Selasa, 9 Ogos 2011

Syaitan Dirantai ?

9 Ramadhan 1432

Salam Ramadhan kareem. Moga momentum ibadah kita di bulan barakah ini terus bertambah dari masa ke semasa. Amat-amatlah rugi jika satu bulan yang setiap amalan diganjarkan dengan berlipat kali ganda tidak kita gunakan dengan sebaik yang mungkin. Soal banyak atau kurang sesuatu amalan yang kita buat bukanlah menjadi topik UTAMA untuk sentiasa diperkatakan. Namun soal hati yang suci atau ikhlas itu perlu sentiasa kita titik beratkan dalam melaksanakan setiap amalan baik sedikit mahupun banyak. Semakin banyak semakin bagus. Jadilah HAMBA yang paling terbaik menunjukkan rasa syukur kepada PENCIPTA..insyaAllah


“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya?; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);” (Surah al-Mulk:2)


Apa yang menghairankan kita sekarang, walau di bulan apepun hatta di bulan barakah ini kemaksiatan terus-menerus bermaharajalela. SePATUTnya di bulan ini segala kemungkaran akan terhapus. Hal ini kerana Rasululllah SAW pernah bersabda yang mafhumnya:

“apabila bulan puasa tiba, maka terbuka pintu-pintu syurga, tertutupnya pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dirantai…” (HR Bukhari dan Muslim)

Bermula dia awal hari kita berpuasa sudah beratus-ratus orang Islam khususnya di Negara kita yang ponteng puasa. Walaupun sudah hilang rasa malu kepada manusia, sekurang-kurangnya CUBAlah untuk malu dengan Allah. Ni baru kita bicara tentang puasa, kita tak bincang lagi soal couple berstatus ala-husband and wife yang terus-menerus memperaktikkan sikap romantik mereka yang mereka sudah amalkan sejak 11 bulan yang lepas. Hilangnya malu mereka bersama-sama bershopping di bazaar Ramadhan. Walaupun mereka boleh berhujah dengan mengatakan mereka berada di kawasan yang ramai orang, namun tanggapan dan persepsi orang kepada mereka ?? tak menimbulkan fitnah kepada ISLAM ke?? Tepuk dada tanya iman kita..

Islam sebuah agama yang sangat-sangat cakna mera’ikan kepada persepsi. Hal ini dapat dibuktikan sekiranya kita kembali merujuk sirah bagaimana seorang sahabat nabi iaitu Umar al-Khatab dating bertemu Rasulullah untuk meminta izin membunuh Abdullah Bin Ubai Bin Salul iaitu seorang yang berpangkat ‘Bapa Munafiq’. Namun Rasulullah melarangnya kerana Baginda khuatir masyarakat akan mengatakan Rasulullah membunuh sahabatnya sendiri.

Merujuk kepada tafsiran hadith tadi, ulama berbeza pendapat dalam menentukan maksud syaitan dirantai dalam bulan Ramadhan. Ada ulama berpandangan bahawa yang dirantai itu hanyalah syaitan tertentu sahaja. Namun ada juga yang berpandangan semua syaitan dirantai. Hakikatnya terdapat manusia yang berbuat maksiat dan dosa tanpa godaan syaitan kerana mereka (manusia) sendiri sudah menjadi ‘syaitan’.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, yang dimaksudkan dengan syaitan dirantai iaitu syaitan tidak boleh menggoda umat Islam sepertimana yang dilakukan pada waktu selain Ramadhan kerana mereka sibuk dengan ibadah puasa, membaca al-Quran dan mengingati Allah. Selain itu, menurut Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi dalam kitabnya Anta Tas’al wa Islam Yujib :

“maksud hadith Rasulullah SAW tersebut ialah agar kita membuat suatu situasi dan keadaan yang menjadikan syaitan-syaitan terbelenggu atau terantai dan tidak menggoda manusia untuk melanggar hukum dan melakukan dosa sehinggakan yang ada hanyalah amal-amal yang baik dan pintu-pintu syurga pun terbuka..”

Namun, ada sebahagian ulama berpendirian tidak perlu dibahas dan dipersoalkan hakikat maksud hadith ini kerana hadith tersebut menyatakan tentang perkara-perkara yang tidak diterangkan secara terperinci oleh syarak dan kita hendaklah menerimanya tanpa sebarang persoalan. Ini lebih selamat untuk agama seseorang.

Moga kita beroleh pencerahan..


Wallahu’alam



Comments
3 Comments

3comments:

Tanpa Nama berkata...

salam..perkongsian yang menarik ustaz..rasa macam pernah jumpa pasangan y ustaz nyatakan itu.sakit hati jgk tgok..bercakap soal islamik..tp buat amalan mun afiq..hmmm..smoga allah bg petunjuk pada mereka dn kita kan ustaz...boleh ustaz terangkan tentang adakah benar syaitan dirantai?

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to tanpa nama:

wsslm, prsoalan syaitan dirantai telah saya nyatakan, apa yg boleh dsimpulkan ulama sndri ade yg mnafsirkan mksud syaitan yg drantai itu hanyalah syaitan yg trtntu sahaja,ini brmakna ade juga syaitan yg dkecualikan utk x rntai, sprti pndgn ibn hajar-mksud dirantai tu syaitan x blh nk mggoda umat islam dlm bln barakah ni..dan ada juga ulama yg x mnafsirkannya krana ia x dtfsirkn secara trprinci,

wlaubgaimanapun..syaitan mmg telah drantai di bulan ramadhan apabila melihat kpd zahir hadith itu,cuma hakikat tfsirnnya tu kte srhkn kpd Allah,sbagai hmbaNya kita wjib mengimani hadith ni..

pstinya rmai yg mmprsoalkn bgaimana blh ada lg mksiat sdngkan syaitan telah drantai? jwpnnya NAFSU kita x prnah dirantai..

wallahu'alam.. (^_^)

Tanpa Nama berkata...

Assalamuailaikum Ustaz,

Saya cuma nk bertanya adakah syaitan itu boleh mati ataupun makhluk ini boleh hidup hingga sampai hari kiamat.