membawa kepada kejayaan Islam selepas ini.

Sejarah telah mencatatkan bagaimana perasaan tidak puas hati telah menguasai para sahabat dan orang ramai yang menyertai rombongan Rasulullah. Apabila baginda memerintahkan supaya orang ramai bertahallul dengan bercukur dan juga menyembelih binatang korban di Hudaibiyah. Tetapi amat malang ,seruan baginda itu tidak dihiraukan oleh orang ramai, sedangkan sebelum peristiwa Hudaibiyah mereka dikenali sebagai satu kaum yang memiliki sifat yang sangat patuh kepada arahan baginda.

Sikap aneh kaum muslimin dalam peristiwa Hudaibiyah ini bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng. Mengingkari arahan Rasulullah boleh mengundang bala Allah. Jika kesalahan itu tidak diampun oleh Allah, mereka boleh dicap sebagai menderhakai perintah rasulNya. Mereka berwajah muram dan berdiam diri daripada mematuhi arahan baginda, walaupun Rasulullah telah mengulangi seruannya sebanyak tiga kali supaya orang ramai melakukan tahalul dengan bercukur dan menyembelih binatang korban.

Para sahabat bertindak sedemikian tidak lain kerana mereka berada dalam batas-batas manusia biasa. Cara berfikir dan kadar kemampuan berfikir manusia biasa terbatas dalam lingkungan tertentu. Rasa kecewa dan tidak puas hati mengahalang mereka menyingkap hikmah disebaliknya hingga mengabaikan sikap sami’na wa ato’na iaitu ‘dengar dan patuh’ yang mereka miliki selama ini.

Peristiwa ini telah menyingkap bagaimana para sahabat secara jelas terpaksa ber’perang’ dengan pandangan diri sendiri dan nafsu yang terus-menerus cuba menekan mereka. Hakikatnya seorang Nabi tidak bergantung kepada akal fikiran basyirah semata-mata, sebaliknya menyerah bulat-bulat di atas ketentuan Allah.

“sesungguhnya aku adalah Rasulullah, seorang Nabi yang sesekali tidak akan derhaka kepada Tuhannya..” (Muhammad S.A.W)

Penjelasan Rasulullah itu telah membebaskan orang ramai daripada dipengaruhi emosi yang tidak baik ketika menghadapi Perjanjian Hudaibiyah. Peristiwa ini benar-benar menguji sikap dan pendirian mereka.

Bermuhasabah

Kehidupan tanpa bermujahadah hakikatnya sangat tempang. Mujahadah inilah yang membentuk diri kita menjadi lebih baik. Manusia yang matang dalam berfikir dan bertindak.

Justeru, saya menyeru diri saya serta sahabat pembaca supaya melalui saat ini, jadikan mujahadah sebagai agenda utama kita dalam proses mengembeleng jiwa dan diri kita kepada menjadi generasi yang hidup dan matinya bermatlamat kepada kemenangan Islam, insyaAllah..ameen.

p/s :

salam mujahadah juga buat semua sahabat IPG di seluruh Malaysia dalam menempuh peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang tiba. Hakikatnya bukanlah dengan usaha kita itulah yang menjadikan kita cemerlang, namun tawakkal yang telah diizinkan olehNya itulah penggerak kepada kejayaan kita..renungan bersama.. (^_^)






Comments
4 Comments

4comments:

Cahaya@wieva berkata...

Moga kita kuat dalam bermuhajadah ke jalan Allah. Gud luck final exam.moga diberi kemudahan utk menjawab dgn cemerlang..ameen~

bittaufiq wannajah!

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to Cahaya@wieva:

insyaAllah.ga kte trus brmujahadah..
ameen,syukrn2..

Tinta Al-Murabbi berkata...

Salam..

Mujahadah bukan perkara mudah, kerana ianya menuntut susah. Siapa yg menginginkan kesusahan dlm kehidupan mereka? Hnya manusia yg benar2 tertanam Aqidah yg utuh shj, berupaya mengesampingkan tuntutan kecintaan dunia, dan mengalihkan cintanya kepada Allah s.w.t.

Lalu cerita mujahadah ini bukan sekadar di titian bibir, tetapi ia menuntut jasad utk digerakkan. Semoga kita sama2 sntiasa ada kekuatan untuk bermujahadah. (^_^)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to ust ariff:

wsslm.. aiwah, mga kita same2 dpt mghayatinya dlm mnempuh khidupn ini.. syukrn (^_^)