Jumaat, 18 Jun 2010

Anugerah Terindah...




Ukhuwah Bertaut Kembali

Cuti semester penuh bermakna apabila di dalamnya diisi dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan dapat mengeratkan hubungan. Alhamdulillah cuti semester kali ini saya dapat banyak luangkan masa bersama keluarga. Dapat bersama-sama balik kampung di Johor, menghadiri walimah sepupu di Pahang, hinggalah dapat bermalam dan melawat salah satu pusat peranginan terkenal di Pahang iaitu Bukit Tinggi., he3 (^_^)

Semasa pergi ke Pahang, kami sekeluarga sempat menziarahi dan bermalam di rumah atok saudara sebelah ayah di Bandar Jengka. Panggilan Tok Itam atau Pak Itam sudah menjadi panggilan rasmi beliau. Kebetulan pada masa itu kesemua anak-anak dan cucu-cucunya ada di rumah. Alhamdulillah, kunjungan kami yang julung-julung kali ini dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama kami yang begitu lama tidak dieratkan disebabkan masing-masing sibuk dengan urusan pekerjaan dan rumah tangga masing-masing.



Dilahirkan Fitrah

Pada masa itu, sempat bermain dengan 3 orang cucu Tok Itam. Salah seorangnya bernama Hafiy. Seronok bermain dengan mereka walaupun mereka hanya mampu terbaring dan ketawa kecil.. Inilah anugerah terindah, semoga mereka digolongkan dalam golongan anak-anak yang soleh dan solehah.amin (^_^)


name saya Hafiy..he3




Hadith Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.. (Sahih Muslim : 4803)






"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (ar-Rum ,ayat 30)



*Fitrah Allah: maksudnya ciptaan Allah. Manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama iaitu agama tauhid. Kalau ada manusia tidak beragama tauhid, maka perkara itu tidak wajar. Mereka tidak beragama tauhid itu hanyalah lantaran pengaruh persekitaran.


........................................................ (^_^) ..............................................

ANAK SOLEH

Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Aeman

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim



Comments
4 Comments

4comments:

...wardahdiana... berkata...

salam..

anugerah terindah??
ade tak anugerah yg tak indah?..
nmpknye,hidup pade melengkapi da jd trademark baru bos..
bgus2..
pengisian yg mantap..

محمد حذوان بن حميدان berkata...

wsslm..

byk je anugerah x terindah..ape2pun smua tu adelah ats dsar pmrhatian dan perspektif sseorg, jke sseorg slalu mngatakn stiap kjadian dan pristiwa adlh buruk, mka bruklah ia..begitu juga sebaliknya.. (^_^)

...wardahdiana... berkata...

hurmm...
indah ke,tak indah ke..
tetap anugerah..
btul dh kte penulis tu,
sumenya bergantung pd pndgan seseorng tentang anugerah yang diperolehinya...

1001 manusia pst mmberikan 1001 pendpt yg berbeza berkenaan sesuatu peristiwa..
n takde satu pun pndpat mrk yg salah krn masing2 memberi pndpt berdasarkan penglaman dan kerasionalan yg mereka fikirkan betul...

jadi..
gitulah..
sme ade pndngn positif or ngatif,kte kne terime la dgn seadanya..
krn :
len manusia len kehidupan..
len individu len pengalaman..
dan..
carilah titik persamaan untuk kebaikan bersame..

wallahua'lam..

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to wardah:

aiwah.btl tu.. (^_^)