Jumaat, 12 Disember 2008

Renungan Daripada Musibah..


MUSIBAH YANG BERLAKU : tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Penduduk di lima kawasan telah diarah mengosongkan rumah mereka segera atas faktor keselamatan susulan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa awal pagi semalam.

Arahan itu dikeluarkan selepas operasi mencari dan menyelamat diteruskan lebih 40 jam.

Empat kawasan terbabit ialah:

- Keseluruhan blok kondominium Impian Selatan
- Jalan 6A Taman Bukit Jaya
- Keseluruhan Taman Bukit Mewah
- Keseluruhan Jalan 9, Taman Wangsa Ukay
- Jalan 11 Taman Wangsa Ukay

RESPON SELEPAS MUSIBAH :

Selepas tragedi Highland Towers, salah satu cadangan yang dikeluarkan Kabinet ialah mengkaji semula jadual kerja dan kerosakan di bawah peraturan pemaju perumahan. Konsepnya mudah, selepas selesai laporan EIA dan sebagainya baru pemaju boleh melakukan pembangunan kontur. Ia mesti memastikan rumah-rumah didirikan di cerun-cerun selamat, bukan memotong bukit-bukit yang ada. Ia mesti membuat reka bentuk mengikut kawasan, bukan dengan memotong bukit untuk menyesuaikan kawasan dengan reka bentuknya.

Ape yang kita lihat, masyarakat sudah pasti akan mengaitkan trajedi atau musibah ini dari sudut atau faktor luaran sahaja, seperti dari aspek geologi.Tetapi kadang-kadang terlupa bahawa kejadian ini berkait rapat dengan firman Allah S.W.T di dalam Surah Ar-Rom ayat ke 41;

ظهر الفساد فى البر والبحر بما كسبت أيدى الناس ليذيقهم بعض الذى عملوا لعلهم يرجعون

Maksudnya:Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan kerana perbuatan tangan manusia,supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka,agar mereka kembali(ke jalan yang benar)

Wahai sidang pembaca sekalian..,hayatilah firman ALLAH ini dan muhasabahlah diri kita setiap detik waktu yang ALLAH pinjamkan kepada kita , sejauh manakah tugas kita sebagai hambanya sudah kita jalankan dengan sempurna ??

Baginda Umar Al-Faruq ade menyebut, "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbangilah (amalan kamu) sebelum kamu ditimbang dan bersedialah untuk hari pengadilan yang Maha Besar."
Comments
1 Comments

1 comments:

Ummu Mukhlis berkata...

salam ziarah kembali..

ana pernah terlibat dlm misi menyelamat mgsa tanah runtuh ni. Kawasan yg terletak tak jauh dr kediaman ana..

memang sedih dgn sambutan yg diterima sebenarnya.Sehingga terdetik perasaan..'patutlah...'

nauzubillah.. Allah lebih mengetahui!Ya Allah..Maafkan hambaMu yg hina ini andai su'u dzhon..