Jumaat, 10 Jun 2011

Saya akan berkahwin...

Assalamualaikum dan salam mahabbah buat sahabat semua. Moga kita sentiasa dirahmati Allah,amin

“saya akan berkahwin..”

Begitulah antara kata-kata sahabat-sahabat senior IPG sebelum bermulanya cuti semester kami. Jemputan demi jemputan walimatul ‘urus saya terima daripada mereka. Apabila dihitung sekurang-kurangnya terdapat 5 jemputan daripada senior yang sudah berposting, juga daripada senior yang akan menamatkan pengajian mereka hujung tahun ini.

Maaf dipinta kerana saya tidak mampu menghadiri kesemua jemputan tersebut. Namun tidak lupa untuk saya mendoakan baarakallahulakuma wa jama’a bainakuma fi khair.. buat antum semua. Laksanakanlah tanggungjawab dalam rumah tangga dengan penuh keikhlasan serta mengharapkan rahmat dari Allah yang tidak pernah putus. Moga jodoh berpanjangan dalam rahmat Allah di dunia dan akhirat..amin (^_^)

Adakah wajar dan penting untuk kita memikirkan soal perkahwinan atau berkahwin awal walhal masyarakat selalu memperkatakan masih terlalu muda dan dari segi TEORI nya sepatutnya tidak perlu lagi berfikir? Hakikatnya tuntutan nafsu yang telah diciptakan oelh Allah untuk semua manusia sesekali tidak akan sama. Tidak perlu untuk dihairankan dengan bukti keadilan Allah ini.

BAITUL MUSLIM BUKAN SEBUAH RETORIK

Berkahwin serta hidup berkeluarga merupakan fitrah yang dikurniakan oleh Allah semenjak zaman Nabi Adam yang menjadikan manusia dan semua makhluk berpasang pasangan.Perkahwinan juga merupakan suatu rahmat serta salah satu daripada tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah di mana dengan berkahwin,seseorang itu dapat menyalurkan kehendak fitrah mereka mengikut apa yang telah diharuskan oleh syara’,seperti berkasih sayang, mengadakan hubungan kelamin serta berbincang.Sebagaimana firman Allah:



“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasang-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?” (Surah An-Nahl:72)

Dalam membentuk institusi keluarga ,Islam lebih menekankan galakan tersebut kepada mereka yang belum memiliki isteri serta golongan remaja dan belia khususnya.Hal ini kerana merekalah yang selalunya mudah terdorong ke lembah maksiat dan menghadapai lebih banyak cabaran.Saranan dan galakan tersebut terkandung dalam nas Al-Quran dan Hadith.Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang bermaksud:

“Wahai pemuda,sesiapa sahaja daripada kamu yang mempu untuk berkahwin,hendaklah berkahwin.Sesungguhnya perkahwinan itu menutup menutup pandangan dan menjaga kehormatan.Dan sesiapa diantara kamu yang tidak mampu,maka hendaklah dia berpuasa,kerana ia boleh menjadi perisai.- (HR Ibnu Mas’ud)

Firman Allah di dalam Surah ar-Rum ayat 21:


Di dalam firman Allah ini jelas dan nyata sekali akan tujuan sebuah perkahwinan iaitu :

o Membina kehidupan rumahtangga yang bahagia, aman dan damai.

o Untuk mencapai kesatuan jiwa. Mereka sanggup bersama sehidup semati dalam meredah liku-liku dan pancaroba hidup. Manakala setiap kesenangan dan kebahagiaan yang diperolehi akan sama-sama dikecapi.

o Hidup saling cinta menyintai, berkasih sayang dan percaya mempercayai.

Tiga pengajaran utama dari ayat ini telah digariskan oleh Syeikh Muhamad Ali Qutb melalui bukunya, Tuhfatul Aris wal Arus ialah :

Pengajaran pertama:

Ketenteraman jiwa dari belenggu kemahuan nafsu dalam kehidupan suami isteri merupakan perkara yang asas. Ketenteraman yang dimaksudkan di dalam ayat di atas terlalu luas pengertiannya, bukan hanya sekadar ketenteraman nafsu syahwat sahaja. Bahkan merupakan suatu kelegaan dan keselesaan dari keresahan, kegelisahan, kesunyian dan kekosongan. Atau dengan makna yang lebih tepat ialah ketenteraman rohani dan ketenangan batin.

Antara bukti yang nyata sekali ialah zuriat yang dikurniakan oleh Allah terhadap pasangan suami isteri. Ianya banyak mengisi kekosongan ruang yang sedia ada dalam jiwa pasangan ini. Malahan setiap manusia akan merasa kesunyian dan keresahan tanpa zuriat. Dengan mengendalikan perkara pertama ini dengan berpayungkan al-Quran dan as-Sunnah, kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga akan sentiasa berada di samping mereka. Sebaliknya, bercouple tidak kiralah dengan jenama ‘couple Islamic’ atau melakukan zina sama ada dengan perempuan simpanan atau pelacur tidak akan ke mana arah tujunya. Hanya sekadar mahu mendapat sedikit dari kelazatan hidup.

