Sabtu, 20 Jun 2009

wahabi..



Apabila menatap salah satu daripada berita dalam akhbar Sinar edisi Terengganu,19 Jun 2009, berkenaan dengan ‘Pensyarah kanan saman pemilik blog RM1 juta’ . Hati ini begitu teruja ingin mengetahui lebih lanjut keseluruhan berita ini. Sepertimana yang diberitakan, seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memfailkan saman fitnah bernilai RM1 juta terhadap pemilik blog kerana didakwa menerbitkan artikel mengaitkannya dengan fahaman WAHABI.

Dr Azwira Abdul Aziz,41 , yang bertugas di Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah menamakan pemilik blog tersebut iaitu Zamihan Mat Zin,32 , selaku defendan dalam permohonan itu.

Dr Azwira Abdul Aziz (plaintif) yang juga ahli majlis fatwa Perlis memfailkan saman itu pada jam 10.40 pagi , 18 Jun 2009, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi peguam Adnan Seman @ Abdullah.

Plaintif menuntut ganti rugi am dan pengajaran masing-masing bernilai RM500,000 kerana mendakwa defendan menerbitkan dan mengedarkan artikel bertajuk ‘Kisah Lama dari UKM’ pada 6 Mac 2008 yang didakwa mengandungi perkataan memfitnah yang membawa maksud plaintif amat taksub dengan fahaman WAHABI ,berfikiran sempit dan membawa ajaran sesat.

Sementara itu, Dr Azwira Abdul Aziz berkata,tindakan saman diambil kerana defendan enggan meminta maaf secara bertulis walaupun diminta berbuat demikian.Ketika diminta menerangkan isitilah WAHABI , Dr Azwira Abdul Aziz berkata , istilah itu dicipta dan digunakan bagi memburukkan individu berbeza pandangan tentang permasalahan agama.

Apa yang dapat ana simpulkan berkenaan berita ini adalah tentang kurangnya fahaman kita tentang isu WAHABI ini, walhal pada masa kini para-para sarjana di negara kita sudah banyak menerangkannya dalam bentuk penulisan mahupun penganjuran seminar berhubung Syeikh Muhammad Abdul Wahab yang dikaitkan dengan WAHABI dan yang menjadi pencetus gerakan ini.

Seterusnya, tentang sikap masyarakat kita lebih-lebih lagi di kalangan orang yang menceburi bidang agama itu sendiri yang mudah untuk melabel dan menghukum dengan istilah WAHABI apabila sesuatu pendangan atau pendapat seseorang yang dirasakan berbeza,pelik dan jauh daripada pandangan mereka itu yang mereka rasakan pandangan mereka sudah bertepatan dengan pandangan Imam Syafi’i dan mazhab Syafi’i.

Oleh itu, kita seharusnya sentiasa kembali kepada ‘harta pusaka’ dan ‘wasiat’ yang ditinggalkan oleh Rasulullah kepada kita , yang apabila kita pegang dan jadikan ia panduan hidup, maka kita akan terhindar daripada kesesatan. Sabda Rasulullah s.a.w.

“Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang teguh dengan keduanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu, Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku.”



seminar antarabangsa mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab, anjuran Kerajaan Perlis



kertas kerja seminar antarabangsa mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab
Comments
3 Comments

3comments:

D.K. berkata...

kita sepatutnya lebih telus dan tulus dalam lapangan ilmu, terbuka tanpa mengata... wallahu'alam....
salam ukhwah...

..::بشرى::.. berkata...

bila ilmu tidak dijadikan matlamat utama sehingga emosi mendominasi...maka lahirkan sikap suka melabel golongan2 tertentu

Mohamadazhan.com berkata...

salam sahabat,

isu ini sudah lama berpanjangan,
masalah utma ulama2 xsuka wahabi apabila glongan ini byk memecahbelah masyrakat islam disebabkan perbezaan pendapat shj.
byk terjadi di perlis

ana secara jujur mmg xsuka wahabi.
mungkin anta boleh buat kajian lebih mendalam ttg ini. mudah2an sama2 diberi petunjuk.

kalau boleh anta cuba dapatkan CD perdbatan dintara Dr Asri Z.Abidin dgn Dr Aziz hanafi(Dekan Kuliyah Insaniah,kedah)PhD Al Azhar. Dalam perdebatan itu anta akan dapat nilai sndiri.

Secara jujur ana da tgk. ana boelh ceritakan secara rngkas utk perkongsian.

Panel wahabi ni pertikaikan Ulama2 muktbar terdahulu antaranya Imam Syafie dan Imam ghazali. Ana mmg rasa terkilan jg ada org boleh persendakan ulama2 muktabar.

dalam perdebatan tu jg panel wahabi berhujah penuh smbong sedangkan dalil2 yg dibaca terdapat kesalahan. Ditegur sendiri oleh penonton yg saksikan. Mmg agak memalukan dia.

ingin pertikaikan ulama2 terdahulu ttp kita kna soal diri. siapa kita nak pertikai Ulama2 mazhab?

apa pun sama2 kita kongsi. Ana ada rujukan ttg wahabi. Dikarang sendiri oleh Syeikh Fuad Kamaluddin ulama ngri sembilan. dia ada Yayasan Sofa d N9. Anak murid kepada Syeikh Nuruddin Al bnjari, Ulama Azhar.

Ana bercakap atas soal ilmu. bukan emosi. Isu ni besar. Ana kenal Ust Zamihan tu. Dia bukan calang2 ust. Dia akan lawan Dr yang ddikatakan wahabi tu.sama2 kita tggu kputsan nnti.

Sekian tremi kasih. Mudah2an Allah beri ptunjuk ilmu.