Sabtu, 18 Disember 2010

Kita Semakin Sombong !!!



Assalamualaikum buat semua sahabat serta pembaca yang tidak pernah jemu menziarahi laman blog ini yang diharapkan dapat membangkitkan kesedaran kepada pengamalan Islam yang sebenar,insyaAllah..


Gejala sosial merupakan satu fenomena yang tidak asing lagi di negara kita. Hal ini tidak hanya tertumpu di negara kita, malah fenomena yang sama tetap berlaku di negara-negara maju dan juga negara membangun seperti negara kita. Namun apa yang hendak ketengahkan, SEPATUTnya Malaysia yang diwar-warkan sebagai sebuah negara Islam seharusnya mendepani negara-negara bukan Islam yang lain dalam penurunan dan pengurangan gejala-gejala sosial ini. Hakikatnya negara kita sama hebat dalam menjuarai fenomena ini khusunya gejala buang anak. Anak-anak kecil yang kadang-kadang tidak dapat dibezakan dengan bangkai anjing dan kucing telah secara terang-terang mencemarkan status manusia sebagai makhluk yang dimuliakan Allah.


Kemuliaan manusia terang-terang dinyatakan di dalam al-Quran:


“Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.”(al-Mukminun:12)



muhamad hazwan bin hamidan..he3


Jadi, dari mana kita datang? Tanah? Saripati? Ibu yang melahirkan kita? Ya, kita memang berasal daripada itu semua tapi siapakah yang mencipta tanah, saripati hatta ibu kita? Tidak lain dan tidak bukan adalah Allah. Jelas , kita semua berasal daripada Allah sebab Allahlah yang telah menciptakan kita. Malah, Allah telah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian,




“Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (at-Tin:4)


Lihatlah bagaimana telitinya Allah menciptakan kita daripada setitis air mani bergabung dengan ovum, susunan sel-sel, susunan organ yang kompleks lagi tersusun, susunan tulang-tulang mengikut kesesuaian organ dan bentuk badan kemudian diselaputi dengan kulit yang halus serta pancaindera seperti mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya. Allah juga muliakan kita bila Allah memerintah para malaikat dan iblis sujud sebagai tanda penghormatan kepada Nabi Adam A.S yang juga seorang manusia.


“Dan (Ingatlah) ketika kami Berkata kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", Maka mereka sujud kecuali iblis yang enggan”(Thaha:116)

Allah juga tidak menciptakan kita sia-sia sahaja. Malah, Allah juga telah mentakdirkan kita diciptakan untuk sebaik-baik tujuan.




“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (al-Baqarah:30)


Sudah terang lagikan bersuluh siapa lagi kalau bukan kita. Kita telah dilantik oleh Allah untuk menjawat jawatan paling tinggi di seluruh oleh alam iaitu khalifah, iaitu memakmurkan bumi dan kehidupan mengikut nilai-nilai Islam sepenuhnya dan pada masa yang sama kita juga dicipta untuk berkhidmat kepada Pencipta kita sepenuh masa.




“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu.”(az-Zaariyat:56)


Ayat-ayat al-Quran di atas sudah jelas menceritakan kepada kita akan perihal kemuliaan makhluk yang bernama manusia. Bersyukurkah kita diciptakan lebih mulia berbanding makhluk-makhluk lain? Ana nak mengajak sahabat semua supaya sama-sama kita bermuhasabah semula.Justeru bagaimanakah caranya kita hendak menunujukka tanda syukur atau terima kasih kita kepada Allah?


Jawapannya sangat mudah, laksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Inilah satu kaedah yang amat mudah bagi seorang HAMBA mempamerkan serta menunjukkan tanda kasih sayang kepada TUANnya.Apa yang menjadi masalah kita ialah…


Kita SOMBONG..

SOMBONG kepada Allah..

SOMBONG kepada Rasulullah

SOMBONG kepada makhluk di dunia


Apabila diajak untuk menutup aurat, mulut begitu cabul mengatakan : ‘tiada paksaan dalam agama..’


Tahukah kita akan maksud sebenar ayat al-Quran di dalam Surah al-Baqarah ayat 256 itu? Secara mudahnya, tiada paksaan dalam Islam adalah merujuk kepada orang bukan Islam untuk menganut agama suci ini. Namun, apabila SUDAH Islam, MESTI dipaksa untuk mengamalkan segala ajaran yang sempurna di dalam agama suci ini.


Justeru, sama-samalah kita BERUBAH! Hapuskan sifat SOMBONG ini daripada terus merajai jiwa kita.. (^_^)












Comments
7 Comments

7comments:

Tanpa Nama berkata...

marilah kita bersama-sama menyingkir sifat sombong yang membenak di dalam jiwa...,ingat Allah dan sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.

"amar ma'ruf dan nahi munkar"..,insyaAllah..

notakaki: comel sungguh gambar baby 2..,innocent~ (^_~)

BaiTiL a'tiQa berkata...

Terima kasih utk perkongsian ni...
Ada persamaan dgn salah satu n3 syla... (",)
Salam juang...

"Sama beramal dgn sunnah Rasulullah"

Tanpa Nama berkata...

salam..
artikel yg mantop..
sy ingin meminta pndpt enta,
mengenai sombong dgn makhluk,
apakah pandgn enta trhdp wanita yg 'ghadhdul basyar'...
adekah ia dikatakn sombong bg sstengah pihak?

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to tanpa nama:

marilah kita bersama-sama menyingkir sifat sombong yang membenak di dalam jiwa..insyaAllah.amin

to a'tiqa:

smae2..slm pruangan jga..

to tanpa nama:

wsslm..tq,maaf z bpe mntop pn artikel kli ni..
0o.mngenai solan tu ana akn cbe jwb rgks&stakt mne ilmu yg ade..

ok,prlu kte fhm PERINTAH ghaddul basor itu sdh trg&jls kpd kita dlm Surah an-nur yg mmrnthkn kpd llkai&wnita..

jadi,x kn tmbul isu smbong kpd mkhluk skiranya plksanaan ghaddul basor ni kte hayati dan lksankn dgn cra brilmu dan bknnya ats iktn hwa nfsu..

justeru, ats sgala pkara yg hndk kita amlkn WAJIB bg kta dgn pnduan ilmu spaya ia x trsalh dan mnjd ftnh kpd msyrkt,

ISLAM itu mudah utk diamlkn, jgn dsbbkn kta,ia mnjd fitnah&bhn kutukn..(^_^)

Biro Agama, Kerohanian dan Moral berkata...

berapa rmai yg semakin smbong pd msa kni..

SOMBONG dgn hrta, pgkat, ilmu, pndgn dri..

keSOMBONGAN ni akhrnya trs mmbnasakn dri sndri..na'uzubillah.

kebenaran tersingkap berkata...

semoga kita tidak tergolong daripada golongan 'sombong' dan sentiasa cuba untuk memperbaiki setiap kekurangan dan kelemahan yang ada untuk menjadi seorang hamba yang taat pada perintahnya.

hamiz berkata...

betullah yg kita ni makin sombong,
manusia itu jka berakhlak mulia, lbih mulia drpd malaikat,
jka buruk akhlaknya, lebih teruk drpd binatng.
nauzubillah, wallahua'lam.
syukran!