Oleh : Muhamad Hazwan Bin Hamidan
Salam mahabbah buat
semua pembaca. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mnegucapkan selamat
bercuti buat semua pelajar2 sekolah juga kepada siswa guru IPG seluruh Malaysia.
Moga cuti kita beroleh manfaat buat diri, keluarga dan masyarakat.. insyaAllah.
Alhamdulillah kerana
masih diberikan serta dipinjamkan masa untuk menulis sedikit peringatan buat
diri di ruangan sepi blog ini. Moga diri ini serta para pembaca dapat beroleh
petunjuk dariNya, ameen.
Sakaratul
Maut : Satu Muqaddimah Awal
"Maka apabila telah tiba waktu ajal
mereka, tidaklah mereka itu dapat mengundurkannya barang sesaat dan tidak kuasa
pula mendahuluinya."
(Surah an-Nahl: 61)
Diberikan ruang
serta peluang oleh Allah kepada diri untuk mendengar kuliah maghrib di Surau
al-Muhajirin, Taman Kajang Utama pada suatu malam. Suatu kuliah yang telah disampaikan
oleh Ustaz Khairul sangat-sangat dapat membuka minda serta mata hati pendengar
yang mendengarnya dengan pendengaran yang tulen.
Hakikatnya tidak
semestinya telinga yang dipinjamkan oleh Allah itu digunakan sepenuhnya untuk ‘mendengar’.
Sekiranya cara dan penghayatan mendengar itu adalah sama bagi setiap manusia,
nescaya pastinya seluruh umat manusia akan berpusu-pusu untuk beriman dengan
agama ketauhidan yang satu setelah mendegar seruan dari nas2 ayat-ayat AQ dan
al-hadith.
Antara perkongsian
penting yang telah diberikan oleh al-fadhil ustaz pada malam tersebut yang
sempat saya catat dan ingat akan cuba saya kongsikan dalam ruangan post kali
ini, insyaAllah.
1. Perjalanan hidup di dunia hanya sebentar
sahaja
2. Kata kunci bagi sebuah kehidupan ialah
SABAR
3. 3 kelebihan serta ciri-ciri manusia yang ingat
kepada kematian :
-
Kita akan segera BERTAUBAT kepada Allah
manakala kiranya kesalahan itu dilakukan kepada manusia kita akan cepat2
memohon kemaafan
-
Dimuliakan dengan hati yang bersifat QANAAH (berasa
cukup dan bersyukur dengan apa yang telah ada sekarang)
-
Diberikan rasa RAJIN untuk beribadah
4. Kata-kata Abu Darda’ ,
“ 3 perkara membuatkan aku ketawa (1) Melihat manusia yang
bersungguh-sungguh mengejar dunia yang pada masa yang sama TIDAK SEDAR maut
sedang mengikutinya. (2) Melihat manusia yang lalai namun TIDAK SEDAR Allah
sentiasa melihatnya. (3) Manusia yang KETAWA terbahak-bahak namun pada masa yang
sama tidak mengetahui sama ada Allah meredhainya atau tidak.
Manakala,
3 perkara membuatkan aku
menangis (1) Saat berpisah dengan kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW. (2) Apabila
teringat akan kesakitan sakaratul maut. (3) Ketika mengingati suatu hari di
mana tidak ada rahsia padanya (hari qiamat)”
Kesimpulan
Sebelum Ustaz mengakhiri kuliahnya, beliau membawa satu kisah untuk
renungan bersama. Renungkanlah bersama kisah seorang alim iaitu Ibn Qayyim al-Jauzi
:
Ibn Qayyim seorang ilmuan yang hebat serta mempunyai ramai pengikut
yang mengikuti kuliah-kuliahnya. Suatu hari selepas beliau mengajar, beliau dilihat
oleh seorang anak muridnya dalam keadaan menangis seraya anak muridnya bertanya
kepadanya “ mengapa kamu menangis sedangkan ketika kamu mengajar tadi kamu
dalam keadaan yang baik?” , jawab Ibn Qayyim “ aku MALU dan TAKUT di
akhirat nanti segala keburukan dan keaiban aku dipaparkan kepada seluruh
manusia seumpama ramainya manusia yang hadir ke dalam kuliah ku dalam keadaan
mereka HANYA melihat dan mengetahui kebaikan ku sahaja..”