Selasa, 16 Mac 2010

DAHULUkan yang penting, UTAMAkan yang paling penting…



Kalau dulu, kita biasa dengar dan tahu gadis yang mencecah usia 20 tahun tapi masih belum bertemu jodoh pasti akan diburu resah serta gundah gulana. Maklumlah pada zaman itu, usia 20 tahun sudah dikira terlewat. Sebabnya amalan ketika itu, anak gadis biasa dikahwinkan seawal usia 15 tahun lagi, malah kemungkinan lebih awal lagi. Pada usia 20 tahun ni, wanita-wanita dulu dah dikurniakan mungkin tiga atau empat cahaya mata.


Ketika itu masyarakat masih lagi melihat wanita yang berpelajaran tinggi sebagai satu ‘taboo’. Jika wanita dilihat lebih pandai daripada lelaki, maka secara automatik markahnya untuk mendapat jodoh awal dipotong. Mana ada lelaki mahu berkahwin dengan wanita yang lebih pandai daripada mereka.


Tapi itu dulu, sekarang ramai wanita yang lebih Berjaya berbanding lelaki. Boleh dikatakan wanita kini semakin sama taraf. Tidak timbul diskriminasi terhadap wanita dalam banyak perkara. Lihat sahaja di universiti dan di sektor perkhidmatan awam, siapa yang lebih ramai. Ramai wanita diberi kepercayaan memegang jawatan-jawatan penting di pelbagai peringkat. Namun dek kerana kejayaan ini timbul pula masalah baru bagi kaum wanita.


Apabila wanita semakin pandai dan sibuk dengan kerjaya maka mereka mula memandang remeh tentang soal perkahwinan.. Mungkin ada yang berpendapat, pada zaman moden ini kerjaya lebih penting. Selain itu, pandangan yang lebih ekstrem lagi ada yang mahu enjoy puas-puas, kahwin belakang cerita.Sedar atau tidak sedar negara kini mungkin akan berkurangan jumlah penduduknya. Laporan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), jelas menunjukkan kadar kesuburan di kalangan wanita Malaysia dijangka turun mendadak pada tahun 2015 iaitu purata 2.05 kanak-kanak pada tahun 2007. Malah hasil kajian itu membuktikan kadar kesuburan pada tahun 1995 yang mencatatkan 3.4 kanak-kanak bagi seorang wanita turun kepada 2.9 pada tahun 2000 dan akhirnya 2.2 pada tahun 2007.


Apa sudah jadi? Lebih dikesalkan punca utama masalah itu adalah kerana majoriti sikap kaum wanita yang lebih mengutamakan kerjaya. Keutamaan itu menyebabkan mereka terlupa tentang tuntutan perkahwinan dan hidup berumah tangga. Apabila menjelang senja barulah mereka tersedar mereka terlepas perkara yang paling indah dan beharga dalam kehidupan.


Apa yang lebih dikesalkan terdapat segolongan wanita yang mengamalkan trend tidak mahu berkahwin atau lebih berminat kepada gaya hidup bebas tanpa sebarang ikatan. Dimanakah kesedaran mereka bahawa perkahwinan itu adalah satu tuntutan dalam Islam? Apakah mereka fikir dengan hanya kerjaya tinggi dan gaji yang melimpah ruah mampu membahagiakan mereka sehingga ke akhir hayat? Tidakkah mereka mahu mendengar tangisan dan rengekan bayi sebagai pengubat rindu setelah penat lelah bekerja?


Itulah orang tua-tua selalu berpesan, beringat sebelum terkena. Nah, kerana terlalu leka mengejar pangkat dan wang ringgit akhirnya mereka menggadai satu keperluan bagi seorang wanita untuk melengkapkan episod hidup iaitu berkahwin.


Niat saya di sini bukan hendak mencari kesalahan atau menunding salah kepada kaum hawa apatah lagi cuba mengadu domba, tetapi hakikatnya jika sudah sampai masa tunaikanlah fitrah seorang manusia untuk berumah tangga. Janganlah hanya kerana kesibukan kerja dan terlalu asyik mencari wang ringgit, maka soal perkahwinan diketepikan. Namun faktor berkurangnya kaum lelaki dengan ditambah dengan ramainya bilangan lelaki yang berpusu-pusu memasuki Universiti Perubatan Serenti (UPS) di seluruh tanah air,telah menambahkan lagi kerumitan bagi wanita untuk mencari pasangan hidup mereka.


Saya sengaja membangkitkan isu ini untuk kita sama-sama renungkan bukan sahaja buat kaum hawa, tetapi juga kaum adam yang sepatutnya menjadi pemimpin dan tonggak sesebuah rumah tangga bagi mengetuai sebuah bahtera kehidupan yang penuh berliku dan berduri dengan ditambah mehnah serta tribulasi. Ingatlah! kehidupan berumah tangga tidak semudah di sangka. Namun, keperitan itulah kemanisan, kegagalan itulah kunci kepada sebuah kejayaan...


Renungan buat kita semua, "Sedarlah kita hidup hanyalah sementara, harta dan wang ringgit bukanlah pengukur kejayaan dalam hidup, yang penting kebahagiaan dan keberkatan hidup disamping mereka yang tersayang.. " (^_^)








Comments
8 Comments

8comments:

: :cik dyana bahri: : berkata...

salam ziarah.

Hidup untuk memberi.(solusi isu 14)

Betullah tu, memang kehidupan rumah tangga xseindah yang disangka.
Perlu kematangan dalam diri.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

betul tu..namun, kepahitan hidup berumah tangga bukanlah mnjadi hujah utk trus hdp mmbujang.. (^_^)

khadra' fil islam_91 berkata...

(FIP)
First...
Important...
Priority...
hehe..marilah kita sma2 mengaplikasikan ape yang kita belajar dalam subjek kemahiran berfikir dalam kehidupan kita..
Dahulukan yang lebih penting dari yang terpenting...
Ikutilah sunnah2 nabi dan diantaranya iaitu berkahwin..
untuk meramaikan ummah dan generasi Islam pada masa depan...

Tinta Al-Murabbi berkata...

Antara petanda akhir zaman ialah bertambahnya wanita, dan semakin berkurangnya lelaki. Petanda ini jelas disabdakan dlm hadis baginda.

Ana cuma ingin membawa sedikit provokasi..

Bukankah petanda ini seolah2 sbg lesen besar kpd perempuan utk terus hidup MEMBUJANG? Yelah..kalau dah perempuan makin ramai, laki pula makin kurang..scr logiknya..mmg la rmi pompuan yg akan membujang kan??Jdnya..seruan kita utk galakkan wanita berkahwin sedikit bertentangan bukan dgn hadis baginda itu??

ha..jwp wan..jawap! =)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

utk mnjawap persoaln ust arif:

wah..amt mncabar ye provokasi ust..he3
sbnrnye dlm quran dan sunnah byk mngajr kte, d dlm itulah kdg2 kte sgkekn rcun utk kte, ttapi d dlm ituu jgelah pnawr buat kte, brbalik kpd prsoaln ust, dlm quran sdh jls mnyatakan bhawe llki bkn sje blh brkhwn seorg, ttapi jge mlebihi seorg asalkn x lbih dri 4..dlm erti kate lain kite sbut sbagai POLIGAMI, dlm mnyelesaikn kemelut yg mlnde ini sprtimne yg ust nyatakn itu, inilh antre method yg blh diambil utk mngurangkn lambakan golongan hawa yg masih blum bersuami sama ada mgkin msih x jmpe, x mahu mncri, buat2 x thu, x smpat cri, x smpt pkr dll alasn yg biase diutarakn.,adkh sudah trjwb prsoaln itu ya ust?? (^_^)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

terime kasih kpd ustzh dyana dan ustazah saadah kerane sudi mlwt dan mmbrikan respon.. (^_^)

asiah berkata...

salam ziarah kembali...
jodoh dan pertemuan itu ketentuan Ilahi... tetapi yang penting...
sesungguh solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah kepada Tuhan sekelian alam..... wslm...

nak tanya sedikit ape maksud 'taboo'~...syukran jazillan...

محمد حذوان بن حميدان berkata...

kpd asiah :

Istilah ini berasal daripada Bahasa Tonga, dan muncul dalam banyak budaya Polynesia. Dalam budaya-budaya, sebuah tabu (taboo) (atau Tapu atau Kapu) sering mempunyai persatuan keagamaan tertentu. Ketika suatu aktiviti ataupun kebiasaan adalah taboo, dilarang dan larangan-larangan tentang hal itu diterapkan, seperti tanah berasingan sebagai tempat perlindungan bagi para penjenayah. Beberapa kegiatan atau kebiasaan taboo dilarang mengikut undang-undang dan pencabulan boleh mengakibatkan hukuman berat. Taboo lain mengakibatkan malu,dan kekasaran. Walaupun pengkritik atau pembangkang boleh menentang taboo ini, namun mereka akn dimasukkan ke dalam tempat tertentu untuk mengelakkan rasa tidak hormat kepada pihak tertentu, baik hukum, moral atau keagamaan.