Sabtu, 3 Julai 2010

Selamat Menempuh Suatu Alam Baru...



Alhamdulillah, akhirnya tamatlah hari-hari dan saat kesusahan yang terpaksa ditempuh oleh pelajar-pelajar baru KPLI dan KPLSPM ambilan Jun 2010 khususnya, dan buat ajk pelaksana Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) umumnya. Masih belum terlambat untuk ana mengucapkan selamat datang @ ahlan wa sahlan buat semua pelajar ke IPG kampus Dato' Razali Ismail ini. Ana lebih senang dan sinonim untuk mentafsirkan Institut Pendidikan Guru sebagai Institut PENTARBIAHAN Guru. Hal ini kerana, TARBIAH anda akan bermula di sini..

Sudah tentu seminggu menempuh MPPB amat sukar buat semua pelajar baru. Masakan tidak, terpaksa mengejar masa dalam setiap keadaan. Laungan '3 minit' sudah tentu tidak akan dilupakan..he3

Secara peribadinya, ana selaku AJK Kerohanian & Moral, berharap TARBIAH selama seminggu ini dapat terus dihayati terutamanya sepanjang berada di institut ini. Perjuangan anda masih jauh dan berliku. Hidup sebagai mahasisiwa dan mahasisiwi bukanlah satu kehidupan di zon BEBAS dan SELESA. Ramai yang beranggapan zaman persekolahan adalah suatu zaman undang-undang, manakala zaman hidup di IPT adalah zaman BEBAS. Aturan kehidupan dicaturkan sendiri mengikut aturan dan kehendak nafsu. Secara jelas persepsi ini 100% terpesong dan meleset. Zaman hidup sebagai mahasisiwa dan mahasiswi ini adalah suatu zaman pengamalan undang-undang dan peraturan yang sudah dipelajari sejak zaman persekolahan lagi. Aturan hidup yang sentiasa berlandaskan al-Quran dan Sunnah sudah pasti akan sentiasa membawa kita ke jalan yang lurus dan benar..




"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Qur'an) dan Sunnahku." [Al-Muwatta'oleh Imam Malik. Dinilai hasan oleh Al-Albani di dalam Misykat Al-Masabih]


Semoga pelajar semua sentiasa diberkati dan dicurahkan rahmatNYA sepanjang berada di insitut ini..amin. Untuk sentiasa mendapatkan rahmat ALLAH, mahu tidak mahu perjalanan hidup sebagai seorang muslim dan muslimah sejati perlu sentiasa diamalkan dan dihayati sepanjang berada di institut ini, insyaALLAH.. (^_^)




‘Ya Allah, jadikanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatanku, cahaya dari belakangku, cahaya dari mukaku, cahaya dari atasku dan cahaya dari bawahku. Ya Allah, berilah aku cahaya’ (HR. Muslim 1/530)


Comments
2 Comments

2comments:

Aliff berkata...

terima kasih kepada semua abg2 dan kakak2 yang berjaya membimbing kami di kdri

محمد حذوان بن حميدان berkata...

same2..moga kita same2 dpt sntiase muhasabah serta mmprtgktkn ktkwaan kita kpd ALLAH dr mse ke smase.. (^_^)