Sabtu, 14 Mei 2011

Muhasabahku


Detik 10 Mei kembali menemuiku lagi, meniti hari-hari yang kadang-kadangnya suram,cerah juga penuh keceriaan sedikit sebanyak sentiasa mengajak ku berfikir. Hari lahir yang sentaisa diidamkan bagi anak-anak kecil bukanlah satu perkara yang aneh, kegembiraan mengumpulkan hadiah merupakan penyeri hidup mereka. Namun itu dahulu, kini diriku semakin menginjak dewasa. Setiap pertemuan 10 Mei memerlukan ku meningkatkan momentum pemikiran, keringat serta gerak kerja untuk menjadi lebih terbaik. Diriku dicipta dari air yang hina, dilahirkan dalam keadaan yang lemah. Tidak pernah sesaat pun aku mampu berdiri sendiri, melainkan hanya dengan keizinan Allah PENCIPTA ku. Tidak pernah sesekali aku mampu berbicara, melainkan ianya hanyalah pinjaman daripadaMu Ya Allah..aku merasa semakin lemah bila berada di hadapanMu, seolah-olah ku tak mampu memandang kehadapan. Hinanya diriku ini di hadapanMu Ya Allah. Diri yang LEMAH ini tidak pernah sesekali lari daripada dosa. Titisan air mata taubat kadang-kadang tidak mampu untuk ku tidak berpatah balik daripada dosa-dosaku kepadaMu.

AKU PERLU BERHIJRAH

Umurku semakin hampir kepada kematian. Seharusnya aku perlu sedar bahawa masaku semakin singkat. Malaikat mencabut nyawa sentiasa akan hadir buatku. Matlamat hidupku perlu ku pasak sedalam yang mungkin. Apa yang ku inginkan buat agamaku, diriku, keluargaku,sahabatku, kerjayaku serta masa depanku. Perlu ku capai serta gapai sehingga ianya terlaksa. Allah memberikan PILIHAN kepadaku untuk ku memilih, bukanlah menjadikan NASIB sebagai alasan walhal ianya tidak pernah wujud. NASIB hanya satu simbolik manusia yang suka beralasan. Hanya TAKDIR yang wujud untuk kita. Perlu ku ingat kuasa ‘pilihan’ anugerah buatku..

Aku perlu membuat pilihan, perlu mula bertindak
Allah akan pasti akan memudahkan ku
Hati akan diikat untuk nekad

Berhentilah membuat alasan.

Diri ini sendiri yang sedang di persimpangan membuat pilihan. Pilihan untuk sebuah perubahan.

Selagi hasrat berubah itu disaluti oleh kalimah 'kalau', 'semoga', 'mudah-mudahan', 'ok kot', hatta Insya Allah 'versi Melayu', semua akan gagal. Aku harus nekad seperti nekadnya Ashaab al-Kahf. Aku yang harus memulakannya. Yakin nantinya jalan kemudahan akan dikurniakan Tuhan. Yakin kedegilan diri boleh ditimbulkan semula. Yakin bahawa hidup adalah medan kita membuat pilihan.

Pilihlah untuk berubah.

Sedikit pun tidak akan disesiakan Allah.

Yakinlah.!

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehinggalah mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka itu" [Al-Ra'd 13: 11]

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tujuan wawasan
Wawasan dunia dan akhirat

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama’ warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

Umat Islam harus cemerlang
Umat Islam sentiasa boleh

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

Tajuk Nasyid : Menuju Wawasan
Artis : Unique ( Uniq/Unic )
Album : Hijrah



p/s :
-ku mohon kemaafan kepada yang mengenali diri ku atas segala kesilapan ku ..
-selamat menempuh peperiksaan akhir semester bagi semua penunutut IPG, moga segalanya dipermudahkan,amin (^_^)
Comments
10 Comments

10comments:

NuR QaLBi berkata...

sanah helwah ya akhi!
moga peningkatan usia seiring juga dengan peningkatan kecintaan kepadaNya..

juga selamat menempuh peperiksaan akhir.semoga Allah permudahkan segala urusan..

~ameen~

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to nur qalbi:

syukran ukhti..
mga sgalanya dprmudahkn.amin

Tanpa Nama berkata...

selamat hari lahir ,,moga dipermudahkan segala urusan,dipanjangkan umur,,,dimurahkan rezeki,,ditetapkan iman n menjadi anak yg soleh dan menjadi mujahidin di jalanNYA,,moga terus thabat dijalannya,,, may allah bless,,salam imtihan,,, bitaufiq wannajah

IMANNURBALQIS berkata...

❤♫❤.•*¨`*•..¸☼ ¸.•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤.♫❤♫❤♫
╔═════════ ೋღ❤ღೋ ═════════╗
ೋ ❤❤❤~~HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!~~❤❤❤ ೋ
╚═════════ ೋღ❤ღೋ ═════════╝
❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸☼…♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤❤
◕‿‿◕"

selamat hri lahir..ddokan smga sentiasa dlm rahmat&ksih-syg ALLAH sllu

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to nadiah:

terima kasih..amin~

to iman:

terima kasih juga,amin ya rabb~

Aku Islam berkata...

sanah helwah sahabat.. semoga terus istiqamah dalam memperjuang agamaNYA di IPG KDRI tercinta ini dan dibumi yang rahmat ini..

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to aku_islam:

syukran,amin~ (^_^)

Mamok™ berkata...

Selamat hari jadi.. dah besar dah kau.. hehehe..

moga bahagia selalu :)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

to abg an:

tq..he3 (^_^)

nor berkata...

selamat hari lahir,
semoga diredhai Allah dan cemerlang dunia akhirat,
ameen..