Ahad, 31 Julai 2011

Kekasihku Dapat Ku Temu Kembali..


Salam ‘Ramadhan Kareem’ buat semua sahabat dan sahabiah. Agak lama saya tidak menulis di tinta dakwah ini. Alhamdulillah atas kudrat yang masih dipinjamkan oleh Allah, saya masih terus mampu untuk berkongsi sekadar apa yang tahu dan mampu..insyaAllah

Terus terang saya katakan, saya sangat-sangat merinduinya, dan saya yakin begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Sudah hampir sebelas bulan saya meninggalkannya. Alhamdulillah Allah masih izinkan saya untuk bertemunya lagi. Satu bulan yang dapat saya curahkan kasih,rindu serta sayang saya kepada PENCIPTA saya. Inilah bulan yang seluruh umat Islam menanti-nanti akannya.


Sangat seronok bagi seseorang kanak-kanak yang sedang mula bertatih untuk belajar berpuasa. Bulan ini amat-amat mengajarnya akan kesabaran. Namun kesabaran itu tidak akan menjadi sia-sia kerana di akhir bulan abi dan ummi akan menepati janji untuk memberikan ganjaran. Sangat indah zaman itu…


Kini TIDAK lagi..


NAK atau TAK NAK hanya bergantung kepada iman. Iman yang jana kuasanya bersumber daripada Aqidah. TAK NAK berpuasa nampaklah rosaknya Aqidah kita. Susah itu indah kerana kesenangannya di akhirat sana.


Teringat mesej daripada seorang sahabat:

“ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian, ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu dalam pengkhianatan..”


Kata-kata ini cukup membuatkan diri untuk terus bermuhasabah. Zon tarbiyyah sudah pun bermula. Hasilnya akan terus dituai untuk sebelas bulan yang mendatang. Gagalnya kita dalam zon ini memungkinkan kita untuk terus menerus berada dalam kegagalan. Masakan tidak Allah sendiri mengharapkan kita beroleh ketakwaan daripada bulan ini,sebagaimana firmanNya :



“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (Surah al-Baqarah:183)


Sahabat-sahabat..,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala, asalkan niat dan caranya bertepatan dengan syara’.Begitu besarnya kasih sayang Allah kepada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah SAW:


"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu." (HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban Dan Baihaqi)

Wallahua’lam…

p/s : Saya Muhamad Hazwan b.Hamidan memohon kemaafan kepada semua sahabat yang mengenali diri ini juga kepada seluruh pembaca dan blogger sekalian. Moga Ramadhan kali ini membuahkan ketakwaan dalam diri kita,amin


Comments
5 Comments

5comments:

Munirah berkata...

Salam Mujahadah. semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr yg lps. Mohon Ampun & maaf.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to munirah:

wsslm.amin..(^_^)

beninge berkata...

Assalamu'alaykum warohmatullohi wabarokatuh
semoga Ramadhan kali ini penuh berkah menuai ridho dan mghfirah-NYA .aamiin , salam ukhuwah fillah

انا الفقير berkata...

Mudah-mudahan takwa sebagai outputnya. Amiin...

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to beninge:

wsslm..amin,tq

to ust rushdan:

amin..