Isnin, 1 Disember 2008

Dr Asri Dijemput Menyertai PAS??


Ana tertarik pada satu berita di laman web www.harakahdaily.net(1 Dis),iaitu berkenaan jemputan Timbalan DPPP, Ustaz Nasharuddin At-Tantawi kepada Dr.Asri untuk menyertai PAS.Hal ini merupakan satu berita yang bukan sahaja menguntungkan parti ISLAM ini,malah menguntungkan semua rakyat Malaysia.Hal ini kerana,bagi ana PAS sudah lama memperjuangkan gerakan ISLAM di Malaysia dan sudah berapa ramai cendekiawan-cendekiawan yang menyetainya bukan sahaja dalam bidang agama,malah dalam bidang-bidang profesional yang lain.Jika jemputan ini disambut baik oleh Dr.Asri,pertambahan kepakaran di dalam PAS akan meningkat dan gerakan kerja secara tidak lansung akan turut meningkat.

Jemputan ini diutarakan kepada Dr.Asri bagi memudahkan beliau melaksanakan misi dan visi menyebarluaskan ajaran Islam kepada masyarakat. Harapan itu dinyatakan oleh Timbalan DPPP, Ustaz Nasharuddin At-Tantawi ekoran berakhirnya jawatan Mufti pada 30 November lalu yang diamanahkan kepada Dr Asri selama dua tahun. Menurut Ustaz Nasharuddin At-Tantawi dalam ucapannya, "Kenapa Dr Asri tidak mencuba satu peluang bersama gerakan Islam (PAS) untuk memperjuangkan Islam. Mudah-mudahan beliau lebih berpeluang untuk melaksanakan misi dan visi membawa Islam kepada masyarakat,".

Ape yang ana harapkan semoga ALLAH memberikan jalan dan kemudahan kepada PAS untuk terus meningkat dan dapat melaksanakan segala misi dan visi yang tidak lain hanyalah untuk menegakkan ISLAM agar tertegak semula di bumi yang sementara ini..insyaALLAH..

GAMBAR : Ustaz Nasharuddin At-Tantawi
Comments
0 Comments

0comments: