Khamis, 9 Julai 2009

Perigi mencari timba??



Pada masa kini istilah perigi mencari timba sudah menjadi satu isu yang biasa kita dengar,diperdebatkan dan diulas daripada peringkat bawahan sehingga golongan atasan dalam organisasi masyarakat.

Ana biasa dihujani tentang persoalan berkenaan isu ini, antaranya..“Hazwan, bolehke wanita meminang lelaki??tu kan macam perigi mencari timbe je..”soalan cepu emas yang telah dilontarkan oleh Fathi, yang merangkap roommate ana di IPGM kampus Dato’ Razali Ismail selama tempoh yang sudah masuk semester ke-3 ni..he3..

Namun, adakah kita faham apakah erti sebenar perigi mencari timba itu? Adakah terdapat konsep dan istilah ini pada perspektif Islam?Apa yang perlu kita fahami, apabila difikirkan menerusi pemikiran yang waras dan cerdik, sudah tentulah perigi tidak akan boleh mencari timba kerana apabila seseorang yang ingin menggunakan air di dalam perigi, sudah pastilah dia perlu mengambil dan menggunakan timba atau gayung untuk mengambil air tersebut.Oleh yang demikian istilah perigi mencari timba adalah satu istilah yang salah dan yang sepatutnya timba mencari perigi.
Wahai sahabat semua, jangan terus membuat kesimpulan lagi berkenaan isu dan istilah ini kerana ana baru sahaja menerangkan ia menurut perspektif bahasa iaitu berkenaan susunan perkataan dan kesesuaian penggunaannya .

Adakah terdapat konsep dan istilah ini pada perspektif Islam?

Sudah tentulah istilah ini tidak terdapat dalam kaca mata Islam.Tambahan lagi, ana sekeras-kerasnya tidak bersetuju penggunaan istilah ini yang mana kesannya selalu melihatkan kepada kejumudan dan kelemahan Islam pada pandangan masyarakat.
Oleh hal yang demikian, setiap persolalan dan masalah hendaklah kita sentiasa kembali kepada dua pekara asas yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah kepada kita iaitu Al-Quran dan Hadith. Sabda Rasulullah s.a.w.

“Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang teguh dengan keduanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu, Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku.”

Sirah yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith telah mengajar dan memberitakan kepada kita setiap perkara yang berlaku serta kaedah dan cara penyelesaiannya .Di dalam Islam wanita dibolehkan untuk meminang lelaki, atau dengan kata lain ingin cuba meletakkan dahulu satu batu asas dalam pembinaan sesebuah masjid (perkahwinan).Kita boleh melihat tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah untuk menjadikan Rasulullah sebagai teman hidupnya, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW.

Imam Al-Bukhari di dalam sahihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah) ; , juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sahih al-Bukhari, 7/15)

Adakah sahabat-sahabat semua sudah mengerti akan rapuhnya penggunaan istilah perigi mencari timba itu?Islam itu tidak menyiksa para penganutnya, malah di dalam Islam penuh dengan rahmat dan segala panduan dalam menempuh pahit ranjau kehidupan di dunia yang sementara ini.Namun satu perkara yang kita perlu mengambil berat berkenaan penjagaan hubungan antara lelaki dan wanita sebelum berlakunya proses pernikahan.Hal ini banyak diperbahaskan di kalangan cendekiawan-cendekiawan Islam.Ust Zaharuddin Bin Abd. Rahman dalam web nya http://www.zaharuddin.net telah merumuskan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan dijaga berkenaan perkara ini :

- Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
- Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah.
- Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
- Awas fitnah masyarakat sekeliling.
- Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
- Haram melihat kepada aurat masing-masing.
- Awas daripada bertukar gambar.
- Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
Comments
11 Comments

11comments:

Tanpa Nama berkata...

syukran ya abg long..=)
doakan umi dkurniakan papa yg soleh..(+_+)
jgn kecoh2 dhla ye..umi pcyekan abg long..=)

Bintu Isma berkata...

