Sabtu, 17 Julai 2010

Kerahmatan Hukum ISLAM...

Kita sering disajikan dengan hebahan-hebahan daripada media massa berkenaan dengan masalah jenayah yang semakin meruncing di negara kita. Bukan itu sahaja, gejala sosial turut juga menerima tempiasnya. Oleh hal yang demikian apakah antara formula yang dapat dilaksanakan untuk mengurangkan serta menghapuskan masalah ini daripada terus melarat?

Penguatkuasaan undang-undang adalah antara fomula dalam menyelesaikan masalah ini.Sepertimana yang pernah diutarakan oleh ketua hakim bagi England dan Wales pada satu ketika iaitu undang-undang Islam boleh memainkan peranan dalam sistem perundangan di dua negara itu. Ketua Hakim Nicholas Phillips membuat kenyataan itu selepas ketua gereja Anglican sedunia, Ketua Biskop Canterbury, Rowan Williams, mencetus kegemparan pada bulan Februari 2008 yang lalu apabila beliau berkata Britain mungkin menerap sebahagian daripada Syariah.

Hukum jenayah Islam mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang unggul dan sempurna,antaranya ialah :

· Undang-undang Islam sahaja yang lengkap dan paling baik untuk dilaksanakan.


· Allah sendiri sebagai penggubal mutlak yang mengetahui hakikat manusia dan undang-undang yang sesuai dengan manusia.


· Undang-undang jenayah Islam sesuai untuk semua tempat dan keadaan.


· Undang-undang Islam mementingkan keadilan dan konsep sama rata tanpa mengira kedudukan,pangkat,darjat, dan bangsa.

Hukum Islam dapat memberikan cegahan pada manusia sejagat. Hal ini dapat dibuktikan dengan firman ALLAH :




“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Maidah : 38)

An-Nawawi dalam Shahih Muslim menegaskan ayat tersebut bermaksud contoh iktibar bagi orang-orang yang melihat siksaan itu untuk mereka enggan dan menjauh diri daripada melakukan pekerjaan yang keji.





gambar hiasan

Comments
5 Comments

5comments:

Tinta Al-Murabbi berkata...

ya~ stuju2..sbijik dgn apa yg diterangkan oleh seorang ustaz yg membentangkan kertas kerja Pengenalan Kpd Syariah Islamiyyah d Kazoku Training baru2 ini..hehe

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to ust ariff:

oo..same yek..ha3 (^_^)

K2r~90 berkata...

menarek!!

SheqienRoslan berkata...

gmbar tangn 2 menakotkan...

klo btol2 hukum islam dilaksanakan mesti x de org mncuri n sbgainye..

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to K2r~90 :

terima kasih.. (^_^)

to Ustazah shikin:

umat ISLAM kini takut utk mlksanakn perkara yg spttnya dlksanakn, selalu mmbuat ksmpuln awl sblm mlksnaknnya, sejarah dan sirah byk mngajr kita, belajar dan mgkaji sejarah bknlh smata2 utk cmrlang dlm peperiksaan, namun cmrlang dlm khdpn..insyaALLAH.. (^_^)