Rabu, 23 September 2009
c-i-n-t-a
sepupu ana yang cute..he3
CINTA merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Cinta ada kaitan langsung dengan kasih sayang, rindu, suka, gembira, sejahtera dan bahagia.Perasaan cinta merupakan sifat semula jadi anugerah Allah. Cinta lahir dalam pelbagai jenis seperti cinta Allah, cinta Rasul, cinta diri, cinta keluarga, cinta suami atau isteri, cinta ibu bapa, cinta anak, cinta sahabat handai dan cinta harta.
Begitu banyak takrifan dan ungkapan berkenaan perkataan CINTA, antaranya:
Cintakan Allah adalah cinta yang tidak pernah luntur dan abadi. Cinta selainnya adalah Cinta yang luntur dan berakhir.
Islam adalah agama yang syumul. Hendaklah kita bangunkan kesyumulannya.
Kesyumulannya di dalam diri tidak samadengan kesyumulan di dalam rumahtangga dan tidak sama kesyumulan di dalam jemaah. Kesyumulan di dalam jemaah tidak sama dengan kesyumulan di dalam negara.
Natijah orang yang berfikir itu ialah merasa kebesaran Tuhan dan terus tunduk pada perintah Allah.
Tanda kita mementingkan diri sendiri
ialah tidak berniat membela fakir miskin
dan orang yang teraniaya.
Alim lisan pandai bercakap, tidak berbakti,
alim hati kurang bercakap, banyak berbakti,
alim lisan dan hati, bercakap dan beramal
sama selari.
Sebenarnya post kali ini bukanlah ana nak bincangkan berkenaan erti CINTA ini,namun lebih kepada suasana dan erti sebuah hari raya yang di dalamya penuh dengan berjuta CINTA…
Sepertimana yang kita tahu, puasa sebulan yang kita tempuh sudah cukup untuk membentuk peribadi seorang muslim yang CINTAkan kepada penghayatan agama dalam kehidupan seharian..Di dalam al-quran telah lama terpahat di dalamnya berkenaan ayat yang membicarakan soal hubungan kita dengan ALLAH, juga hubungan kita sesama makhluk.Kedua-dua hubungan ini amat penting dan perlu sentiasa kita jaga dalam kehidupan seharian.
Sudah tentu 1 Syawal digunakan oleh setiap daripada kita untuk merapatkan hubungan yang selama ini renggang.Pada masa itu CINTA itu akan turut serta lahir daripada rasa kasih yang tidak terhingga di dalam diri setiap insan.CINTA mungkin akan hilang,namun rasa tanggungjawab itulah yang sentiasa mengecas CINTA itu...
" Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa kasih sayang sesama insan. "
Sebenarnya, cinta ada kaitan dengan keimanan dan ketaqwaan. Rasulullah bersabda dengan bermaksud: “Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka” – (Muttafakun 'alaih)
3 Comments
3comments:
- ini kisahku... berkata...
-
alhamdulillah kite dpt melepasi skali lg bulan Ramadhan.cume rase xpuas kerana masih terlalu banyak perkara masih tidak berjaya di'madrasah'kan di dalam dri huhu..cume dalam menyambut hari rye paling nmpak konsep cInTa terutama sesama keluarga dan saudara.Alhamdulillah seronok sgt3 =)
- 25 September 2009 pada 12:55 PTG
- محمد حذوان بن حميدان berkata...
-
btl 2..
dlm ksibukn seharian bkrja&menguruskan pkrjaan harian,begitu sukar hndk mluangkan msa bsme kluarga trcnte..
alhamdulillah..hri rya dpt mnyatukan kte smue.. =) - 25 September 2009 pada 2:31 PTG
- Chaks.... berkata...
-
ya btol.. tpi cinta kpd assignment xleh jgak utk ditolak smasa hari raya..yang bleh tu xpe ler...
- 2 Oktober 2009 pada 6:46 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)