Rabu, 9 Jun 2010

Bacalah !!!



“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam.”

(Surah al-'Alaq: 1-4)


Tafsir Fi Zilalil Quran

Permulaan surah ini merupakan ayat-ayat al-Quran yang pertama yang diturunkan, mengikut kata sepakat para Ulama. Riwayat-riwayat yang menyebut ayat yang lain yang mula diturunkan itu adalah tidak dapat dipegang. Ujar al-Imam Ahmad: Kami telah diceritakan oleh ‘Abdur-Razzaq,kami telah diceritakan oleh Ma’mar- ibn az-Zuhri dan ‘Urwah dari Aisyah r.anha katanya:

Wahyu pertama yang mula diterima Rasulullah s.a.w. ialah yang benar dalam masa tidur. Baginda tidak melihat satu mimpi melainkan yang dengan jelas seperti serlahan cahaya pagi. Kemudian baginda diberi kegemaran bersemadi di tempat yang sunyi. Baginda bersemadi di Gua Hira. Di sanalah baginda beribadat beberapa malam lamanya sebelum baginda pulang kepada keluarganya dan berbekal untuk itu, kemudian beliau pulang lagi kepada Khadijah dan berbekal pula seperti itu sehingga datanglah kebenaran semasa baginda berada dalam Gua Hira. Ia didatangi malaikat Jibril yang berkata kepada baginda: “Bacalah!” Jawab baginda: “Aku tidak pandai membaca.” Dan baginda bercerita: Lalu malaikat itu datang memelukku hingga membuat aku penat, kemudian ia melepaskan aku sambil berkata: “Bacalah!” Aku menjawab “Aku tidak pandai membaca.” Lalu ia memelukku kali yang kedua sehingga membuat aku penat kemudian ia melepaskan aku sambil berkata: “Bacalah” Aku menjawab: “Aku tidak pandai membaca”…


Mari Membaca

Ramai yang masih kurang minat membaca dalam diri mereka. Mereka menganggap membaca itu satu perkara yang membosankan. Surah al-‘Alaq secara lansung memerintah dan menyarankan kita untuk mengamalkan amalan membaca. Jadi kita boleh nampak betapa pentingnya membaca dalam Islam. Apakah sebenarnya manfaat yang dapat kita peroleh daripada tabiat membaca ? Antara kelebihan dan faedah apabila membaca adalah:

1. Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu di sekeliling kita. Tapi ianya juga bergantung kepada bahan bacaan yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu berbentuk ilmiah pasti ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti berguna untuk masa sekarang ataupun masa hadapan anda.

2. Membaca adalah satu senaman minda. Anda akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh kerana anda mempunyai minda yang sihat. Jika anda menganggap yang senaman tubuh badan itu sangat penting untuk mendapat kesihatan yang sihat maka begitu la juga senaman minda ini untuk kesihatan minda anda. Dengan membaca anda akan melakukan satu proses aktif minda anda. Ini kerana anda menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.

3. Jika anda rajin membaca anda akan mempunyai kelebihan untuk fokus. Fokus adalah memberi tumpuan dengan sepenuhnya dalam apa saja perkara yang dilakukan. Kelebihan apabila anda dapat fokus adalah anda tidak akan kelam kabut jika menghadapi sebarang situasi ataupun masalah. Anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Dan sudah semestinya anda akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan tenang.

4. Membaca akan meningkatkan memori anda. Kalau anda tidak menggunakan memori, lama-lama memori anda akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan permainan yang menggunakan memori. Ini kerana membaca memerlukan ingatan lebih lanjut tentang apa yang anda baca itu. Secara tak langsung akan meningkatkan kekuatan memori anda.

5. Meningkatkan disiplin dalam diri adalah sukar bagi sesetengah orang. Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalu membaca anda telah membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari ? anda ada buat ke ? sangat sedikit yang melakukannya. Itulah sebabnya apabila anda menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.

6. Apabila anda rajin membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran. Anda seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.

7. Adakah anda selalu merasa bosan? biasanya anda akan cepat untuk merasa bosan kerana anda tiada aktiviti untuk dilakukan. Tahukah anda membaca akan mengurangkan rasa bosan? Jika anda merasa bosan cuba cari bahan untuk dibaca tak kira la dari mana pun sumbernya. Mungkin apabila anda membaca sesuatu itu anda akan terjumpa sesuatu yang anda minat, maka anda akan merasa kurang rasa bosan dan seterusnya menghentikan rasa bosan anda itu.

8. Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan. Jika anda selalu merasa tertekan ataupun banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda membaca mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda membaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan dalam diri anda itu. Maka dapat dilihat yang membaca dapat membantu anda dari keluar tekanan dan stres.

9. Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda. Pada mulanya memang susah untuk anda mendapat skil membaca tapi lama kelamaan anda akan menemui skil dan rentak membaca itu. Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan anda untuk membaca kerana anda sudah menemui skill dan rentak anda sendiri. Dengan skill dan rentak inilah anda tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus membaca.

10. Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik. Ini kerana dengan dengan banyak pengetahuan yang diperolehi dari banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa yang anda tahu dan mengelakkan dari berdiam diri saja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akan merasa seronok untuk menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang anda tahu.

Suria KLCC

Sewaktu bersiar-siar bersama Ust Ariffudin dan Ust Salman, kami sempat melawat sebuah kedai buku yang sangat besar di Suria KLCC. Kedai buku 2 tingkat yang diberi nama Kinokuniya menempatkan pelbagai jenis buku yang melibatkan tiga bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, English dan Chinese. Sebelum ke kedai ini, Alhamdulillah atas kesedaran untuk menambah minat dan berlumba-lumba untuk membaca kami sempat melawat beberapa kedai buku utama di kawasan Masjid India,KL. Terasa sangat puas dan menyeronokkan. Walaupun tidak dapat membeli semua buku yang ada, namun kesempatan dapat meluangkan masa ke gedung-gedung ilmu ini banyak membuka dan menambah pencernaan minda kami..he3






kedai 2 tingkat yang tersergam



salah satu sudut Agama di kedai tersebut

Ust Salman tidak melepaskan peluang untuk mencari dan mendapatkan buku-buku kegemarannya

sewaktu saya dan Ust Ariff melihat buku-buku yang telah berjaya diterbitkan oleh Ust Hasrizal (saifulislam.com) iaitu sebanyak 5 buah buku


Comments
10 Comments

10comments:

Asiah Wahid berkata...

salam,
nice entry...perkongsian yang bermanfaat..

membaca amalan yang mulia...

sekadar renungan...

antara ramai manusia di dunia ini, ada segelintir yang membaca, antara ramai-ramai itu hanya segelintir yang mengamalkan, dan antara yang mengamalkan itu hanya sedikit terkesan di hati ...

semoga kite tergolong dalam golongan yang membaca, beramal dan terkesan di hati...(~_^)

Tanpa Nama berkata...

betul tu.. perkongsian yg menarik mengenai membaca nie..

membaca mmg amalan yg mulia..
namun pemilihan buku perlu dikaji semula agar tidak salah maklmt yg kita baca..

dan setiap apa yg kita bca perlu dirujuk kerana apabila kita hanya membaca tanpa kita sedari ada guru yg ketiga iaitu syaitan.. jadi setiap permaslahatan yg ada perlu dirujuk kepada yg lebih alim agar tidak salah dan jgn buat teori sendiri lbih2 lgi yg berkaitan ilmu agama.. sekadar pesanan untuk diri ana..

mengenai penulis buku pula.. perlu diteliti mengenai siapa penulis itu.. agar kita dapt membzakan isinya tkut berkaitan pemikiran dgn wahabi, syiah, atau pemikiran yg salah seperti liberal contohnya..
bukan x bgi baca cuma perlu diteliti sahja.. kita boleh ambil ilmu tersebut tpi perlu diteliti terlebih dahulu..

sekadar perkongsian sebb ana pernah mengalami benda yg sma ketika membeli buku dan membacanya...

syukran.
~bersama bekerja untuk Islam~

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to asiah :

semoga kite tergolong dalam golongan yang membaca, beramal dan terkesan di hati.. amin,syukran

to bintun assidq :

betul tu, kte x blh mmbace mmbuta tuli, stiap pmbcaan kte prlu dkaji,dperbncgkn serta dperbahas isinya serta ltar blakg pngarangnya, insyaALLAH mutiara ilmu itu akn dpt diserap ke dlm dri serta dpt diamalkn dgn pnuh ykin.. syukran..(^_^)

gooseberries berkata...

salam..
betul2 penuh dengan pengisian yg baik. hurmm sy pon setuju membaca membuat otak kita sentiasa berfikir. dengan membaca sekurang2nya kita dpt melakukan satu aktiviti yg lebih berfaedah =)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to gooseberries :

wsslm..trime ksh ats komen anda.. (^€_^)

انا الفقير berkata...

banyak abe We beli buku....
bleh r kongsi2 di maktab sem depan
heheee...

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to ust sede :

x byk sgt, adela ckt2..keh2
blhla nk share.. (^_^)

ini kisahku... berkata...

wan,mcm biasa,akk ek?
nnt akk bt analisis mcm bku aritu hhehe insyAllah....=)

Tinta Al-Murabbi berkata...

salam~ akhi!! GAMBAR ana msuk BLOG nta..YB Kajang~ Bangga woo~

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to kak yuz:

mcm bese??ha3

to ust ariff:

bkn sng gmbr nk msuk ni,liputn hangat..he3