Ahad, 23 Mei 2010

aNd@ Mampu mEngubahnya..






Cantik tak kapal ni?hmm.. kalau nak tahu kapal ini saya sempat reka sementara menunggu masa peperiksaan tamat semasa UAK TITAS yang sudah lepas..he3


Apa yang saya nak perkatakan bukanlah cantik atau kemasnya sesuatu rekaan itu, namun sejauh manakah niat yang ikhlas serta kesungguhan si pembuatnya. Selalunya sesuatu rekaan itu menjadi hebat apabila si pencipta memberikan tumpuan sepenuhnya kepada rekaannya itu.


Manusia adalah makhluk yang telah dicipta dengan kehebatan dan kesempurnaan. Siapakah PENCIPTA makhluk ini? Sudah pasti PENCIPTA itu adalah yang terhebat melebihi segala sesuatu.



“Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”

(At Tiin : 4)



NIAT IKHLAS + USAHA = HASIL TERBAIK


Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang.

Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya tersebut.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan juga memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.


PENGAJARAN

Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

Kata-kata hikmat:


"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."


Comments
5 Comments

5comments:

Tinta Al-Murabbi berkata...

salam~

ya...anda mampu mengubahnya!hehe

ust hazwan..ambe nk tnya skit nih..

bagaimana menyalurkan sebuah kesungguhan itu dgn niat semata-mata kerana Allah s.w.t??

yelah..manusia ni..kalau HASIL tu NAMPAK barulah dia semangat nk buat..tp kalau hasil tu TAK NAMPAK spt ALLAH s.w.t @ PAHALA, susah sgt nk ikhlasnya..cmne ye??mntk petunjuk ust skit buat cerah mata hati ambe yg gelap nih (^_^)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

wssalm..

he3..rasenye yg bertanye lbh mngetahui jwpnnye drpd yg ditanya,takpelah ana akn jwb rgks2 jelah.. (^_^)

hmm..sudah tentu prmulaan ssuatu pkrjaan trmasuk ibadah akn brmula dgn niat yg tidak membulat, sbb itulah kaedah mngajr knak2 utk mlakukn ibdh antre lain mmbri dan mnwawrkan duit,coklat dan habuan2 yg mnarik utk mnrik mnt mreka.Namun lama kelamaan niat dan mtlmt dlm mlakukn ssuatu ibdh itu akn brtukar sesuai dgn pngktn umur dan pngktn pngetahuan..

konsep pahala@gnjaran yg x dpt dlhat prlu diyakini oleh stiap org mahu tidak mahu menerusi pmhaman kpd agame, prlu blajr dan mndalami sokmo ilmu agame ni, barulah 'ikhlas' itu akn trbit,hasilnya :

TAHU + MAHU = MAMPU

wallaua'lam..

~Dr.CiNta~ berkata...

aik, sempat lagi erk buat kapal mase exm~ hee =)

all da best exm =)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to Dr Cinta :

alhamdulillah, mse UAK smpat sgt nk wat kje2 part time ni, utk exm 4 paper utame ni,stiap saat amt2 brhrge..he3

semoga kte sme2 mndpt pncpaian yg trbaek..amin

Ahmad Mustaqim Mohamed berkata...

kawe penah dgr cite ttg pembuat kapal...lebey kurg je ngn cite si tukang rumah ni
hehehehhehee....