Jumaat, 19 Mac 2010

Ketika Jiwaku Bertasbih...




Seseorang dapat mendekatkan dirinya kepada ALLAH menerusi solat.Antara solat sunat yang amat digalakkan ialah yang dilakukan pada sepertiga malam. ALLAH SWT berfirman dalam surah a-Israa’,ayat 79:









“Dan bangunlah sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya sebagai tambahan bagimu,semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat ditempat terpuji.”


Dalam ayat itu ALLAH memerintahkan Rasulullah SAW melaksanakan solat malam atau qiamullail,namun ramai memandang remeh perintah berkenaan. Meskipun sifatnya ini khusus untuk Rasulullah SAW ,ia adalah amalan sunat buat umatnya memandangkan kita dianjurkan mencontohi keperibadian baginda.


Maksud qiamullail ialah mendirikan (qiam) malam (lail) atau bahasa mudah,menghidupkan malam dengan mendekatkan diri kepada ALLAH. Selain itu, terdapat beberapa solat malam seperti solat sunat istikharah,tahajud,taubat ,tasbih dan sebagainya.


Selain melakukan solat sunat,kita digalakkan membaca al-Quran,berdoa, berzikir dan beristighfar untuk memohon keampunan dan rahmat daripada ALLAH. Membaca al-Quran juga adalah satu ibadah yang diberi ganjaran sangat besar kerana setiap huruf yang dibaca akan digandakan 10 pahala kebajikan.Sabda Rasulullah SAW:


“Bacalah olehmu al-Quran kerana pada akhirat ia akan memberikan syafaat kepada pengamalnya.” (HR Muslim)








Setiap surah di dalam al-Quran mempunyai fadhilatnya yang tersendiri. Antara surah yang dinyatakan baik untuk diamalkan ialah surah Yaasin kerana ia ibarat jantung al-Quran,al –A’la (surah yang sangat digemari Rasulullah SAW),al-Fatihah (pokok atau ibu al-Quran),al-Kahfi(tempat naungan pada hari akhirat),as-Sajadah(digemari Rasulullah SAW),al-Mulk(memberi syafaat di akhirat ),an-Nas dan al-Falaq(memberi pelindungan pada hari akhirat).


Ada beberapa ayat dalam al-Quran mengesahkan betapa besar keutamaan solat malam itu. ALLAH menjelaskan ,mereka yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan layak menerima kebajikan sebagaimana firmanNya :




“Hai orang yang berselimut(Muhammad),bangunlah(untuk bersembahyang)pada malam hari kecuali sedikit(daripadanya),iaitu seperduanya itu sedikit,atau lebih daripada seperdua itu sedikit.Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.”(Surah al-Muzammil : 1-4)


Saidatina Aisyah ada meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersembahyang sehingga bengkak kedua-dua kakinya,maka aku (Aisyah)berkata kepada baginda: “mengapa Rasulullah lakukan semua itu ,bukankah dosa tuan diampunkan oleh ALLAH sama ada terdahulu atau yang terkemudian?” Baginda menjawab: “salahkah aku menjadi hamba NYA yang bersyukur?"



Comments
3 Comments

3comments:

Soul Ihya' Yakuza berkata...

salam...urm..tertarik la dengan entri kali ni..tapi macam roh penulisan tu dah habis disedut keluar...

bro..menulis guna bahasa akal berbeza dengan menulis guna bahasa hati...xtaula kenapa rasa macam kering jerk...

apepun entri kali ni ringkas dan padat...idea dan mesej y nk disampaikan simple je....

Soul Ihya' Yakuza berkata...

nasihat y mengalir dari hati..akan masuk menusuk hati juga..nasihat y berlegar di bibir mulut apatah lagi di hujung hari dan "klik" mause memang kdgkala sukar nak dicerna...mmm..ntahla..maybe hati semakin keras kot...

allahumma layyin qalbi wa nawwir qalbi binuri hidayatik

محمد حذوان بن حميدان berkata...

syukran ust zaki ats kmen yg mmbna ini.. (^_^)