Selasa, 31 Ogos 2010

RAMADHAN : Perniagaan Yang Menguntungkan

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH kerana masih menberikan peluang kepada kita menumpang ‘barakah’ sisa-sisa hari Ramadhan. Semoga hari-hari terakhir ini dapat kita terus meningkatkan ketakwaan kepadaNYA…amin

Untuk entry kali ini, ana nak mengajak sahabat-sahabat merenung sejenak terjemahan dan tafsiran kata-kata ALLAH dalam Surah as-Saff ayat 10 :


“Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?” (as-Saff:10)


Dalam ayat ini ALLAH menawarkan kepada kita suatu PERNIAGAAN. Namun apa yang menghairankan kita, PERNIAGAAN yang ditawarkan bukan sahaja sudah tentu untung di dunia, tapi yang paling penting untung juga di akhirat kerana dapat menyelamatkan kita dari azab yang pedih di akhirat nanti.

Pada pandangan peribadi ana,bagi ahli perniagaan atau manusia yang berminda ‘bisnes’ sudah pasti akan menerima tawaran ini. Yela kan, siapa yang tidak mahu untung, lagi-lagi dapat untung sampai kat akhirat..(^_^)

Apakah PERNIAGAAN yang ALLAH tawarkan tu ye?? Cuba kita lihat ayat seterusnya.





“(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (as-Saff:11-12)


BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASUL

Nah..,inilah PERNIAGAAN yang ALLAH tawarkan kepada kita. Hanya perlu melaksanakan 2 perkara ini sahaja iaitu BERIMAN kepada ALLAH dan RASUL.Mudah kan?? Hanya BERIMAN je..

Namun, adakah BERIMAN itu sekadar ‘HANYA’ ??

Jawapannya BERIMAN tidak semudah menyebut ‘HANYA’,ia suatu perkara yang terlalu sukar untuk dilaksanakan walaupun manusia itu sudah beriman,namun pada masa yang sama masih perlu terus memperbaiki iman untuk tetap beriman. Buktinya menerusi firmanNYA:



“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kepada Kitab yang Allah turunkan kepada rasul-Nya serta Kitab yang Allah turunkan sebelumnya. barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari Kemudian, Maka Sesungguhnya orang itu Telah sesat sejauh-jauhnya. (an-Nisa’:136)


RAMADHAN

Ana amat bersyukur dan seronok kerana masih diberi peluang untuk hidup dalam bulan Barakah ini. Yela kan, ana melihat PERNIAGAAN ini begitu banyak ditawarkan terutamanya di setiap surau dan masjid. Masing-masing mempunyai tarikannya yang tersendiri. Yang paling penting setiap tempat ini menawarkan berbuka puasa @ ifthor jam’ie secara PERCUMA untuk para jemaah.. (^_^)




Alhamdulillah ana dan Ust Fathi sempat menziarahi salah satu masjid yang terkenal di tanah air kita memandangkan ia hampir dengan kediaman ana iaitu Masjid Putra,Putrajaya.. (^_^)

Comments
2 Comments

2comments:

Mamok™ berkata...

abg an baru nak upload gambar abg an pegi masjid besi minggu lepas dalam blog.. tapi gambar-gambar wan lagi cantik.. huhu.. x jadik abg nak letak.. malu.. kuang3...
masjid tu memang best..

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to abg an:

ooo..wan pegi juge msjd tu,Msjd Sultan Mizan, tp x solat trwh kat ctu,mmg ramai,tp wan nmpk lbh rmai d Msjd Putra,mgkn sbb kat msjd putra ni gune air cond..,kat msjd besi tu free air (^_^)