Pengajaran kedua:

Rasa cinta yang berbalas. Iaitu yang lahir dari perlakuan antara satu sama lain, dan lahir pula dalam kerjasama serta saling bantu membantu antara suami isteri dan antara keluarganya masing-masing. Perlu diingatkan perkahwinan bukanlah semata-mata hanya penyatuan dua jiwa, tetapi hakikatnya lebih dari itu. Ia adalah sebuah penyatuan dua keluarga yang besar. Justeru ,dengan semangat kerjasama antara suami dan isteri, begitu juga antara ibu bapa dan anak-anak di antara kedua-dua keluarga, segala kesusahan yang ditanggung dan dipikul bersama-sama , kebahagiaan akan dapat sama-sama mereka kecapinya, maka darinya akan lahirlah apa yang apa dinamakan dengan cinta berbalas. ‘the true loves..’

Pengajaran ketiga:

Rasa kasih sayang, di mana kehidupan manusia akan dirasakan terlalu pincang tanpa perasaan ini. Kasih sayang sebagai ibu, ayah, suami, isteri dan anak.

LAKSANAKANLAH WALIMAH

Syabas dan tahniah kepada sahabat yang telah diizinkan Allah untuk melaksanakan pernikahan juga dapat melaksanakan Walimah ini. Penghargaan ini bukanlah semata-mata kerana dapat melaksanakan pernikahan ini, namun hakikatnya telah berjaya mengalahkan iblis. Hakikatnya sepertimana yang dinyatakan dalam Kitab Fiqh Manhaji, hukum walimah ini hanya sekadar sunat muakkad, namun tuntutan serta hikmahnya begitu besar, masakan ia disarankan oleh Rasulullah walaupun hanya dengan seekor kambing. Walaupun begitu, dalam kitab ini juga secara terang menjelaskan hukum memenuhi jemputan walimah ini adalah wajib pada asasnya, namun bertukar kepada tidak wajib atas sebab-sebab tertentu.

Mafhum hadith :

Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah melihat bekas kekuningan pada Abdurrahman Ibn Auf. Lalu beliau bersabda: "Apa ini?". Ia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah menikahi seorang perempuan dengan mas kahwin senilai satu biji emas. Beliau bersabda: "Semoga Allah memberkatimu, laksanakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing." (Muttafaq Alaihi dari lafaz menurut Muslim).

Anas berkata: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah berdiam selama tiga malam di daerah antara Khaibar dan Madinah untuk bermalam bersama Shafiyyah (istri baru). Lalu aku mengundang kaum muslimin menghadiri walimahnya. Dalam walimah itu tak ada roti dan daging. Yang ada beliau menyuruh membentangkan tikar kulit. Lalu dihidangkan di atasnya buah kurma, susu kering, dan samin. (Muttafaq Alaihi dari lafaz menurut Bukhari).

KESIMPULAN

Hakikat sebuah perkahwinan atau Baitul Muslim sebenarnya hanya akan dapat dirasai hikmahnya setelah ianya dilaksana dan diperaktikkan. Teori tersebut hanya tinggal suatu teori dan menjadi sekadar sebuah retorik semata-mata jika tidak dipraktikkan dan hanya menjadi bahan perbincangan intelektual semata-mata dan sekadar mengisi ruang-ruang waktu kosong.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal, moga kita sama-sama dapat laksanakannya..amin (^_^)

Comments
7 Comments

7comments:

NuR QaLBi berkata...

benar,besar hikmahnya di sebalik sebuah perkahwinan.dan ia hanya dapat dirasai oleh mereka yang telah melewati gerbang tersebut. satu pencerahan yang berguna~

p/s: memang ramai yang mengambil peluang cuti sekolah utk mengadakan majlis perkahwinan. tahniah buat mereka yang telah mendirikan masjid.semoga Allah memberkati.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to nur:

aiwah.,sgt bsr hkmahnye, hkmahnye bkn skadar sbuah TEORI, nmun lbih kpd sbuah REALITI dlm khidupn beragama..mga kte smue beroleh pncerahan.. (^_^)

IMANNURBALQIS berkata...

tahniah...ulasan yang baik~
hazwan bila lagi nak walimahnya?nnt jangan jupa jemput~

FaDie berkata...

Entry yang bagus... mantap..

~ ana bukan sekadar nak batuk sahaja.. malah nak tersedak sekali dibuatnya....

~ tetiba ja nak mkan nasi minyak dari Ustaz... moga dipermudahkan segala urusan...

kebenarantersingkap berkata...

Assalamualaikum, tahniah atas perkongsian yg sangat bagus! awal atau lambatnya kahwin tu semuanya berada dalam aturan ALLAH..setiap orang berbeza2 keadaannya.InsyaAllah.
jgn lupa jemput walimah ustz nnt.

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to iman:

tq., sy lmbt lg, tggu snior2 jela yg khwin dulu.. (^_^)

to FaDie:

tq, insyaAllah..amin

to munirah:

wsslm..,tq.insyaAllah, mga sgalanya dprmudhkn utk kita dlm mgmlkn Islam..amin

SheqienRoslan berkata...

suke entry ni..byk pngjarn y bleh diambil sbg pnduan =)