btul ape yg anta kte 2,tp klu nk jge pndgn masyarakat yg b'pndgn cetek mmg istilah nie ssuai..

ini kisahku... berkata...

salam wan..
sme la tjuk 2 mcm apa yg akk penah post hehe..
=)

geniusdaily berkata...

salam...
alhamdulillah kupasan yang cukup baek tuk menjawab soalan yg terpendam di benak fikiran sahabat2...
tidak salah istilah perigi mencari timba,cuma jangn sampai maruah kita tergadai n gunakan saluran yag betul untuk kita "mencari timba"...islam itu mudah dan xmenyusahkan umatnye...

"buat sahabat2 yang menghadapi masalah nie carilah orang tengah yang dipercayai(sebaiknye yg dah berkahwin) dan elakan fitnah.jgn wat keputusan terburu-buru.isthikrh adlh jwpn yg terbaek"

"robbana hablana min azwajina wazuriatina qurratuakyun..aminn"

Liyana Zakaria berkata...

assalamualaikum.
sesungguhnya post ini amat berguna kpd seluruh umat Islam amnya.

padanlah ana rasa sangat musykil tentang penggunaan 'perigi mencari timba' sebelum ini.

ada juga teman-teman menggunakan istilah ini, tapi ana sering kekurangan point untuk meluahkan pendapat.

sejarah Islam itu sendiri telah membuktikan bahawa Siti Khadijah itu sendiri yang meminang Rasulullah S.A.W.

apabila seseorang umat Islam itu sendiri menggunakan istilah PERIGI MENCARI TIMBA dalam soal mencari jodoh, bagi ana ia kelihatan seperti menghina Siti Khadijah serta Islam itu sendiri..

Liyana Zakaria berkata...

maaf, ana berminat utk masukkan post anta ni ke dalam blog ana.

jadi, boleh tak ana minta kebenaran anta utk menyiarkan kembali posting ini di blog ana? =)

محمد حذوان بن حميدان berkata...

kepada liyana...
enti dialu2kan utk mnyebarkan post ini..segala komen yang membina dan penambah baikan berkanaan isu ini amat2 diharapkan..

Unknown berkata...

ana ska tntg isu perigi mencari timbani..tp pe pndgn nta kalu perempuan itu sdn yg letakkan diri (hegeh) untk dapatkn lelaki..ana sdn sbg wnita pn rsa dia dh memalukan wnita..smpikan luah garut2 dlm kad n serah kt laki tu..bg mknn n len2..pe pndgn nta..?buknke islam de pnduannya wlwpn u pinang lelaki..ana cma mhon pndgn u mnasihat shabt ana@mgkin ana yg salah..

محمد حذوان بن حميدان berkata...

jwpn buat 'pemaisuri hati'...
Islam sdh tntu mmpunyai care dan jln dlm isu ini,wlaupn wnta blh mmulakan dhulu jalinan ke arh pmbnaan msjd(khwn) ini,nmn prlu diingat bhawe antre kaedhnye sprti penggunaan org tgh yg blh dprcyai amtlh bgz dan spatutnya dlm dnia mse kni yg pnh dgn fitnah dan kebejatan sosial yg smakin berleluasa...

PISMP Science berkata...

salam..
isu yg mmg menjadi topik perbualan skrg ni.
pd pndapat akak kn, hazwan knp ada wnta yg bertanya soalan demikian krn bilangan lelaki yg bagus dn layak menjadi suami dn pembimbing keluarga semakin berkurangan sekarang, padahal bilangan wanita itu semakin ramai (berdsrkan research..maaf kalau silap)
seburuk2 wnita semestinya masih mgharapkn yg terbaik
apa nk pelik semua makhluk sukakn sesuatu yg indah
akak penah bc hasil tulisan ust pahrol berkenaan ini..mmg xde salahnya
newey masih dlm ruang lingkup agama
insyaAllah selamat sume
wallahu'alam

EdaDarus berkata...

mohon copy utk blog saya ye